(çhàptèr)kāpītēl 21

41 8 11
                                    

Soobin mula mengeluarkan pistol yang dia sorokkan di dalam poket baju. Begitu juga Hueningkai. Beberapa anggota polis mula memunculkan diri disebalik dinding.

 Beberapa anggota polis mula memunculkan diri disebalik dinding

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Daehwi gigit bibirnya apabila terasa terancam. Dia memandang Beomgyu dengan pandangan benci. Bagaimana mereka semua boleh memanggil polis sedangkan orang-orang nya berada di dalam dewan itu sebentar tadi.

"Wae?"soal Beomgyu. Dia mula menolak dinding pipinya dengan lidah. "Kau terkejut yang kami tahu kau akan datang?"tanya Beomgyu dengan senyuman sinis.

"Atau mungkin kau tertanya-tanya kemana hilangnya orang kanan dan pekerja kau yang lain?"tanya Beomgyu seraya ketawa mengejek. Pisau lipat yang berada di dalam kocek seluarnya dikeluarkan oleh Beomgyu.

Dia mula tersenyum menyeringai. Daehwi tersentak apabila melihat senyuman itu tetapi perkara itu hanya sebentar sebelum dia mula tertawa suka. "Akhirnya kau tunjuk diri kau yang sebenar, Choi Beomgyu!"ujar daehwi.

Yeonjun dan Soobin berbalas pandangan. Mereka terus memandang ketua polis yang mengikuti rancangan ini. Ketua polis yang bernama encik Hwang Doyum mengangguk seperti membenarkan sesuatu.

Yeonjun terus mengeluarkan perenjat elektrik yang tersorok kemas dibelakang bajunya. Beomgyu yang perasan Yeonjun seperti ingin bertindak terus memandang Yeonjun dengan tajam membuatkan Yeonjun kaku.

Yeonjun tahu Beomgyu memberinya amaran agar tidak masuk campur terlebih dahulu. Soobin, hueningkai dan encik Hwang berbalas pandangan. Mereka benar-benar bingung kerana perkara itu tiada dalam plan mereka.

"Apa yang kau dah buat pada orang-orang aku?!"tanya Daehwi. Beomgyu mengangkat bahunya. Wajah suci dia tonjolkan seolah-olah dia tidak mengetahui apa yang terjadi kepada orang-orang Daehwi.

Daehwi ketap bibirnya. Pisau yang berada ditangannya digenggam dengan sangat kuat. Dia terus menyerang Beomgyu. Beomgyu halang pisau Daehwi daripada terkena lengannya dengan menggunakan pisau lipat ditangannya.

Wajahnya berubah tegang. "Berhenti kacau isteri aku, Daehwi! Dia hanya akan bahagia dengan aku!"ujar Beomgyu. Daehwi mula menggigit bibirnya. "KAU SIAPA UNTUK HALANG AKU!! YUURI MILIK AKU! HANYA AKU!!"jerit Daehwi.

Dia tertekan apabila Beomgyu mula mengatakan yang April bukan lah miliknya. "Kau yang rampas yuuri daripada aku, Beomgyu! Asyik kau!"marah Daehwi. Beomgyu sedikit tersentak apabila mendengarkan perkataan asyik.

Disebabkan dia kehilangan fokus sebentar, pisau Daehwi berjaya melukakan pipinya. Daehwi tersenyum gembira apabila dia berjaya melukakan pipi Beomgyu. Beomgyu ketap bibirnya.

"Beomgyu!"panggil Yeonjun penuh risau. Dia mahu hampiri Beomgyu tetapi ditahan oleh Jeongin iaitu sekretari Beomgyu. Dia menggeleng kepada Yeonjun. "Tuan Beomgyu tak lemah!"ujarnya.

Beomgyu lap pipinya yang terasa pedih. "Apa maksud kau dengan 'asyik'?"tanya Beomgyu sebelum memandang Daehwi dengan tajam. Dia tak boleh bayangkan reaksi April nanti. Pasti isterinya terkejut apabila melihatnya terluka.

My Medizin Und Liebe❤️Where stories live. Discover now