Memoir 1

49 5 5
                                    

April pandang rumah dihadapannya dengan pandangan takut. Dirinya mula rasa berdebar. Dia risau akan penerimaan keluarga Beomgyu terhadap dirinya. Walaupun Beomgyu sudah terangkan yang keluarganya menerima April.

Tetapi April tetap risau akan perkara itu. "Eunhyun!"seru Beomgyu. April terus memandang Beomgyu. "N-nae?!"balasnya sedikit terkejut. Beomgyu tersenyum manis dan membuatkan April tergamam.

Senyuman itu kelihatan sangat ikhlas dan hangat bagi April. Dia boleh rasa degupan jantungnya berdetak lebih laju daripada biasa. "Kaja!"ajak Beomgyu lalu menyentuh lengan April dengan lembut.

"Welcome home!"ujar Bitna ceria. Dia terus berlari memeluk April. Sememangnya dia sukakan gadis ini menjadi adik iparnya. Kenapa? Sebab dia sebenarnya kenal April. Dia pernah melihat gadis itu di sekolah menengah ketika dia hadir untuk photoshoot.

"Selamat datang, menantu eomma!"ujar Puan Choi penuh ramah. "Selamat datang!"sapa Tuan Choi pula. Abang Beomgyu yang berdiri dibelakang Tuan Choi hanya tersenyum kecil. Cermin mata yang dibakal dibetulkan.

"Welcome to our family!"ujar isteri kepada abang Beomgyu. "Minkyu hyung!"ujar Beomgyu seraya memeluk tubuh Minkyu. Minkyu tertawa kecil. "Dah jadi suami orang pun masih manja dengan hyung!"ejek Minkyu.

Tetapi tidak pula dia menolak tubuh Beomgyu. Beomgyu tersengih. Wajah abangnya jarang sekali untuk dilihat kerana abangnya bekerja sebagai peguam di luar negara. Lagipun isteri abangnya juga bukan orang korea.

Isteri abangnya adalah orang Rusia. "G-gumawo!"balas April terharu. Dia boleh rasa keikhlasan keluarga itu menerima dirinya. Air mata yang mengalir dilapnya. Beomgyu yang melihat itu terus menghampiri April.

Tubuh isterinya dipeluk erat sambil mengusap rambut gadis itu. "Janganlah nangis! Kami kan ada!"pujuk Bitna. Sesungguhnya April terharu dengan kesudian mereka untuk menerimanya sebagai ahli keluarga yang baru.

"Beomgyu...bawa isteri kamu berehat dalam bilik. Kita jumpa makan malam nanti. April, eomma harap kamu dapat rehatkan diri ya, nak!"ujar Puan Choi dengan lembut sebelum berlalu pergi bersama Tuan Choi.

"Kaja, April!"ajak Beomgyu lalu membawa April naik ke tingkat atas menuju ke bilik tidurnya. Bitna yang melihat itu tersenyum. "Kau tersenyum macam orang gila, Bit!"tegur Minkyu sebelum berlalu pergi bersama isterinya.

Bitna terus mengetap bibirnya. Aish, kenapa dia masih single?Dia sedikit cemburu melihat abang dan adiknya sudah mempunyai pasangan masing-masing. "Ish! Tak boleh jadi ni!"gumam Bitna seraya mengeluarkan telefonnya.

Dating apps yang di muat turun oleh nya minggu lepas dibuka. "Nak boyfriend~"ujar bitna gedik sebelum dia bergerak meninggalkan ruang tamu. Beomgyu pandang April yang sedang mengemas pakaian di dalam almari.

"April!"seru Beomgyu. "Erm!"balas April. Beomgyu terus tersenyum. "2 hari dari sekarang majlis perkahwinan kita akan dilangsungkan!"jelas Beomgyu. April terus menoleh memandang Beomgyu.

Matanya membulat memandang suaminya. "Kau kata kita takkan buat majlis sebab tak nak orang tahu yang kau dah kahwin?!"tanya April yang jelas sekali terkejut akan kenyataan Beomgyu itu.

Beomgyu mengangguk mengiyakan. Dia tak nafikan perkara itu. Sememangnya dia tak mahu orang lain tahu akan perkahwinannya dengan April tetapi itu tidak bermaksud yang mereka tidak boleh melangsungkan majlis.

"Kita akan buat majlis tapi hanya kau, aku, eomma, appa, hyung dan noona sahaja yang di majlis itu!"balas Beomgyu. April terdiam. "Ikut suka hati kau lah!"balas April lalu kembali mengemas barangnya.

Bibir Beomgyu mula ternaik sebelah menghasilkan senyuman sinis. "Aku suka kau gunakan kata-kata yang selesa untuk berbual dengan aku!"ujar Beomgyu. Pipi April mula memerah. Dia tidak sedar yang dia berkata secara kasar kepada Beomgyu sebentar tadi.

"M-mi-"

"Aniya! Tak perlu minta maaf sebab aku memang sukakannya. Itu bukti yang kau dah mula selesa dengan aku!"ujar Beomgyu sekaligus memberhentikan bicara April.

