Unta Minta Pertolongan

77 13 0
                                    

*KISAH UNTA MINTA PERTOLONGAN DARI RASULLULLAH ﷺ*

Diriwayatkan dari Uqail bin Abi Talib ra bahawa ia berkata : "saya telah pergi berjalan dengan Rasullullah ﷺ dan saya temui 3 perkara menarik,yang mana dengannya itu telah menguatkan lagi Islamku."

Kisah pertama. Satu hari ketika Rasulullah ﷺ hendak membuang air besar,maka di hadapan beliau terdapat sebatang pohon. Lalu Rasulullah ﷺ berkata : "Wahai Uqail,kamu pergilah pada pokok yang di hadapan itu dan katakan kepadanya bahawa Rasulullah ﷺ  menyuruh kamu membuat penutup sebab Rasullullah hendak mengambil wudhuk."

Sebelum sempat saya menghampiri pokok tersebut ternyata pokok itu telah tumbang dan tercabut akarnya serta telah mengelilingi beliau. Sehingga beliau selesai membuang hajat.

Kisah kedua. Satu hari saya merasa sangat haus dan dahaga, kerana tidak mendapat air, maka Rasulullah ﷺ berkata : "Wahai Uqail,kamu naiklah ke atas gunung,dan apabila kamu sampai saja di atas katakan kepada gunung itu : "kalau ada air berilah kepada aku untuk minum."

Kemudian saya pun mendaki gunung tersebut,sebaik saja saya sampai di atas maka saya pun berkata kepada gunung itu seperti yang Rasullullah ﷺ beritahu . Maka gunung itu pun berkata : "Katakanlah kepada Rasulullah ﷺ bahawa semenjak Allah SWT menurunkan ayat yang bermaksud : "Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu sendiri berserta keluargamu dari {siksa} api neraka yang umpamanya terdiri dari manusia dan batu." Berkata gunung itu lagi : "Dari hari itu saya menangis sebab takut kepada Allah, kalau-kalau aku menjadi batu yang disebut oleh Allah,oleh sebab itu telah habislah air yang pada aku."

Melihat akan hal orang Arab itu maka Rasulullah ﷺ pun berkata : "Apakah yang hendak kamu lakukan terhadap unta ini." Lalu berkata orang Arab itu : Ya Rasulullah ﷺ saya telah membeli Unta ini dengan harga yang sangat mahal, tetapi unta ini tidak mahu taat kepadaku {yakni jinak}, oleh kerana tidak ada pilihan lain maka saya mengambil keputusan untuk menyembelih unta ini supaya dagingnya dapat dimanfaatkan."

Kisah ketiga. Peristiwa ketiga ini berlaku ketika kami sedang berjalan-jalan tiba-tiba datang seekor unta mendapatkan Rasullullah sambil berkata ; "Ya Rasulullah, tolonglah saya, tolonglah saya, selamatkanlah saya." Dalam masa unta itu merayu kepada Rasulullah maka datang seorang Arab dengan membawa pedang di tangannya.

Lalu Rasulullah ﷺ berkata kepada unta itu : "Wahai unta, mengapa kamu derhaka kepadanya." Mendengarkan kata Rasulullah ﷺ itu maka berkata unta itu : Ya Rasulullah, sesungguhnya saya tidak menderhakainya dari apa-apa pekerjaan, tetapi saya menderhakainya sebab perbuatan buruk yang ada padanya. Sebab Qabilah yang bersama dia itu sama-sama tidur dan tidak mahu mengerjakan sembahyang Isyak. Kalau dia berjanji tidak akan meninggalkan sembahyang Isyak maka saya tidak akan derhakainya dan akan patuh apa yang dia suruh,sebab saya sangat takut kalau Allah SWT menurunkan siksanya terhadap mereka, maka saya juga akan terkena siksa itu sebab saya berada bersama mereka."

Akhirnya Rasulullah ﷺ menyuruh orang itu supaya dia dan Qabilahnya tidak lagi meninggalkan solat Isyak, akhirnya orang Arab itu bersetuju dan baginda Rasulullah ﷺ pun menyerahkan kembali unta tersebut kepada tuannya itu.

Kisah ini hendaklah kita ambil teladan sebab seekor unta itu berfikir supaya ia jangan terkena siksa Allah, jadi mengapakah kita tidak terfikir supaya semua orang mengerjakan sembahyang, dan bukankah kita juga berada di tengah-tengah orang yang tidak mahu sembahyang,dan kalau Allah menurunkan azabnya,kita juga tidak akan terlepas darinya.

#writingbyAsy
@sigadishijrah

Jahiliah To JannahWhere stories live. Discover now