New Year New Me

2.4K 182 2
                                    

Subhanallah, dah nak masuk tahun baru. Lagi beberapa jam jek. Dan aku rasa macam, 'wow, berapa banyak ibadah aku buat masa 2014 ni? Dah cukup ke? Apa benda yang berfaedah aku buat masa tahun ni? Rasa macam, aku lebih jauh dari Dia.'

Even 2014 ni banyak kenangan pahit, tapi nak buat macam mana? Aku tak boleh lupakan. Tapi 2014 jugak buat aku berubah. Dapat kawan yang bagi nasihat dekat aku. Dan... alhamdulillah, aku macam ni. MasyaAllah, hidayah Dia.

Pukul 12:00 nanti malaikat kiri kanan akan tutup buku amalan kita dan akan serahkan pada Allah. Subhanallah, cuba ingat balik banyak ke ibadah yang kita buat sepanjang tahun ni. Malunya bila buku amalan kita di serahkan pada Allah. Mesti banyak dosa yang kita buat. Lebih banyak berbanding pahala. Subhanallah...

Kita tak tau apa yang akan menanti kita tahun hadapan. Baik atau buruk, terima dengan redha, sebab benda tu akan buat kau lebih kuat. Lebih dekat denganNya. Buat solat taubat banyak-banyak, mana tau dosa kita terpadam. Ye tak?

Masih tiada idea untuk mengupdate. Jadi, sampai sini jek lah entry aku. Btw, maaf kalau aku ada buat salah. Maaf kalau aku update entry kengkadang ada sinis sinis ke? And... ingat pesan aku. Cuba berubah walaupun perubahan kita tu tak banyak. Tapi Allah tau. Dan biar perubahan kita hanya kita dan tuhan je yang tau.

Sayonari amigo! Asalammualaikum :3

A Dakwah From Budak SpecWhere stories live. Discover now