(çhàptèr)kāpītēl 6

54 7 20
                                    

Beomgyu tersenyum apabila April menghantar gambar tentang dirinya yang berada di mall bersama Puan Kwon. Beomgyu tak marah sekiranya April berhubung dengan Puan Kwon kerana dia sudah mengetahui terlebih dahulu yang encik Kwon menceraikan Puan Kwon.

"Boleh fokus?"soal seseorang dengan dingin. Beomgyu terus memandang pemilik suara itu. Orang sangat dia rindui dan sangat dia rasa serba salah. Kang Taehyun.

Beomgyu tak pernah tahu yang taehyun sebenarnya adalah anak orang kaya. "Maafkan saya, Encik Kang!"balas beomgyu dan kembali fokus kepada mesyuarat mereka.

Taehyun bakal bekerjasama dengan beomgyu. Biarpun dia tak sukakan beomgyu tapi kerja tetap kerja. Dia perlu profesional. "Baiklah... Sampai sini sahaja mesyuarat kita. Kami minta diri dulu!"ujar taehyun lalu berdiri mahu meninggalkan mesyuarat.

Beomgyu turut berdiri dan menghulurkan tangan untuk berjabat dengan taehyun. Taehyun guling kan matanya seraya menyambut huluran itu. "Hyung harap kau maafkan Hyung!"ujar beomgyu.

Taehyun ketap bibirnya sebentar. "Tengoklah macam mana nanti!"balas taehyun lalu menarik tangannya. Dia terus bergerak meninggalkan beomgyu. Beomgyu mengeluh.

"Tuan muda!"seru jeongin. Beomgyu terus memandang jeongin. "Kenapa?"balas beomgyu. "Cik Kwon Yuumi nak bertemu dengan tuan!"ujar jeongin. Beomgyu terus gulingkan matanya tanda menyampah.

Wanita itu tidak habis-habis menganggu dirinya sejak 3 bulan yang lepas. Nasib April tak tahu. Dia tak boleh bayangkan apa yang April akan lakukan nanti. April adalah hater nombor satu Yuumi.

Malah April mempunyai klub khas untuk membenci Yuumi. "Katakan pada dia saya tak nak diganggu.... Tak ada kerja gamaknya!"ujar beomgyu lalu kembali duduk di kerusinya. Dia mengambil file dan mula membuat kerjanya.

Jeongin mengangguk faham lalu berlalu keluar daripada pejabat beomgyu. Beomgyu fokus pada kerja. Dia boleh dengar jeritan Yuumi yang berkeras mahu bertemu dia. Beomgyu tersenyum sinis.

Fikir dia akan pandang penggoda ke? Dia takkan tergoda dengan perempuan seperti Yuumi. Berpura-pura baik diluar tetapi didalam mempunyai hati yang hitam. Bunyi telefon berdering membuatkan Beomgyu terus mengambil telefonnya.

"Gyu!"ujar April dihujung talian. Beomgyu tersenyum. Dia rindu suara April. "Kenapa call?"balas beomgyu. April mencebik. "Did you already eat your lunch?"balas April. April baru sahaja menghantar Puan Kwon pulang.

Banyak yang dia belikan untuk Puan Kwon. Beomgyu tersenyum lagi. "Belum... Wae?"tanya beomgyu. April tersenyum dalam diam. "Balik rumah saya! Saya masakkan lunch!"balas April.

"Kau tak kerja?"tanya beomgyu lagi. "Saya tak sibuk hari ni, Choi Beomgyu... Atau kau sebenarnya tak nak lunch?!"soal April geram. Baginya Beomgyu terlalu banyak soal. Beomgyu ketawa kecil.

"I will be there! Aku pun tak sibuk sangat!"balas beomgyu. April senyum. "Aku tunggu kau!"balas April lalu menamatkan panggilan. Beomgyu terus bangkit daripada duduknya. "Beomgyu-shi!"seru seseorang dengan nada gedik.

Beomgyu gulingkan matanya tanda menyampah. Dia tahu siapa yang memanggil dirinya. Jeongin menghalang Yuumi yang cuba hampiri beomgyu. Manakala beomgyu pula tidak memberikan reaksi dan terus bergerak.

"Beomgyu!!"jerit Yuumi terdesak. Dia mendengus apabila beomgyu sudah hilang dalam lif. Dia memandang jeongin dengan tajam. Sudah berbulan-bulan dia cuba untuk memikat lelaki itu.

Tetapi beomgyu langsung tidak mahu memandang dirinya membuatkan dia rasa tercabar. Sudahlah beomgyu tolak dia sebagai model baharu syarikat besar ini. Habis berkurang populariti dirinya kerana tindakan Beomgyu itu.

____

April yang sedang memasak tersentak apabila ada tangan seseorang memeluk pinggangnya. Dia tersenyum sebaik sahaja mengenal pasti siapa gerangannya melalui cincin yang di pakai orang itu.

My Medizin Und Liebe❤️Where stories live. Discover now