Short Story

87 18 0
                                    


Ada 3 orang pemuda yang dikenali dengan title "zalim" dan salah satu dari pemuda tersebut adalah orang yang beragama islam manakala dua orang lagi bukan beragama islam.

Pada suatu hari,mereka terserempak dengan seorang wanita yang sangat cantik dan berpurdah.Mereka berhasrat ingin membunuh perempuan tersebut kerana mereka tidak suka dengan perempuan yang beragama islam.

Dua orang pemuda yang bukan beragama islam tadi memukul serta menikam tubuh perempuan tersebut sehingga mati.Tetapi,pemuda beragama islam itu tidak mengikuti mereka untuk membunuh perempuan tersebut kerana dia tidak berminat untuk campur tangan dalam urusan kawannya.

Setelah mereka selesai menjalankan niat jahat itu,mereka pergi mendapatkan pemuda yang beragama islam dan dengan nada bangga menceritakan bagaimana mereka membunuh wanita tadi dengan kejam.

Pemuda 1: Aku telah membunuh wanita tadi melalui pukulanku.Itu membuatkan dia jatuh tersungkur.

Pemuda 2: Itu kurang hebat.Lihatlah aku,aku menikam badan perempuan itu menggunakan sebilah pisau hingga dia kaku tidak bernyawa.Nampaknya,aku lagi hebat dari kamu.

Pemuda yang beragama islam: Sebenarnya aku jauh lebih hebat dari kamu berdua.Mesti kamu ingin tahu kenapa...okey aku bagitahu.Aku berkata begitu kerana aku hanya MELIHAT kezaliman yang kalian lakukan keatas perempuan itu dan tidak sesekali menghulurkan bantuan sedangkan perempuan itu juga beragama islam seperti aku dan dia wanita yang terkenal dengan sifat lemah.

Pengajaran dari cerita ini:

Jika kita lihat dunia yang sedang kita nikmati seluruh isinya,tanpa sedar ada saudara seislam kita yang menderita namun kita sebagai umat islam hanya melihat kezaliman yang dilakukan ke atas saudara kita.Persoalannya,Adakah kita menghulurkan bantuan kepada mereka hatta sekecil-kecil bantuan atau sekadar melihat tanpa perasaan.

#Ditulis oleh Ukhty Pijah_❣️

Jahiliah To JannahDove le storie prendono vita. Scoprilo ora