Bunyi ketukan pada pintu membuatkan pasangan baru berkahwin itu berbalas pandangan. "Nugu?"tanya Beomgyu. Dia terus bangun daripada sofa dan bergerak menuju ke pintu bilik.

"Oi, budak! Eomma panggil makan!"ujar Minkyu. Beomgyu terus gulingkan matanya. "Hyung, kau boleh tak cakap baik sikit!"balas Beomgyu menyampah. Minkyu terus julurkan lidahnya kepada Beomgyu.

"Kau fikir aku kesah!"balas Minkyu sebelum berlalu pergi. April tersenyum kecil melihat pergaduhan adik dan abang itu. "Jom makan, April!"ajak Beomgyu. April terus mengangguk setuju.

Nasib sahaja dia sudah selesai menyusun pakaiannya. "April!"ujar Bitna teruja. Sememangnya perangai Bitna seperti itu. Kakak Beomgyu itu dingin pada orang lain tetapi tidak kepada keluarganya.

April yang baru sahaja mahu mengambil tempat disebelah Beomgyu terkejut apabila Bitna bertindak menarik dirinya untuk disebelah kakak iparnya itu. "Eonni!"ujar April. Bitna tersenyum lebar.

"Yang ini eomma masak! Sedap! Hyun cuba lah!"ujar Bitna. April sedikit tergamam apabila Bitna memanggil dirinya Hyun. "Noona!"tegur Beomgyu. Bitna terus mencebik. "Suka hati noona lah nak panggil adik ipar noona apa?!"balas Bitna tak puas hati.

"Call her April, Bitna... You can call her Eunhyun if you want the conversation become serious!"tegur Emily, isteri Minkyu. Wajah Bitna mula murung. April terus tersengih bersalah.

"Gwaenchana... eonni panggil april dengan mana-mana nama!"ujar April seraya memegang tangan Bitna. Bitna terus tersenyum lebar dan mula menyuap April. Beomgyu, Tuan Choi dan Puan Choi hanya mampu menggeleng.

*

*

*

*

April yang terjaga daripada tidur sedikit terkejut apabila tubuhnya dipeluk erat oleh Beomgyu ketika lelaki itu sedang tidur. Kaki Beomgyu mengunci pergerakan kakinya secara penuh.

April mula mengeluh. Sudahlah dia rasa nak ke tandas. Boleh pula Beomgyu peluk dia macam ni. "Choi Beomgyu, bangun please!"ujar April seraya menolak sedikit bahu Beomgyu tetapi tiada kesan langsung.

April terus mencebik geram. Setahunya Beomgyu sudah berjanji untuk tidak menyentuh semasa mereka tidur sekatil. Tetapi lihat lah sekarang, lelaki itu juga yang mungkir janji dengan memeluk dirinya.

"Choi B-"

"Eomma~Gyu nak aieskelim~!"gumam Beomgyu dalam tidur. April pandang Beomgyu dengan pandangan bingung sebelum dirinya melepaskan tawa. Suaminya mengigau. "Yah, Choi Beomgyu!"jerit April tetapi tidak terlalu kuat selepas dia puas ketawa.

Dia benar-benar sudah tidak tahan mahu ketandas. "Ke tepi lah beruang!"marah April seraya menendang Beomgyu sekuat hati sehingga terjatuh daripada katil. "Auch!"adu Beomgyu apabila terjaga daripada lena.

Kepalanya yang terasa sakit diusap lembut. Dia memandang April dengan pandangan bingung. "Apa yang jadi?"tanya Beomgyu. April hanya memandang Beomgyu tajam sebelum bergerak menuju ke tandas.

Pintu dihempas sedikit kuat membuatkan Beomgyu sedikit tersentak. "Period ke apa?"gumam Beomgyu seraya bangun daripada lantai. Dia terus memanjat katil semula sebelum mengambil keputusan untuk sambung tidur.

April yang baru sahaja keluar daripada tandas sedikit terkejut apabila melihat Beomgyu sekali lagi mengigau tetapi kali ini suaminya meminta ayam KFC. Fikiran jahat mula hadir di dalam kepala April.

Telefon yang terletak diatas meja bulat diambil. Dia terus merakam aksi Beomgyu. Sebelah tangannya menahan mulutnya daripada melepaskan sebarang bunyi.

Ah, tak sabar rasanya dia mahu menyakat Beomgyu pada esok hari. "Tapi bila tengok dia nampak comel pula!"gumam April. Dia terus menyimpan kembali telefonnya ke tempat asal.

Dia terus mengambil bantal dan membawanya ke sofa. Dia bukan tidak mahu tidur disebelah Beomgyu tetapi dia rasa dia perlukan masa.

TO BE CONTINUED.

sorry guys...saya tertidur tadi sambil buat assignment. huhu. I am sorry sebab tak tepati janji. hope you guys enjoy.

My Medizin Und Liebe❤️Where stories live. Discover now