Jibrail Menguji Nabi Ibrahim

62 8 0
                                    

*KISAH JIBRAIL AS MENGUJI NABI IBRAHIM AS*

Dalam kitab Misykaatul Anwaari menerangkan bahawa apabila Allah SWT menjadikan Nabi Ibrahim as sebagai kekasihnya, maka berkata para malaikat : "Ya Tuhan kami, sesungguhnya Ibrahim itu mempunyai anak, isteri dan harta. Jadi bagaimana kamu hendak menjadikan dia sebagai kekasihmu, sebab dia sendiri akan sibuk dengan urusannya".

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Janganlah kamu sekalian memandang hambaku dari segi harta kekayaannya, tetapi pandanglah hatinya dan amal perbuatannya, dan dalam hati kekasihku itu tidak ada rasa cinta hanya kepadaKu semata-mata. Kalau semua hendak mencubanya silakan dan pergilah mencuba".

Akhirnya Jibrail as turun dengan bentuk rupa manusia lalu pergi untuk bertemu dengan nabi Ibrahim as.

Nabi Ibrahim as mempunyai 12,000 ekor anjing buruan untuk menjaga kambingnya, cubalah bayangkan banyak manakah kambing kepunyaan nabi Ibrahim itu, setiap anjingnya itu memakai kalung dari emas dan supaya orang mengetahui bahawa dunia ini adalah najis, sedang sesuatu najis tempatnya hanyalah untuk najis pula.

Nabi Ibrahim as berdiri di atas bukit sambil melihat akan kambing-kambingya, kemudian Jibrail as yang menukarkan rupanya sebagai manusia lalu menghampiri nabi Ibrahim as sambil berkata : "Milik siapakah kambing yang banyak ini?".

Lalu nabi Ibrahim as berkata : "Kambing-kambing itu semua sebenarnya milik Allah SWT, tetapi kini berada di tangan aku".

Berkata Jibrail as : "Boleh tak kamu berikan aku seekor dari kambingmu itu sebagai hadiah?".

Kemudian nabi Ibrahim as berkata : "Berzikirlah kamu kepada Allah SWT dan ambillah 1/3 dari kambing ini".

Lalu Malaikat Jibrail berkata : "Subbuuhun Qudduusun rabbunaa rabbul malaaikati wan ruuhi". {Yang maha suci Tuhan kamu adalah Tuhan para malaikat dan Tuhan Jibrail}.

Berkata nabi Ibrahim as : "Zikirlah kepada Allah SWT bagi kali yang kedua dan ambillah 1/2 dari kambing-kambing ini".

Maka malaikat Jibrail pun berkata : "Subbuuhun Qudduusun rabbunaa rabbuul malaaikati wan ruuhi". {Yang Maha suci Tuhan kami adalah Tuhan para malaikat dan Tuhan Jibrail}.

Nabi Ibrahim as berkata lagi : "Berzikirlah kamu kepada Allah SWT bagi kali yang ketiga dan ambillah semua kambing-kambing ini beserta dengan pengembala dan anjing-anjing itu".

Maka malaikat Jibrail pun mengucap seperti permulaan dan kedua tadi.

Nabi Ibrahim as berkata : "Zikirlah kamu bagi kali yang keempat dan katakanlah bahawa kamu itu hamba".

Lalu Malaikat Jibrail pun mengucapkan sama seperti mulanya. Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Wahai Jibrail ! bagaimana dengan kekasihku itu".

Jibrail as berkata : "Ya Allah, Ya Tuhanku, Ibrahim itu adalah sebaik-baik kekasih".

Nabi Ibrahim as berkata dari atas bukit : "Wahai para pengembala kambing, halaulah kambing-kambing itu ke belakang pemilik barunya ini ke mana dia kehendaki. Dan sesungguhnya kamu semua telah menjadi miliknya".

Jibrail as pun menunjukkan dirinya yang sebenar dan berkata : "Wahai Ibrahim, sebenarnya aku tidak perlu kepada kambing-kambing kamu ini, cuma aku hendak menguji kamu sahaja".

Apabila nabi Ibrahim mendengar kata-kata Jibrail as itu maka beliau pun berkata : "Aku adalah Khaliilullah, kekasih Allah, aku tidak akan mengambil semula apa yang telah aku berikan kepadamu".

Setelah itu Allah SWT menurunkan wahyu yang menyuruh nabi Ibrahim menjual semua kambing-kambingnya itu, dan wang yang diperolehi hendaklah membeli barang-barang dan tanah yang kemudiannya wakafkanlah supaya akan dapat dimakan oleh orang fakir dan orang kaya sampai hari Kiamat.

Jahiliah To JannahWhere stories live. Discover now