Berjalan bertapak lama di bumi. Kita lihat dunia itu luas terhampar. Kebendaan besar terpampang di depan mata, sehingga mengaburi setiap rona mata yang melihat.
Wang, pangkat, harta, wanita, isteri dan anak-anak memang tarikan yang berat bagi para pejuang. Memanggil sayup diri agar mencipta rukhsah sendiri. Mereka-reka kesibukan, agar boleh selalu berdamping dengan 'mereka' atas alasan dakwah. Seruan jihad acap kali diabaikan. Bukan sekali, kadang kala berkali-kali. Lalu dengan bangganya, bersorak tempik bahawa dirinyalah pejuang agama yang hakiki, sedang nafsu duniawi tidak mampu ditepis berdiri.
Begitulah, tarikan graviti dunia ada kalanya melelahkan. Kuasa nilai kebendaan begitu kuat menarik kita untuk terbang bebas ke udara. Acap kali kita tersangkut di awanan langit yang rendah kerana tidak berupaya lagi untuk terbang ke awanan langit yang lebih tinggi. Menarik kita kembali ke bumi. Bagai bebanan yang berat bagi dunia dan isinya, kita jatuh tersembam mencium tanah. Sakit dan pedih, namun kita belajar kembali untuk bangkit dan terbang semula.
Justeru, ambillah keputusan untuk terbang jauh dari tarikan duniawi ini. Terbang tinggi-tinggi dan lagi tinggi. Sehingga apa yang ada di dunia ini, pada pandangan kita hanyalah suatu godaan yang kecil. Kecil, terlalu remeh, hingga tidak sanggup buat jiwa untuk turun kembali merasai kerendahannya.
***
Roh-roh perjuangan akan mulai malap sedikit demi sedikit jika kita mulai leka dan terpesona dengan kecantikan dunia serta isinya.
***Terlalu terikut-ikutkan nafsu adalah tanda kemahuan dan tekad diri kita mulai lemah. Dengan mudah akal serta jiwa kita dipandu syaitan berbekalkan hawa nafsu sebagai senjatanya.
-Asyraf Farique-
Yuhanis
0016
16052015
YOU ARE READING
A Dakwah From Budak Spec
SpiritualUntuk yang Islam, aku tak paksa kau baca. Sebab aku bukan Tuhan nak ubah hati kau. Aku hanya mampu bagi kau SENTAPAN agar kau sedar kau hanya HAMBA dan bukan TUHAN. Untuk non muslim, aku pun tak paksa kau baca. Dan kalau kau baca jugak, alhamdulilla...