Neraka itu Indah.

1.2K 94 3
                                    

Peh, tajuk. Hahaha, actually tajuk ni aku ambil dari satu cerpen ni. Kalau kau baca cerpen tu, memang sentap gila.

Neraka itu indah berbanding Syurga...

*smirk

... bagi mereka-mereka yang suka buat dosa.

Tak taulah nak cakap macam mana lagi supaya mereka-mereka ni sedar dari dosa mereka. Dan aku tau, aku lah salah seorang dari mereka ni. Selalu sangat terlepas pandang dosa sendiri. Perasan diri dah baik, padahal... astaghfirullah.

Mereka kata mereka nak masuk Syurga yang dalamnya mengalir sungai-sungai. Mereka kata mereka nak jadi suami kepada para bidadari yang cantik. Dan mereka kata mereka ingin melihat Zat Allah yang Maha Agung.

Tapi, selalu buat dosa. Buat maksiat sana sini. Suruh tundukkan pandangan dari melihat yang haram, tapi tak buat. Suruh tutup aurat, alhamdulillah... tutup. Tapi kecewa sangat bila melihat tudung tu semakin singkat atas dada, baju ketat, seluar fit. Balut aurat ke wahai hawa?

Ni belum dikira lagi yang...

Mencuri,
Berzina,
Minum arak,
Riba',

And so on.

Cubalah try tanya mereka-mereka yang diatas ni nak masuk syurga ke neraka. Confirm mereka akan jawab syurga. Tapi syurga tu untuk mereka-mereka yang didunia selalu beribadah, jauhkan diri dari maksiat dan menganggap dunia ni sebagai sebahagian kecil nereka.

Neraka dunia.

Dan bagi mereka yang selalu buat maksiat di dunia, berhuha-huha di dunia, mereka menganggap dunia ni sebagai syurga.

Syurga dunia.

Neraka itu indahkan? Indah sangat sampai kita lupa yang kita akan mati. Sampai kita lupa berapa banyak amalan baik yang kita dah buat. Sampai kita lupa berapa banyak dosa yang kita dah buat. Dan sampai kita lupa, dunia ni hanya sementara.

Tapi ingatlah, neraka di akhirat sana sangat teruk berbanding di dunia ni. Even bila korang pakai terompah yang ada dalam neraka tu pun dah menggelegak otak, tu belum lagi seksaan yang di dalamnya.

Jangan sampai terlambat wahai ikhwah & akhwah...
Jangan sampai matahari terbit dari barat baru korang nak bertaubat.

Jangan sampai...

BudakSpec
0156
11042015

A Dakwah From Budak SpecWhere stories live. Discover now