Fadhilat selawat

376 67 0
                                    

Ustazah Nor Hafizah Musa ada berkongsi cerita yang sangat istimewa.

Satu hari, beliau dijemput memberi ceramah di Pusat Pemulihan Remaja.

Staff di sana dah pesan siap²,
Budak² ni memang perangai keras kepala,
Buat bodoh,
Tak hormat orang,
Hatta ustaz ustazah pun.

Ustazah agak berdebar,
Tapi ustazah doa banyak² agar Allah permudahkan sesi hari itu.

Memasuki dewan pusat tersebut,
Suasana ternyata berbeza dengan ceramah di tempat lain.

Dipenuhi anak remaja,
Dengan kelakuan yang macam² rupa.

Gaya semua takde yang menggambarkan mereka teruja dengan sesi ceramah itu.

Kaki atas kerusi, muka pusing belakang,
Umpama tiada penceramah di depan,
Masing² memang tak menyembunyikan perasaan 'loya' dengan sesi ceramah,
Lebih² lagi yang datang adalah penceramah perempuan.

Ustazah beri salam,
Sepi sekali suasananya.

Ustazah cuba beramah mesra,
Namun hambar.

Ustazah terasa sebak didada.
Hilang kata².

Lantas Allah beri ilham.

Ustazah minta semua berselawat.

Namun semua masih menyepi.

Kali ini suara ustazah agak berbunyi tegas.

Kata ustazah,
Mungkin kamu tak suka ustazah,
Mungkin kamu tak suka di sini.

Ustazah tak kisah kalau kamu tak suka ustazah,
Tapi ustazah marah kalau kamu tak hormat Rasulullah.

Kamu kena ingat Rasulullah sayangkan kamu.
Dia kekasih Allah,
Allah kata siapa yang berselawat ke kekasihNya,
Dia akan dicintai Allah dan Rasulnya,
Allah pun sayang Rasulullah,
Kita ni apetah lagi kena sayangkan Baginda.

Nada suara ustazah lancar dan tegas sekali.

Waktu tu,
Masing² mula mengubah posisi, mengadap ke hadapan.

Ustazah mulakan selawat,
Perlahan² diikuti remaja² itu,
Dari seorang ke seorang,
Selawat bergema di dalam dewan.

Dan waktu itu,
Allah tunjukkan kemuliaan dan keberkatan selawat tu 'on the spot'.

Sebab Allah dah janji,
Dengan selawat,
Akan dikeluarkan kita dari kerumitan, kesukaran, kepayahan.

Bagaimana keadaan anak² tadi yang penuh dengan benci,meluat, tak suka,
Kini bertukar menjadi sayu, tenang.

Dan akhirnya,
Sesi ceramah tadi berlangsung dengan hebat sekali,
Allah muliakan dan berkati sesi itu,
Dapat dilihat raut wajah anak tadi selepas berselawat,
Tenang,
Malah ada yang sayu sehingga mengalir airmata.

Besarnya rahmat selawat,
Menjadikan hati sekeras batu,
Mengalirkan airmata deras dan laju.

Malah,
Anak² ni terus mendekati ustazah,
Meluahkan perasaan masing² tak semena².

Walaupun sesi dah berakhir,
Mereka minta lagi masa tambahan,
Minta lagi sesi untuk bersama ustazah.

Staff di sana pun terkejut,
Bagaimana ustazah dapat melembutkan hati mereka,
Padahal mereka ini sukar sekali diuruskan.

Disini kita belajar bahawa Selawat ke atas Baginda Rasulullah SAW bukan benda remeh,
Bukan benda yang takde apa,
Tapi selawat tu sendiri memberi
Keamanan,
Ketenangan,
Keberkatan,
Kebahagiaan.

Cintailah kekasih Allah,
Kerana Allah mencintai Baginda seagung²nya.

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

“ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [Sila rujuk HR An-Nasaie-1271 ]

Nota :

kupasan dan rumusan dari ceramah Ustazah Nor Hafizah Musa. Mohon maaf andai ada terkurang dalam penulisannya.

Jahiliah To JannahWhere stories live. Discover now