story

194 40 1
                                    

"Ayah,
adik nak kasut yg ada lampu utk raya tau."

"Kakak nak gaun yg ada ropol2 tu.
Yg kita tengok kat pasaraya minggu lepas."

Si ayah tersenyum lantas mengangguk2 kepala.
Tidak sanggup dia utk berkata tidak pada anak2nya yg dikasihi sepenuh hati.

Lagi pun anak2nya tahun ini puasa penuh. Padahal baru shj menjejak kaki ke Tadika dan Sekolah Rendah.

Isterinya memandang dari jauh.
Melihat suaminya melayan karenah anak2 yg tak sabar hendak beraya.
Hendak pakaian baru sama s0t kawan2 mrk.

Anak sekecil itu tidak faham.
Gaji ayah mrk tidaklah besar mana.
Lagi pun,
bulan ini tuan rumah berkeras supaya tunggakan sewa bulan lepas dilangsaikan sekali gus.
Sudah minta bayar ansuran,
namun tidak diendahkan.

Barangkali tuan rumah nak beraya sakan.
Mrk tak nak fikir masalah org.
Janji payment masuk setiap bulan spt perjanjian.

Sewa bulan lepas tertunggak bila tayar kereta kena tukar baru.
Kena pula sambung road tax yg dah mati.
Ingatkan tuan rumah boleh bertolak ansur bayar secara ansuran. Rupanya tidak.

Nak kata apa?
Itu rumah dia.
Turut sajalah.

Maka bajet utk raya lari jauh.
Si isteri fhm sgt,
namun bdk2 apa mrk tahu?
Mrk hanya tahu raya hari bergembira.
Dapat pakai baju baru,
seluar baru,
kasut baru.

Itu shj.
Sdg si ayah bertungkus lumus bekerja.
Kerja sampingan pun buat juga demi anak isteri tercinta.

"Bang,
baju raya saya tak perlulah tahun ni.
Baju tahun2 sudah elok lagi.
Saya tak kisah pun."

Kata si isteri di suatu malam.
Dia diam sambil tersenyum shj.
Isterinya sgt memahami.
Tidak meminta2 dan tahu kemampuan kewangannya.

Namun disudut hati yg paling dlm,
dia rasa sedih sgt.
Dia ketua keluarga.
Tidak dpt menyediakan persiapan sepatutnya kpd anak isteri mencalar egonya.
Sgt meruntun jiwanya.

Dua hari sebelum raya, si ayah pulang bawa kasut ada lampu buat adik.
Buat kakak,
gaun beropol2 macam Cinderella.
Anggun sekali.

Anak2 bersorak riang.
Isteri memandang dgn senyuman walau hati masih bertanya di mana suaminya cari duit beli semua itu.

"Awak.
Sini kejap."

"Apa bang?"

"Nah.
Cuba dua pasang baju raya ni."

Si isteri terpaku.
Walau mulut kata tak mahu,
namun disudut hati dia juga hendak merasa pakai baju baru di hari raya nanti.

"Abg!
Mana abg dpt duit.
Terima kasih byk.
Cantiknya!"

"Ada rezeki lebih abg bantu kawan pindah rumah.
Dia bagi upah. Cubalah."

Si suami tersenyum puas melihat anak isterinya gembira. Baginya,
itulah bahagia.
Tidak ternilai harganya.

Dia sanggup korbankan apa saja utk kebahagiaan keluarganya.
Apa shj.

"Baju raya abg mana?
" soal si isteri.

"Esok abg beli.
Pergi tadi saiz tak ada,
" bohong suami disebalik senyuman.

Sdgkan mmg tak ada bahagian dah utk dia.
Tak apalah dia pakai baju lama pun.
Asalkan dpt melihat anak isteri tersenyum ria.

"Eh abg.
Mana cincin dan jam kesayangan abg?"

Si suami tidak menjawab.
Dia buat2 tidak dengar dan terus pergi ke arah anaknya sambil melayan anak2 itu mencuba pakaian baru.

"Abang!"

Dan air mata menitis laju dipipi sang isteri.
Walau langit tidak mendung,
namun ada hujan mencurah2 diwajah.

*******

Sebenarnya,
byk pengorbanan seorang lelaki bergelar suami dan ayah pada keluarga mrk.

Tidak byk yg tertulis,
tidak byk yg terlukis.
Krn lelaki menelan semua air mata,
menyorok segala kegusaran disebalik sebuah senyuman.

Demi melihat gelak tawa dan kegembiraan ahli keluarganya.

Hormati suamimu,
taati ayahmu.
Jasa mrk tidak terbalas.
Percayalah!

- Ayah.
Insan yg byk berbohong demi melihat kebahagiaan isteri dan anak2.

Jahiliah To JannahWhere stories live. Discover now