Memoir 3

26 4 0
                                    

Puan Choi dan Bitna sudah ternganga besar apabila Jeongin datang membawa beberapa orang pekerja yang membawa banyak shopping bag. "Ini semua untuk siapa, Jeongin? Mana Beomgyu?"tanya Puan Choi.

Jeongin terus tersengih. "Tuan Beomgyu masih dalam mesyuarat, Madam... Tadi dia sempat arahkan saya untuk ambilkan hadiah perkahwinan yang dia dah beli untuk Puan April!"jawab Jeongin.

Jeongin masih ingat Beomgyu sempat mengheretnya ke mall sebelum bertemu dengan April. Jeongin tak tahu Beomgyu dapat keyakinan dari mana yang April akan setuju terus dengan proposalnya.

Tapi Jeongin betul-betul tak sangka yang April akan bersetuju. April yang sedari tadi diam akhirnya bersuara. "Kenapa banyak sangat, Jeongin? Saya tak perlu semua ni!"jelas April. Ada riak tidak senang pada wajah April.

Jeongin terus tersenyum. "Tuan Beomgyu pesan... Puan April tak boleh tolak semua ni... Dia nak isteri dia nampak seperti gadis lain.. dia tak nak Puan April dipandang rendah oleh orang lain!"balas Jeongin.

April terus terdiam. "Kamu, buka hadiah itu!"arah Puan Choi kepada seorang pekerja yang membawa shopping bag itu tadi. Pekerja itu mengangguk seraya membuka salah satu hadiah itu.

Mulut April dan Bitna ternganga serentak manakala Puan Choi mengangguk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mulut April dan Bitna ternganga serentak manakala Puan Choi mengangguk. Puan Choi mula tersenyum manis. Kali ini dia bersetuju dengan pilihan Beomgyu. "Cuba kamu terangkan apa nama set ini?"tanya Puan Choi.

Pekerja itu mengangguk lalu menerangkan apa makna set perhiasan tersebut. "Seterusnya...."ujar pekerja itu lalu membuka hadiah yang seterusnya. Hampir terbeliak mata April dibuatnya.

Dia tak terbayang dirinya memakai barang perhiasan seperti itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia tak terbayang dirinya memakai barang perhiasan seperti itu. Pasti perhiasan itu berat da menyukarkan dia untuk bergerak. April terus mengurut kepalanya. "Beomgyu beli benda ni sebab nak balas dendam kan?"soal April spontan kepada Jeongin.

Jeongin ketawa kecil. Dia menggeleng. "Aniyo. Tuan Beomgyu beli benda ni sebab dia memang nak hadiahkan pada Puan April!"jawab Jeongin tenang. April terus mencebik sambil memeluk tubuhnya. Dia memandang Jeongin dengan pandangan menilai.

April tak tahu jika Jeongin memberitahu perkara sebenar atau hanya mahu membersihkan nama Beomgyu. Jeongin mengeluh. Dia terus mengangkat tangan seperti bersumpah. "Saya tak tipu, Puan April... Tuan Beomgyu buat semua ni untuk kebahagian Puan April juga!"ujar Jeongin.

My Medizin Und Liebe❤️Where stories live. Discover now