Muhasabah

155 24 1
                                    

Kenapa wanita asyik berbicara pasal aurat tak habis habis? Balik balik aurat. Balik baik aurat sedangkan masaalah aurat luar ni mudah saja. Tak serumit mana. Cuma, samaada kita nak tutup aurat cara syariat atau cara fesyen saja. Itu kita sedia maklum.

Mungkin kalau ada masaalah pun adalah aurat didalam solat. Ianya berbeda dengan aurat diluar solat. Aurat dalam solat, kita kena pastikan sehingga ruang di bawah telekong sekali pun jika kita tidak memakai pakaian dalam. Kalau pakaian dalam sempurna tutup nya, tiada masaalah. Sedangkan aurat diluar solat hanya tutup di luar semata. Tak faham, boleh tanya benda ni. No problem.

Bagi aku, isu wanita paling besar adalah masaalah darah haid, nifas, wiladah dan istihadah. Kerana ramai wanita yang tidak cakna bab ini. Apalagi lah kaum lelaki sedangkan kaum lelaki pun wajib belajar kerana ianya sebagian fardhu ain dan berkewajiban mengajar isteri dan anak anak perempuan. Jika tidak berdosa jadinya.

Masaalah inilah yang patut kita bicarakan selalu agar ianya hadam dalam ilmu kita. Kerana masaalah darah ini amat rumit!

Waktu aku belajar bab bersuci ini pun terkadang pening.

Salah faham kita dalam menentukan darah ini pun boleh menjadikan kita berdosa andai silap kira dan mengenal. Dan impaknya berdosa jika berjima' masih tidak bersuci. Mandi wajib waktu masih ada haid. Dan bersolat sedangkan kita masih belum kering. Atau kita tinggal solat dan tak bersuci sedangkan kita telah kering!

Malah masaalah darah ini pun ada pelbagai warna untuk kita kenal sebelum kita benar benar wajib mandi.

Memang berat kalau kita halusi.

Semua ini adalah syarat kepada sah nya solat dan ibadah lainnya. Kalau masaalah bersuci tak selesai, selagi itulah solat mereka tertolak. Solat tak sah, berdosa besar. Sebab itu kena belajar.

Tapi ramai wanita tak kisah! Asalkan solat. Hantam sajalah. Allah nak terima ke tak terima ke, itu bukan masaalah aku.

Dalam ibadah tidak boleh begitu. Kita kena yakin dan berilmu. Kalau tak berilmu, confirm amalan tidak diterima. Macam mana nak terima kalau syarat dan rukun pun kita tak tahu. Sah dan batal pun kita tak boleh beza.

Itu baru bab ibadah dan bersuci. Belum lagi bab najis.

Ada orang sampai sekarang pun tak tahu bagaimana nak menyucikan najis! Sedangkan hukum menyuci najis ini ada berbeza beza.

Najis mukhafafaf lain cara menyuci nya. Najis mutawasithah lain cara menyuci nya. Begitu juga najis berat ya itu najis mukhalazah.

Macam mana nak tahu benda ni kalau tak belajar. Bila tak belajar, memanglah kita tak tahu. Pembahagian najis dan menyucikan najis pun ada caranya yang patut kita tahu. Bukan main mob dan lap gitu gitu saja.

Terkadang kita lihat ibu ibu yang ada anak kecil, anak kecilnya kencing dalam rumah pun, ibu ibu selamba jer MOB tanpa tahu bagaimana nak menyucikan najis secara syarak sehingga najis merebak dikeseluruhan rumah.

Bila merebak seluruh rumah maka seluruh rumah bernajis. Dan bila dipijak, najis akan berpindah pada kaki dan akan bernajislah kita.

Bila bernajis kaki yang kita pijak lalu di bawa ke solat, maka tak sah lah solat kita kerana menanggung najis dalam solat.

Begitu juga bab tabaruj. Atau bab dye rambut, penyucian makeup sebelum wudu' dan sebagainya.

Manusia ini masuk neraka bukan kerana jahat saja tetapi jahil juga boleh membawa mereka keneraka Allah. Nauzubillah.

Ini kerana mereka tidak serius dengan pengajian ilmu fardhu ain!

Mereka tidak tahu bahawa kalau tak belajar ilmu fardhu ain ini, setiap hari mereka akan dosa besar. Sehinggalah mereka kembali belajar.

Kalau tak belajar fardhu ain ni setiap hari solat dan ibadah yang kita lakukab akan salah kerana kita tak tahu sah atau batalnya.

Mungkin dulu mak ayah kita pun jahil. Tidak serius dan tidak mendidik kita dengan ilmu fardhu ain. Mungkin mereka dulu hanya beratkan tuisyen saja supaya kita pandai dan berjaya dan dapat kerja bagus sehingga mereka mengabaikan masaalah fardhu ain dan akhirat kita. Mereka gagal untuk mendidik kita.

Kita pula, disebabkan jahil dengan ilmu kerana tidak di tarbiayah berbuat juga pada anak anak kita sehingga generasi kita turun temurun tidak mengaji fardhu ain!

Sebab itu kita tidak merasai nikmat ibadah. Tidak sensitif dengan syariat Allah. Dan kita tak kisah samada kita hidup bersyariat atau main hentam keromo saja akan kehidupan kita.

Bila kawin, suami pun tak ajar. Macam kita juga. Jahil. Kerana cinta kita kawin juga dan tak kisah ada agama ke tak ada agama ke pada bakal imam kita.

Masaalahnya, dahlah tak boleh ajar kita, nak bawak kita kuliah pun malas dengan alasan sibuk dan letih. Maka duduk lah kita di rumah bersantai tanpa ada rasa takut dengan kejahikan kita dan kepada Allah.

Hari minggu pula nak rehat lagi. Nak bawa anak anak berjalan. Nak shopping dan sebagainya.

Jadi bila masa yang ada untuk agama Allah. Untuk persediaan kita di akhirat!

Hidup kita sekarang tidak ubah seperti haiwan. Kerja makan rehat santai hiburan tidur dan berjima' melempiaskan nafsu berulang ulang tanpa ada suatu matlamat kehidupan menjadi hamba Allah yang bertakwa.

Kalau ada orang yang tegur kita, kita marah. Atau kita buat tak tahu saja sebab ia tidak sesuai dengan nafsu kita.

Maaf kawan,

Aku bertazkirah isyak ini bukan khusus dituju kan buat kamu disini tapi ahli keluarga aku yang masih lagi jauh dengan ilmu fardhu ain ini dan main taram saja beribadah kepada Allah. Benar, bukan mudah nak ubah yabg terbiasa kepada yang benar benar mengikuti syariat. Banyak tanya dan soalannya.

Jika kamu terasa akan perkongsian ini maka berubahlah.

Apalagi jika kamu seorang lelaki, fikirkan lah azab yang akan kamu terima kerana tidak menjalankan tanggungjawab kamu sebagai suami dan ayah.

Jika kamu seorang wanita, jadilah pembantu dan pengingat kepada suami kamu akan tanggungjawab mereka jika mereka terlalai dan terlupa.

Jahiliah To JannahWhere stories live. Discover now