Tengku Danish meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Air kopinya dihirup lagi. Sengaja dia cakap begitu sebelum menutup talian. Nak test diri dia bila cakap macam tu dekat Aaira.

Tengku Danish senyap buat seketika. Dapat dia rasakan jantungnya kini sudah berdegup kencang. Telinganya seakan-akan dapat mendengar bunyi degupan itu. Mata dikelipkan sekali. Kenapa dia  berdebar ni?

Ya Allah, macam nak tersembul keluar jantung dia sekarang. Kuat betul degupan dia.

Haih..

Wajahnya diraup dengan tangan. Takpe Danish, banyak lagi masa. Takpe..

-✿-

TAK sampai beberapa minit, Aaira keluar dari rumah dengan beg bagasi kecil miliknya. Tengku Danish yang sedang bersandar pada kereta terus sahaja mengambil beg tersebut dan diletakkan di dalam bonet belakang.

Aaira masuk ke dalam semula. Nak ambil sling bag di dalam. Sempat dijenguk ke dalam bilik Syira. Tengah makeup rupanya. Sempat dia pesan suruh siap cepat, tak mahu Tengku Danish menunggu lama di luar. Syira membuat jari simbol okey tanpa berpusing ke belakang. Fokus dengan eyeliner dia.

Tepat pukul 9.30, barulah mereka bergerak. Suasana di dalam kereta hanya dipenuhi dengan celoteh DJ dari radio kereta.

Perjalanan dari rumah sewa ke rumah keluarga Tengku Danish hanya memakan masa lima belas minit sahaja. Tidak begitu jauh. Tersenyum lebar Tengku Seri mahu menyambut anak serta bakal menantunya. Aaira berjalan laju ke arah ummi. Sempat ditarik lengan Syira sekali. Lantas tangan lembut itu dicium sebelum tubuhnya dirangkul erat. Aaira membalas pelukan itu sebelum dia kenalkan kawannya kepada Tengku Seri. Syira tersenyum sebelum mengucup lembut tangan wanita itu. Tengku Seri hanya membalas senyuman itu. Dia sudah maklum dengan kehadiran kawan Aaira ini.

"Jom la masuk, panas kat luar ni" ajak Tengku Seri. Tangan Aaira dan Syira ditarik masuk ke dalam. Masuk sahaja dalam villa itu, telinga sudah diketuk dengan pelbagai bunyi dan jeritan budak-budak. Riuh betul.

"Abang longg!!" jerit Qayyum bila ternampak kelibat Tengku Danish yang baru masuk. Lelaki itu hanya tersenyum nipis sebelum pandangannya dialihkan kepada Aaira dan Syira yang masih tercegat di hadapan pintu utama bersama Tengku Seri.

"Ni kenapa tercegat dekat sini?" Tanya Tengku Danish.

"Along tolong suruh budak-budak ni main dekat tempat lain. Bahaya main dekat dengan tangga tu. Jatuh nanti" suruh Tengku Seri. Tengku Danish mengangguk akur. Sempat ditepuk lembut bahu Aaira sebelum beredar.

"Ehh.. Beg nak ambik bila?" Tanya Aaira. Syira dibelakangnya sudah melilaukan matanya ke seluruh pelosok rumah. Besar nak mampus. Berapa ketul je yang hidup dalam rumah ni?

"Nanti aku suruh pekerja ambikkan" balas lelaki itu sebelum meneruskan langkahnya.

"Jom ikut ummi" Lengan Aaira dan Syira ditarik lembut ke arah pintu kaca yang sudah terbuka luas, menghubungkan bahagian dalam rumah dengan halaman taman bunga milik Tengku Seri.

Bibir Aaira automatik membentuk senyuman lebar. Bersinar matanya melihat bunga-bunga yang cantik mekar itu. Ya Allah, best gila kalau ada taman sendiri macam ni. Boleh tanam bunga banyak-banyak. Dekat rumah sewa dia hanya dapat tanam sikit-sikit saja disebabkan kawasan hadapan rumah mereka yang agak sempit itu.

"Wah.. mana satu bakal isteri Danish ni?" soal Puan Sumiyati. Aaira dan Syira memandang ke arah suara itu.

"Takkan dua-dua kut" usiknya lagi. Disambut dengan gelak tawa kaum hawa yang turut ada di situ. Tengku Seri tersenyum lebar sebelum berpusing memandang kedua-dua gadis di belakangnya.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now