𝑻𝒆𝒎𝒑𝒕𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 | 21

53.5K 2.4K 172
                                    

꧁ Bab 21 | You Akan ꧂
Menyesal

Bella tersedar dari tidur apabila tekak terasa dahaga. Huh, tengah-tengah tidur pun tekak boleh meragam minta susu ye. Itu yang Bella tak berkenan tentang dirinya, tidaklah selalu tetapi kerap kali dia akan terjaga tengah malam hanya kerana kehausan. Macam tak boleh tunggu esok gamaknya.

Mata dibuka dan yang pertama menyapa mata adalah wajah kacak sang suami. Bella tersenyum sendiri.

Teringat pula kejadian malam tadi, senyuman manis bertukar sinis.

Tahu dirinya sudah mula dapat mengikis tembok teguh China yang terbina didalam hati Farris. Tak kisahlah jika yang terpikat itu nafsu dan bukan hati, tetapi itu cukup buat Bella bangga. Sekurang-kurangnya, Farris tertarik pada dia.

It's okay, baby steps dear...

Kalau bukan disebabkan Sabrina, setiausaha Bella menelefonnya malam tadi tentu pagi nanti Bella sudah bangkit dengan senyuman sampai ke dahi. Haih, nak buat macam mana, dirinya sendiri yang sudah membuat janji. Lagipun, perbincangannya malam tadi dengan Sabrina hal kerja betul-betul penting, memandangkan mulai hari ini dia akan bercuti selama seminggu untuk bulan madu. Hik!

Sudahnya, jam 2 pagi baru perbualan dalam taliannya tamat dan masuk sahaja ke bilik dari ruang balkoni Farris sudahpun tidur. Tidur dalam kekecewaan, adakah malaikat melaknat Bella sepanjang malam ini kerana menolak suami? Hmm.

Maaf ye suami, I pun kecewa.

Selesai membebel didalam hati, Bella bangkit dan keluar dari bilik.

•••

Farris tersedar dari lena apabila telefonnya berbunyi tanda panggilan masuk. Dengan mata yang masih berat, telefon yang berada di atas nightstand dicapai dan dada skrin IPhonenya dipandang.

Wajahnya berkerut melihat nombor asing itu. Tanpa memikir panjang, ikon decline ditarik. Telefon kembali diletakkan dan tubuhnya kembali dibaringkan. Cuti-cuti begini, malas dia mahu melayan nombor asing. Kalau ada urusan penting, biar setiausahanya yang uruskan.

Belum seluruh tubuh menyentuh permukaan sejuk katil, satu figura yang baru keluar dari tandas mengkakukan pergerakkannya.

Siapa lagi yang berani buat gila dihadapannya pagi-pagi begini jika bukan Bella Irdina.

Wanita itu baru keluar dari tandas dengan hanya bertuala memeluk tubuhnya yang masih basah. Bukan itu sahaja, tuala itu juga terlalu pendek menutup bahagian dada dan cuma melepasi bawah punggungnya. Ditambah pula air yang mengalir melepasi leher, turun ke dada dari rambut perang bertona dua yang baru dicuci itu. Diwajah Bella, ada senyuman nakal. Cukup menduga iman seorang Farris.

"Morning sexy," sapa Bella cuba mendekati katil, makin memberi kehangatan pada Farris didalam kedinginan pendingin hawa.

Farris berdehem.

Bertemu sahaja kakinya pada bucu katil, sebelah lututnya diletakkan diatas katil. Matanya tidak henti menjamah setiap satu reaksi Farris.

Baru Bella meletakkan telapak tangannya diatas permukaan cadar, telefon bimbit Farris berdering sekali lagi mematikan tindakan Bella.

Bella mendengus kecil dan menjeling sebelum dia beredar ke arah closetnya.

Farris menjawab panggilan apabila tertera nama Dhia disitu.

Temptation √ (TERBIT)Where stories live. Discover now