𝑻𝒆𝒎𝒑𝒕𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 | 22

56.8K 2.4K 177
                                    

꧁ Bab 22 | Takkan ꧂
Menyesal

Gaun satin berwarna kulit, bertali halus dan panjangnya hanya sekadar cukup melepasi bawah punggung. Itu pilihan Bella yang dirasakan menarik dan terbaik berbanding 2 lagi nightie yang dibawa. Malam ini malam paling istimewa. Jadi dia ingin segala pilihannya juga sempurna.

Setiap inci tubuh langsingnya diteliti dihadapan cermin. Bella kagum punya sosok tubuh sempurna sebagai seorang wanita. Tak perlu ditambah apa-apa, asetnya sudah cukup mengancam serba serbi.

Rambut panjang separas pinggang yang sudah disanggul memperlihatkan leher jinjangnya. Mata Bella kemudian turun ke dada, memaparkan lurahnya dek keluasan leher gaun satin yang maximum, terselak sedikit sudah terpaparlah semuanya. Turun ke kakinya yang licin tanpa sebarang cela.

Wajahnya pula bebas tanpa sebarang solekan tetapi bibirnya dioleskan dengan sedikit lip balm.

Sempurna.

Losen dengan haruman cherry dituangkan ke telapak tangan sebelum disapu ke lengannya. Kemudian, beralih ke arah kaki.

Klek!

Farris selesai mandi.

Bella tersenyum kecil. Tubuhnya masih menghadap cermin.

"What are you trying to do Bella?" soal Farris tanpa berselindung apabila yerlihat Bella dihadapan cermin dengan pakaian yang cukup menggoyahkan imannya. Kali ini Bella sudah ke fasa yang maksima. Lihatlah wanita itu sekarang.

Bella betul-betul kotakan apa yang dia kata.

Jika Farris tidak mewaraskan fikirannya pasti sudah diterkam wanita itu.

"You tahu Farris. I'm seducing you, my husband." ujar Bella bersama senyuman di hujung bicara.

Farris bercekak pinggang dan menggigit bibir bawahnya. Sungguh, nafsu lelakinya sudah berkocak hebat. Sudah lama dia menahan diri kerana Bella.

"I nak buat you jatuh cinta pada I. I want your attention. I want you" jujur Bella tanpa berselindung. Memang itu niatnya dari dulu, Farris juga tahu.

Langkahnya dibuka. Mendekati Farris yang masih bertuala dipinggang dan tubuh lelaki itu masih belum kering dek mandian. Seksi.

"I feel what you feel baby" bahu Farris disentuh. "Trust me, I want it too" dada Farris mula diusap sebelum tangannya terhenti disatu tempat.

Dada kiri Farris, jelas terasa degupan jantung lelaki itu jauh dari rentah normal. Tangan Bella naik ke bahu Farris dan dia berpusing berhenti di belakang lelaki itu.

Kini, matanya menikmati seluruh bahagian belakang tubuh berotot Farris. Bibirnya dirapatkan kesisi wajah suaminya.

"Come on, touch me. I am yours. All yours. Let's make this honeymoon the most memorable baby," bisiknya penuh menggoda.

Tanpa menunggu sesaat. Jemari halus Bella yang menyentuh bicepnya dari arah belakang ditarik kuat sehingga terdorong wanita itu kedepannya sebelum tangan kekarnya memegang kedua-dua belah lengan Bella.

"Let's make it now then." Bella ditolak berundur mendekati katil dan sekelip mata tubuh kecil darinya itu sudah terbaring diatas katil bersama dia diatas wanita itu.

Wajahnya didekatkan ke leher Bella, menarik dalam haruman wanita itu.

"Stop me. You will regret this Bella" ujar Farris cuba menahan diri semampunya.

"No, I wont" dengan persetujuan itu, bibir Bella yang pertama menjadi serangannya.

Dan segalanya bermula malam itu...

Temptation √ (TERBIT)Where stories live. Discover now