Zikir

108 16 0
                                    

Zikir itu terbahagi kepada tiga bahagian :

1. Zikir dengan lidah (الذكر باللسان) iaitu bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, berselawat dan membaca Al Quran.

2. Zikir dengan hati (الذكر بلقلب) iaitu memikirkan dan mengingati tentang kebesaran serta kekuasaan Ilahi seperti kejadian langit dan bumi.

3. Zikir dalam bentuk ketaatan ( الذكر بلجوارح) iaitu dengan melaksanakan ibadah seperti solat, puasa, haji, menghadiri majlis ilmu dan sebagainya.

Dengan sebab itu Ibnu 'Ata menegaskan setiap majlis ilmu yang memperkatakan soal (hukum syarak) majlis tersebut dinamakan majlis zikir kerana majlis tersebut menjauhkan kita dari kelalaian dan mendekatkan kita dengan Allah SWT secara ma'nawi.

Jahiliah To JannahWhere stories live. Discover now