(çhàptèr)kāpītēl 18

46 5 1
                                    

April ketap bibirnya apabila rasa mual datang. Kalau ikutkan hati sudah lama dia berlari menuju ke bilik mandi tetapi Beomgyu sedang nyenyak tidur dan memeluk tubuhnya.

"Beomgyu!"seru April seraya menahan muntah. Lengan suaminya itu ditepuk sebanyak 3 kali tetapi tiada tanda yang Beomgyu akan bangun. Mahu ataupun tidak April terpaksa mengalihkan tangan Beomgyu dengan kudrat yang dia ada.

Nasib juga berhasil. Dahi Beomgyu berkerut apabila tempat tidur isterinya terasa kosong. Perlahan-lahan dia mencelikkan mata dan memandang sekeliling. "Sayang?"tanyanya seraya bangun.

Dahinya semakin berkerut apabila tiada balasan daripada April. Beomgyu bangun daripada baring. Dia mula menuju ke bilik mandi kerana firasat yang dia rasa menyatakan April ada di sana.

"Eunhyun!!"jerit Beomgyu sebaik sahaja ternampak isterinya bersandar lemah pada dinding. April pandang Beomgyu dengan lemah. Dirinya terasa terlalu lemah kerana terlalu banyak kali muntah.

Beomgyu terus mengangkat tubuh April dan membawanya kembali ke katil. Bibirnya diketap dengan kuat sebelum bergerak keluar untuk mengambilkan April air untuk diminum.

"Hyung?"soal Taehyun apabila terserempak dengan Beomgyu di tangga. Taehyun baru sahaja habis minum air di dapur dan dia mahu kembali tidur. "Kau okay, hyung?"tanya Taehyun risau.

Wajah Beomgyu kelihatan seperti sakit. Beomgyu mengeluh. "Noona kau sakit!"balas Beomgyu seraya bergerak pergi. Dahi Taehyun berkerut. Kakaknya sakit?sakit apa?semua itu bermain di fikirannya.

"Taehyun?"sapa Puan Ji apabila ternampak anak lelakinya yang masih kaku di tangga. "Eomma!"balas Taehyun dengan senyuman. "Kamu kenapa dekat tangga ni?kenapa tak tidur lagi?"tanya Puan Ji.

"Tae minum air tadi tapi terserempak dengan Beomgyu hyung!"jelas Taehyun. Dahi Puan Ji berkerut. "Beomgyu dekat dapur ke sekarang? Dia buat apa?"tanya Puan Ji sekali lagi.

"Tak tahu pula tapi dia kata noona sakit!"jawab Taehyun jujur. Mata Puan Ji membulat. Dia terus bergerak menuju ke bilik April dan Beomgyu. Taehyun yang bingung dengan reaksi ibunya terus mengekori Puan Ji.

"Naui Ddal(anak perempuanku)!"ujar Puan Ji penuh kerisauan apabila terpandang wajah pucat anak perempuannya. Taehyun pandang wajah kakaknya dengan pandangan risau.

"Eommonim?"soal Beomgyu yang baru sahaja tiba. "Kenapa dengan Eunhyun, Beomgyu?"tanya Puan Ji. Beomgyu mengeluh. "Alahan dia terlalu teruk. Saya jumpa dia dalam tandas!"jujur Beomgyu.

Dahi Taehyun berkerut. "Alahan? Noona mengandung ke, hyung?"tanya Taehyun. Beomgyu mengangguk mengiyakan. Mulut Taehyun ternganga luas. "Kenapa hyung tak bagitahu awal-awal!"jerit Taehyun.

April kerutkan dahinya apabila dirinya rasa terganggu. "Shikkereo!"ujar April lemah. Puan Ji tersenyum tipis. "Biar eomma jaga Eunhyun... kamu tidur dengan Taehyun malam ni!"arah Puan Ji.

Beomgyu mengangguk faham. Dia terus menarik leher Taehyun mengajak adik iparnya itu untuk keluar daripada bilik tidur dia dan April. "Kenapa hyung sorokkan berita gembira ni dari aku?"tanya Taehyun tak puas hati.

Beomgyu tersenyum. "Aku nak bagitahu kau tapi kau sibuk menangis jadi jangan nak salahkan aku!"balas Beomgyu. Taehyun terus mencebik. Dia tetap rasa tak berpuas hati.

Puan Ji tersenyum sambil membelai rambut anak perempuannya. "Eomma harap masa eomma cukup untuk luangkan masa bersama kamu, sayang.."bisik Puan Ji.

Dia bersyukur yang dia dapat bertemu semula dengan anak perempuannya yang hilang. Dia akan cuba tebus semua masa yang terbazir selama ini. "Eomma sayangkan kamu dan Taehyun, Eunhyun-ah!"tambah Puan Ji sebelum berbaring disebelah April.

My Medizin Und Liebe❤️Where stories live. Discover now