Soal Jawab Islam

138 22 1
                                    

🔴 Apa hukum menghadiri konsert muzik Islam seperti nasyid dan lagu lagu berunsur keislaman?

🔵 Hukum menghadiri konsert muzik berkaitan erat dengan hukum mendengarkan muzik. Kebanyakan ulama' daripada mazhab yang empat mengharamkan semua alat muzik kecuali kompang dan alat muzik yang tidak bertali.

Sebahagian kecil ulama' terdahulu menghalalkan muzik seperti Ibn Hazm dan Imam Al Ghazali. Pendapat kedua ini menjadi pilihan beberapa ulama' semasa antaranya Dr. Yusuf Al Qaradawi. Ustaz Fauwaz Fadzil pernah membincangkan perkara ini dalam kolum Wasatiyyah dalam majalah Al Ustaz isu ke-4.

Jika saudara mengambil pendapat yang pertama, tentulah haram bagi saudara untuk menghadiri konsert muzik yang menggunakan alat muzik moden tidak kiralah sama ada nasyid ataupun selainnya. Jika saudara berpegang pada pendapat yang kedua, maka wajib dipastikan konsert tersebut tidak bercanggah dengan etika Islam seperti percampuran antara lelaki dan perempuan dan sebagainya.

Satu perkara yang pasti, konsert muzik yang tidak berunsur keislaman haram dihadiri. Sebagai contoh, konsert yang menampilkan kumpulan muzik Korea, penyanyi rock dan lain lain. Saya yakin tiada perbezaan pendapat dalam perkara ini.

Jahiliah To JannahWhere stories live. Discover now