(çhàptèr)kāpītēl 22[THE END]

46 8 22
                                    

Bunyi kanak-kanak ketawa membuatkan dia membukakan matanya. "Yah, Choi Eunbeom!!"jerit seorang lagi. Dia mula menggelengkan kepalanya. Pasti Eunbeom ada buat sesuatu kepada Yeonjun sehingga lelaki itu menjerit.

"Samchon, Selamat petang!"ucap seorang kanak-kanak perempuan. Bibirnya muka mengukirkan senyuman. "Selamat petang, Gyuhyun!"balasnya.

"Samchon ni asyik tidur je! Tak penat ke?"soal seorang budak perempuan yang baru muncul. "Nayeon!"tegur Gyuhyun yang tua 2 tahun daripada budak perempuan itu. Nayeon mula mencebik.

Rambut Nayeon diusap oleh dia dengan lembut. "Kamu sama sangat macam Appa kamu!"ujarnya. Nayeon terus menepis tangan dia. Walaupun tidak sakit tetapi dia boleh rasa kemarahan budak itu.

"Anigeotdeun!"jerit si kecil. "Yah!"marah seseorang. Mereka semua menoleh. "Siapa suruh kamu biadap dengan samchon kamu!"marah Na Bi kepada anak perempuannya. "Hyung, kau okay?"soal Taehyun.

"Eoh!"balasnya seraya mengangguk. "Sooyun dan Rubin mana?"soalnya. Taehyun tersenyum. "Ada dengan eomma mereka dekat belakang!"balas Taehyun. "Keurae?baguslah tu!"jawabnya.

"Badan kau masih sakit ke, Hyung?"tanya Taehyun penuh prihatin. "Aniya... Aku cuma penat. Kau tahu bukan yang badan aku dah tak sekuat dulu untuk bekerja!"balasnya.

Taehyun mengangguk tanda yang dia faham apa yang lelaki itu mahu katakan. "Anak kau mana, Taehyun?"tanya dia. Taehyun terus mengeluh seraya menunjuk kearah tingkat atas.

"Masih lagi?"tanya dia. Taehyun mengangguk. "Aku tak tahulah macam mana nak buat budak tu keluar Hyung... Aku rindu Hana!"cebik Taehyun. Rambut Taehyun disentuh oleh dia.

"Hayun perlukan masa, Taehyun..."pujuk dia. Wajah Taehyun mula berubah suram. "Aku tahu tapi dia fikir dia sahaja rindu Hana. Aku pun rindu Hana, hyung. Aku rindu isteri aku!"luah Taehyun.

"Soobin Oppa dah bangun?"tanya April yang baru masuk. Mata April mula memandang Na Bi yang sedang mengajar Nayeon diluar rumah. Soobin mengangguk. "Nae, baru juga oppa bangun!"balas Soobin.

April mengangguk faham. Dia terus memandang adik lelakinya kelihatan muram. "Aik, isteri baru keluar pergi kerja dah muram?"sakat April. Taehyun terus mencebik. "Noona, apa faham?! Tahu tak yang orang rindu?!"balas Taehyun tak puas hati.

April gelengkan kepalanya. "Bagus sangatlah tu, Taehyun... Perangai macam budak-budak. Tu anak kau ada dalam pejabat Beomgyu. Tengah belajar mathematics advance!"balas April tenang.

Mata Taehyun dan Soobin terus membulat. "Noona, biar betul?!"soal Taehyun yang jelas sekali terkejut. Dia terus berlari menuju ke pejabat Beomgyu. "Susah betul kalau anak terlampau pintar!"ujar Soobin.

April mengangguk mengiyakan. Anak tunggal Taehyun iaitu Kang Hayun adalah seorang yang sangat genius. Otak pintar Hayun itu diwariskan daripada Taehyun dan Hana sendiri memandangkan keduanya mempunyai otak yang pintar.

Tetapi persamaan Taehyun dan Hayun yang paling ketara adalah sikap manja mereka pada Hana. Keduanya sentiasa berebut kasih sayang Hana sehingga Hana runsing nak layan anak-beranak itu.

April masih ingat akan keluhan Hana yang inginkan anak perempuan. Cukuplah Taehyun dan Hayun lelaki yang merunsingkan kehidupannya. "Badan oppa macam mana?"tanya April.

Soobin tersenyum. "Gwaenchana! Oppa cuma penat. Kamu tahulah yang sekarang oppa dah ada anak-anak dan isteri yang perlu diberi makan!"balas Soobin. April tersenyum. "Baguslah tu. Tapi kalau oppa ada rasa sakit nanti panggil je, April!"balas April.

Soobin mengangguk faham. "Gumawo, April... Thanks to you and Beomgyu yang Oppa masih hidup!"ujar Soobin. April tersenyum. "Cheonmaeyo, Oppa!"balas April.

My Medizin Und Liebe❤️Where stories live. Discover now