(çhàptèr)kāpītēl 8

64 4 36
                                    

Na Bi peluk bantal peluknya yang rasa mempunyai beberapa ketulan. Tiba-tiba dahi Na Bi berkerut. Sejak bila dia ada bantal peluk yang ada ketulan ni?

Perlahan-lahan Na Bi celikkan matanya. Dia terkejut apabila mengetahui yang dia sedang memeluk yeonjun yang tidak berbaju. Dia duduk daripada baring.

Dia memandang tubuhnya. Nasib baik masih berbaju. Dia pandang pula sekeliling. Ini bukan rumahnya! Na Bi pegang kepalanya. Dia cuba mengingati memori semalam.

Ah!

Dia baru sahaja teringat. Dia menonton wayang bersama yeonjun dirumah lelaki itu. Tetapi macam mana dia boleh tidur sekatil dengan yeonjun? Sudahlah lelaki itu tidak memakai baju.

"I love you, Han Na Bi-shi!"ujar Yeonjun lalu bertindak mencium gadis itu. Na Bi pula membalas ciuman yeonjun. "Nado!"balas Na Bi sebelum ciuman mereka berlarutan.

Pipi Na Bi memerah apabila memori semalam menerjah fikirannya. Dia pandang yeonjun yang masih diulit mimpi. Dia ketap bibirnya. Dia mengambil keputusan untuk pulang kerumah.

Tapi sebelum itu, dia hadiahkan ciuman pada dahi yeonjun yang masih tidur seperti bayi. Dia tak nak yeonjun terjaga dan dalam masa yang sama dia malu mahu berdepan dengan lelaki itu.

Na Bi masuk ke dalam rumahnya perlahan-lahan. "Kau dari mana?"soalan dingin itu menyapa pendengaran Na Bi. Tubuh Na Bi mula kejung. Dia telan liurnya yang terasa kelat.

"Aku tanya ni, Na Bi!"bentak Jisung sambil memeluk tubuh. Dia berdiri dihadapan adik kesayangannya. "Mianhae, Oppa... Na Bi ada kerja sikit."balas Na Bi dengan senyuman palsunya.

Kening Jisung ternaik sebelah. Bibirnya mengukirkan senyuman sinis. "Kau pasti? Aku telefon pihak hospital semalam... Mereka kata kau dah pulang!"bidas Jisung. Na Bi mulai takut.

Jisung paling tidak suka apabila dia menipu. "Jujur atau kau nak aku cari tahu sendiri?"ugut Jisung. Na bi mengeluh. "Arraseo, Han jisung-shi!"balas Na Bi pasrah. Dia terus bergerak ke sofa dan berbaring disitu.

Jisung pula duduk di sofa lagi satu. "Aku tidur rumah kawan aku... Aku tertidur sebenarnya. Puas hati?!"soal Na Bi. "Namja atau yeoja?"tanya Jisung lagi dan abangnya itu tidak lepas memandangnya dengan pandangan yang tajam.

"Lelaki!"jawab Na Bi jujur. Dia tak nak cari pasal dengan Jisung. Perlahan-lahan bibir Jisung mengukirkan senyuman. "Syukurlah kau bukan lesbian!"ujar Jisung bersama keluhan lega.

Na Bi bangun daripada baringnya. Dia memandang abangnya dengan pandangan tajam. "Mworagu?!!"jerit Na Bi. Jisung tersengih sebelum berlari masuk dalam bilik tidurnya. Nasib sahaja dia cuti sekarang.

Na Bi berdengus kasar. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia kejar abangnya itu dan sekeh kepala Jisung. Tetapi dia malas. Dia baru berehat sebelum memikirkan macam mana dia nak hadap yeonjun selepas ini.

 Dia baru berehat sebelum memikirkan macam mana dia nak hadap yeonjun selepas ini

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.
My Medizin Und Liebe❤️Onde as histórias ganham vida. Descobre agora