𝑻𝒆𝒎𝒑𝒕𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 | 10

46.4K 2.1K 170
                                    

꧁ Bab 10 | Pilihan ꧂
Farris

Bella yang sedang termenung didekati Datin Afeefah. 

“Belle tak tidur lagi sayang?” Bella menoleh kesisi dan menggeleng. 
“Kenapa? Dah lewat malam dah ni”

“Belle tak boleh tidur”
“Fikirkan apa?” Bella tidak segera menjawab, entah bagaimana dia ingin beritahu. 

“Bella terfikir tentang lamaran Aunty Janirah tadi?” Bella mengangguk. Ye,  siang tadi Puan Sri Janirah datang lagi kerumahnya untuk berbincang bersama mama dan papanya pula. 
Jujur, Bella sangat menerima pinangan Puan Sri Janirah tapi dalam masa yang sama dia berbelah bahagi.

Betul ke apa yang dia buat ni?
Hati kata sejuta iya.  

Memang perasaannya kini sudah utuh sepenuhnya pada Farris tapi bagaimana jika perasaan itu hanya sekadar perasaan dan bukan lebih dari itu. 

Bella tidak pernah rasa sesuatu seperti ini sebelum ini,  perasaan ini sangat asing.  Dia mahu namun dalam masa yang sama dia keliru.  Bukan tak mahu cuma keliru. 

“Cuba cerita dekat mama”
“Cerita apa?”
“Apa yang Belle fikirkan” balas Datin Afeefah kembali dan entah kenapa Bella terasa mahu cerita segalanya sejak kali pertama dia bertemu dengan Farris. 

Dari awal tiada satu pun cerita yabg tertinggal kerana bagi Bella setiap satu situasi itu semuanya bermakna. Lagipun,  mana pernah ada rahsia antara dua beranak itu. 

“Bella tahu kan ada hikmah semua ni jadi?” Bella tertawa kecil.  Mamanya dengan hikmah memang tak dapat dipisahkan.

“Mama sentiasa nak yang terbaik buat anak mama dan hati mama kuat mengatakan Farris yang terbaik. Kalau Belle masih ragu-ragu, buat solat istikharah ye sayang.  Dia pada Allah supaya dia berikan petunjuk, ini soal hidup mati Belle. Cuma mama nak Belle tahu,  mama sentiasa terima keputusan Belle” Bella tersenyum dan mengangguk. 

“Okay ma”
“Mama masuk bilik dulu ye,  goodnight” tangan Datin Afeefah Bella kucup sebelum Datin Afeefah beredar. 

Bella menuju ke tandas dan mengambil wudhu. 

Telekung disarungkan, sejadah dibentangkan dan dia menunaikan solat istikharah. Masa diambil sepenuhnya untuk dia melaksanakan ibadah sunatnya itu. 

Di penghujung solat Bella menadah tangan berdoa pada Sang Ilahi... jika benar Farris jodohnya maka semoga dia dan juga Farris diberi petunjuk oleh Allah SWT dan jika bukan Farris jodohnya, berikan petunjuk buat dirinya juga.

Jika Farris benar jodohnya, maka bukalah hati lelaki itu untuk menerima dia andai Farris bukan jodohnya,  maka lindungilah hatinya dari terus mengharapkan lelaki yang bukan miliknya itu.

Sesungguhnya Allah SWT adalah sebaik-baik perancang kepada setiap umatnya dan Bella memgharapkan yang terbaik buatnya.  Bella reda. 

•••

Hanna menuju ke cafe yang Azim katakan.  Entah kenapa, malam tadi sebaik Hanna memberitahu dia ingin putuskan hubungan dengan Azim, lelaki itu tidak mahu menerima dan mahu berjumpa dengannya.  

Hanna juga tidak sangka Azim mengambil serius hubungan mereka sedangkan lelaki itu tahu Hanna sudah punya kekasih.

Dan Hanna bersama dengan Azim hanya untuk mengisi kekosongannya sepanjang ketiadaan Farris. 

Temptation √ (TERBIT)Where stories live. Discover now