Laila Dan Majnun

97 13 0
                                    

Laila dan majnun✨*

Kau rasa romeo dan juliet sweet? Dilan dan Milea? Nah you're all wrong. 15 rt aku cerita kisah Laila dan Majnun yang banyak tokoh islam ceritakan untuk gambarkan apa itu cinta dan macam mana cinta tu boleh membinasakan.

Ada sorang ketua dari suku Bani Umar di Jazirah Arab yang ada hampir semuanya kekayaan, pangkat, dihormati tapi takde anak. Puas dia jumpa tabib-tabib desa, macam macam ubat herba semua dah cuba tapi tetap takde anak.Dah habis usaha ni si isteri pun bagi cadangan pada suami untuk bersujud dan berdoa minta pada Allah.

Ketua suku Bani Umar dengan isterinya pun mula berdoa dengan berlinangan air mata bersujud pada Allah. Antara isi doa mereka yang dinukilkan adalah...“Wahai Segala Kekasih, jangan biarkan pohon kami tak berbuah.

Izinkan kami merasakan manisnya menimang anak dalam pelukan kami. Anugerahkan kepada kami tanggung jawab untuk membesarkan seorang manusia yang baik. Berikan kesempatan kpd kami untuk membuat-Mu bangga akan anak kami.”

Dengan izin Allah, tak lama lepas tu si isteri mengandung. Pasangan dari bani Jazirah Arab ni dikurniakan dengan sorang anak lelaki yang membesar menjadi pemuda tampan, bermata besar, berambut hitam dan mnjadi tarikan penduduk desa. Bermulalah kisah Qais anak ketua suku Bani Umar

Qais seorang lelaki yang tampan berambut hitam, bermata besar dan berbakat dalam bersyair, bermuzik, hebat dalam teknik peperangan dan pandai melukis. Setelah cukup umur untuk bersekolah, si ayah buat keputusan untuk membangunkan sebuah sekolah demi anak tersayang. Sweet kan.

So si ayah ni tadi gunakan khidmat cikgu-cikgu terbaik yang ada untuk mengajar di sekolah private yang dibangunkan semata-mata demi Qais. Pelajar lain pun diterima tapi cuma hanya dari golongan yang elit, keluarga berpangkat dan anak-anak hartawan. Marhaen macam aku tak diterima.

Ditakdirkan Qais terpandang seorang gadis dalam kelas yang sama. Gadis yang memiliki kecantikan luar biasa, berambut hitam dan bermata indah berwarna hitam pekat milik seorang gadis bernama Laila sehingga diberi gelaran "Laila Sang Malam" kerana mata dan rambutnya.

Sejak hari pertama sekolah, Qais dan Laila dah mula jatuh cinta mungkin ini yang dinamakan cinta pandang pertama. Sejak dari tu, sekolah bukan lagi tempat belajar buat pasangan yang secocok sama cantik dan sama kacak ni tetapi tempat untuk bertemu satu sama lain.

Kerana terlalu sayang dan cinta secara terang-terangan, kisah cinta Qais dan Laila mula menjadi bualan bukan sahaja di sekolah malahan sehingga ke masyarakat setempat. Hal ini sampai ke pengetahuan ayahnya Laila. Ayah mana yang tak marah kalau anak pi sekolah untuk bercinta kan? 

Oleh sebab terlalu marah, ayahnya Laila melarang Laila untuk ke sekolah. Setelah berapa lama Laila tidak ke sekolah, Qais mula gelisah resah sampai ke tahap Qais pergi meninggalkan sekolah untuk mencari Laila di ceruk jalanan dan di kampung-kampung berdekatan.

Qais mengarang puisi-puisi indah dan dibacakan di jalanan sambil memanggil-manggil nama Laila. Tidak dilayan sebarang pertanyaan dari penduduk setempat melainkan jika soalan itu berkenaan Laila. Masyarakat mula berkata-kata "Lihat lah si Qais, dia telah menjadi Majnun (Gila)".

Okay sat, Majnun ni dalam bahasa arab bermaksud gila. So betulkan persepsi kalau korang ingat Majnun ni nama orang. Dari hukum bahasa arab sepatutnya disebut "Majnun bi Laila" yang bermaksud "tergila-gila kerana cinta disebabkan Laila".

Dalamnya cinta Qais pada Laila terlalu dalam lebih dari korang cintakan bf/gf korang. Qais berbicara dengan sungai yang melalui rumah Laila dgn harapan sungai ini akan menyampaikan pesan cinta, Qais akan menyapa burung-burung di sekitar rumah Laila menyatakan cinta kepada Laila.

