Amalan sebelum tidur

141 25 0
                                    

1)- Berwudhu' :

(( طهروا هذه الأجساد طهّركم اللّٰه، فإنّه ليس من عبدٍ يبيت طاهراً إلا بات معه في شعار ملكٌ، لا ينقلب ساعةً من الليل إلا قال: اللّٰهم اغفر له لعبدك، فإنه بات طاهراً. )) { رواه الطبراني }

"Sucikanlah badan kamu ini, maka Allah akan mensucikan kamu, kerana sesungguhnya tidak tidur seorang hamba dalam keadaan suci kecuali Malaikat ikut menemani di kepalanya dan tidak berbolak-balik hamba tersebut (ketika tidurnya) pada malam hari kecuali Malaikat tersebut berkata :
Ya Allah ampunilah hambamu ini, kerana sesungguhnya dia tidur dalam keadaan suci bersih."
{ HR Thobrani }

2)-Menghadap Qiblat.

3)-Bebaring ke arah Kanan:

(( إذا أتيت مضجعك فتوضّأْ وضوءك الصلاة، ثمّ اضطجعْ على شقّك الأيمن. )) { متفق عليه }

"Jika kamu akan berbaring di tempat tidurmu, maka Berwudhu'lah sebagaimana kamu akan Berwudhu' untuk Solat dan berbaringlah ke sebelah Kanan."
{ HR Bukhari & Muslim }

4)-Bertaubat dari seluruh maksiat, kerana khuatir akan datang ajalnya tatkala tidur kita.

5)-Niat unutk bangun sebelum Fajr untuk melakukan Solat Tahajjud.

6)-Solat Witir sebelum tidur jika tidak yakin bahawa dirinya akan bangun sebelum azan Subuh.

7)-Mematikan api yang menyala di dalam rumah sebelum tidur, kerana khuatir dapat menyebabkan kebakaran.

8)-Menutup mangkok atau gelas yang tebuka sebelum tidur :

(( غطّوا الإناء، وأوكوا السّقاء، فإنّ في السّنة ليلةً ينزل فيها وباءٌ، لا يمرّ بإناءٍ ليس عليه غطاءٌ، أو سقاءٍ ليس عليه وكاءٌ، إلا نزل فيه من ذالك الوبَاءِ. ))

Jahiliah To JannahWhere stories live. Discover now