Kisah Dua Malaikat

101 15 0
                                    


Yunus bin Ubaid dari Alhasan berkata bahawa Rasulullah ﷺ telah bersabda : "Setiap ank Adam itu akan dijaga oleh dua orang malaikat, dan malaikat yang sebelah kana itu lebih berkuasa dari yang disebelah kiri".

Kalau seseorang anak Adam itu membuat dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya kepada malaikat yang disebelah kanan : "Apakah yang harus aku catit ? " Maka berkata malaikat yang disebelah kanan : "Jangan kamu catit dosanya sehingga ia melakukan 5 dosa".

Kemudian bertanya malaikat yang disebelah kiri lagi : "Kalau dia telah melakukan 5 dosa, apakah yang harus aku catitkan?" Berkata malaikat yang disebelah kanan : 'Biarkan sehingga dia membuat kebaikan, sebab kami telah diberitahu bahawa satu hasanat kebaikan dapat sepuluh kali ganda, oleh itu kita hapuskan 5 sebagai imbangan dari dosa yang 5 dan kami catatkan hanya 5 hasanat ".

Apabila syaitan mendengar yang demikian maka dia pun menjerit sambil berjaya : "Kalau macam ini bilakah aku dapat menjerumuskan anak Adam".

Lihatlah bagaimana Allah SWT begitu sayang kepada kita sehingga memberi kita begitu banyak peluang untuk kita berfikir, misalnya apabila kita membuat satu kejahatan maka kita cuma akan dicatit satu dosa tetapi apabila kita membuat satu kebaikan maka kit akan dicatit 10 kebaikan.

Allah SWT memberi peluang kepada kita dengan memanjangkan usia kita supaya kita akan bertaubat dan kembali menyembahNya. Dan Allah SWT sentiasa menerima taubat kita.

Bagi mereka yang enggan menyembah kepada Allah adalah ibarat kacang yang lupakan kulit. Bukan kita tidak tahu Allah yang memberi rezeki, memanjangkan umur kita dan sebagainya. Tetapi hari ini kita fikir sembahyang itu hanya perlu dibuat apabila kita sudah tua, dan begitu juga dengan rukun-rukun yang lain.

Apabila kita sudah berani meninggalkan sembahyang maka dengan secara automatik kita telah melawan Tuhan yang menciptakan kita,apatah patut kita buat demikian.

Tetapi Allah SWT tidak sedemikian. Dia datangkan kita lebih 70 kali seorang ibu sayang anaknya, oleh itu ingatlah saudara-saudaraku hidup kita di dunia hanya sementara dan kita akan kembali mengadapNya. Segeralah kerjakan apa yang dituntut oleh agama islam,insya Allah segala dosa kita akan diampuni oleh Allah SWT dan beristighfarlah banyak-banyak mudah-mudahan kita mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

Jahiliah To JannahWhere stories live. Discover now