Qais memberi makan akan anjing-anjing yang sesat dari kampung Laila kerana berpendapat segala apa yang berkait dengan Laila, kampung Laila, saudara Laila, udara, alam, haiwan dan semua yang berkait dengan Laila akan dicintai oleh Qais kerana tanda cintanya Qais kepada Laila.

Pada suatu hari, datang seorang pemuda kepada Qais ketika dia sedang berpuisi di jalanan. Pemuda ini bertanya "Wahai Qais, jika diberi pilihan untuk memilih antara Laila dan dunia serta seluruh isinya yang manakah kau akan pilih?".

Qais menjawab "Sedangkan debu yang melekat pada sepatu Laila adalah lebih indah dan aku cintai dari dunia dan seluruh isinya".

Ayah Qais nekad berjumpa ayah Laila dengan niat untuk mengahwinkan Qais dan Laila kerana tak sanggup tengok keadaan Qais yang terlalu teruk. Ayah Qais berkata "Sahabat, kau tahu kan ada perkara lagi penting dari kebahagiaan dan kekayan iaitu cinta".

"Kahwinkan lah Qais dan Laila, akan kuberikan segala kekayaan ku kepada Qais untuk diberikan kepada Laila dan menjaga Laila" kata ayah Qais. "Aku percayakan kau seorang yang terhormat dan mulia akan tetapi aku tidak sanggup menyerahkan Laila kepada Qais yg gila seperti pengemis".

Ayahnya Laila menolak permintaan ayah Qais. Ayah Qais akur dan faham akan keadaan ayah Laila, ayah manakah yang sanggup menyerahkan anak gadisnya kepada seorang yang dikata gila, tidak terurus dan perilaku yang diluar normal.

Ayah Qais berusaha membawa Qais pulang lalu disuruhnya Qais ke Mekah menunaikan haji. Qais akur akan kehendak ayahnya dan bersama-sama ayahnya ke Mekah untuk menunaikan haji. Sampai di Mekah, Qais bersujud di depan Ka'bah dan berdoa..

“Wahai Yang Maha Pengasih, Raja Diraja Para Pencinta, Engkau yang menganugerahkan cinta, aku hanya mohon kepada-Mu satu hal saja, tinggikanlah cintaku sedemikian rupa sehingga, sekalipun aku binasa, cintaku dan kekasihku tetap hidup.”

Saat itu sedarlah ayah Qais bahawa tiada apa lagi yang boleh dilakukan kerana dalamnya cinta Qais kepada Laila. Ayah Laila pula mengahwinkan Laila dengan jejaka lain dengan harapan Laila akan melupakan Qais. Pulang dari Mekah, Qais mendapat berita perkahwinan Laila.

Qais keluar dari rumah dan tinggal di runtuhan bangunan usang yang terletak jauh dari masyarakat. Qais hidup bersama haiwan liar, serangga dan terus membaca puisi-puisi cintanya kepada Laila. Penduduk yang mendengar indahnya puisi Qais turut dapat merasa dalamnya cinta Qais.

Laila pula telah berkahwin akan tetapi seluruh jiwa dan hatinya hanya untuk Qais. Suami Laila cuba memikat Laila dengan harta, kekayaan, hadiah akan tetapi tetap dianggap sebagai orang asing oleh Laila. Tidak sekalipun Laila disentuh oleh suaminya sehingga suaminya meninggal.

Setelah suami Laila meninggal, Laila saban hari makin merindui Qais sehingga jatuh sakit. Ditakdirkan Laila jatuh sakit dan meninggal. Berita kematian Laila menjadi buah mulut masyarakat sehingga sampai kepada Qais yang tinggal di runtuhan bangunan.

Dengan rasa sedih yang teramat, Qais keluar dari tempat tinggalnya dan mencari makam Laila. Qais menangis selama berbulan-bulan di atas makam Laila mengenangkan perginya insan yang paling Qais cintai lebih dari bumi dan seluruh isinya.

Setahun berlalu, penduduk kampung menjadi heboh apabila mereka menjumpai sesosok mayat di atas makam Laila. Ya, mayat itu adalah Qais yang mana hidupnya hanya untuk mencintai Laila dan matinya dalam menyayangi Laila. The end - Laila dan Majnun (Qais lelaki gila kerana cinta)

So nilah kisah Laila dan Majnun yang menjadi sebutan tapi ramai yang tak tahu. Ikutkan panjang lagi tapi aku try to make it short and korang faham. Amik iktibar yang baik dari cerita ni. Untuk yang masih belum move on dgn past korang, banyakkan berdoa and be strong you will soon.

Oh ya sebelum saya lupa credit to owner;
Twitter @iffgone

Jahiliah To JannahWhere stories live. Discover now