Kisah Lauh Mahfuuzd dengan Al Quran

57 10 0
                                    

*KISAH LAUH MAHFUUZD DENGAN AL-QURAN*

Dalam sebuah hadis diterangkan bahawa pada hari Kiamat nanti Allah SWT akan berfirman kepada Lauh Mahfuuzd yang bermaksud : "Wahai Lauh, di mana amanat yang telah aku serahkan kepada kamu, yakni Al-Quran dan apa yang telah Kamu lakukan kepadanya?"

Maka berkata Lauh : "Wahai Tuhanku, amanat yang kamu berikan telah aku sampaikan kepada Israel".

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Wahai Israel, apakah yang telah kamu buat terhadap amanatku?"

Berkata Israil : "Ya Tuhanku, amanahku itu telah aku serahkan kepada Mikail, dan Mikail telah menyerahkan kepada Jibrail".

Lalu Rasulullah ﷺ bertanya kepada Jibrail as yang bermaksud : "Wahai Jibrail, apakah yang telah kamu lakukan terhadap amanatku?"

Maka Jibrail as pun berkata : "Ya Tuhanku, amanahku itu telah aku serahkan kepada kekasihmu dan nabi Muhammad".

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Datangkanlah olehmu semua anak-anak kekasihku Muhammad dengan lemah lembut".

Lalu Malaikat Jibrail as pergi kepada Rasulullah ﷺ dan berkata : "Wahai Muhammad, bersikaplah yang baik!.

Setelah itu Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Wahai kekasihku, benarkah Jibrail telah menyampaikan amanahku kepadamu?".

Maka berkata Rasulullah ﷺ : "Ya, Jibrail telah menyampaikan kepadaKu amanah mu itu".

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Wahai kekasihku, apakah yang telah kamu lakukan terhadap amanatku itu?".

Berkata Rasulullah ﷺ : "Ya Allah, aku telah menyampaikan amanah mu itu kepada semua umatku".

Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Wahai para malaikat, bawa ke mari umat kekasihku Muhammad, aku hendak bertanya kepada mereka tentang amanah ku".

Lalu Rasulullah ﷺ berkata : "Ya Tuhanku, umatku adalah yang terdiri dari orang-orang yang lemah, mereka tidak akan mampu hadir di haribaabmu".

Kemudian Rasulullah ﷺ berkata lagi : "Ya Tuhanku, berilah saya izin untuk bertemu dengan nabi Adam as".

Allah SWT pun mengizinkan Rasulullah ﷺ bertemu dengan nabi Adam as dan Rasullullah ﷺ berkata : "Wahai nabi  Adam, kamu adalah Abul Basyar bapa kepada sekalian manusia. Sedangkan aku pula hanyalah seorang nabi mereka, oleh itu kalau mereka ditimpa sesuatu penyakit maka kitalah yang susah, jadi ambillah setengah dari dosa-dosa umatku dan akan aku mengambil setengah. Supaya mereka itu semuanya selamat dari pertanyaan dan hisab".

Maka nabi Adam as pun berkata : "Wahai Muhammad, aku sendiri terlalu sibuk dengan urusanku, maka aku tidak dapat menolong kamu".

Kemudian Rasulullah ﷺ pun pergi ke bawah Arasy serta meletakkan kepalanya sambil sujud dan menangis dengan tangisan yang kuat sekali merendahkan diri kepada Allah SWT dengan berkata : "Ya Allah, aku tidak memohon kepadamu untuk diriku sendiri dan tidak juga untuk Fatimah anak isteriku dan tidak juga untuk Hasan dan Husin, tetapi ianya adalah untuk seluruh umatku".

Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Wahai Muhammad angkatlah kepalamu, dan mintalah akan aku beri syafaat, engkau akan ku beri syafaat dan aku beri umatmu apa-apa yang engkau kehendaki dan di atas apa-apa yang engkau senangi".

#writingbyAsy #menulisuntukummah #silakanshare #semogabermanfaat

https://t.me/sigadishijrah

Jahiliah To JannahWhere stories live. Discover now