𝑻𝒆𝒎𝒑𝒕𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 | 13

42.9K 2.2K 303
                                    

꧁ Bab 13 | Hikmah Yang ꧂
Tersirat

“Betul ke aunty?” soal Bella langsung tidak percaya, semalam dia ditinggalkan ditepi jalan dengan ayat terakhir lelaki itu ‘lain kali jangan nak sibuk urusan I’ dan hari ini Puan Sri Janirah datang bersama senyuman lebar selebar alam memberi tahu yang Farris terima permintaan mamanya untuk bermenantukan Bella.

“Sepanjang balik semalam, dia ada cakap apa-apa kat Bella tak? Ke Bella ada cakap apa-apa kat dia? Sebab aunty curious sangat” soal Puan Sri Janirah pada Bella.

‘Cakap tu tak ada, kena tinggal tu adalah’ ingin sahaja Bella kata begitu namun bila difikir panjang lain pula jadinya. Tak apa, demi Farrisnya dia sanggup menyimpan memori pahit itu sendiri.

“Tak ada pun aunty, tapi semalam dia baik je dengan Belle” makin lebar senyuman Puan Sri Janirah mendengar jawapan Bella.

“Ya Allah, happynya aunty dengar. Tak sabar nak Bella jadi menantu aunty” dalam masa yang sama, Datin Afeefah juga tersenyum suka memandang rakan karibnya itu.

“Aunty plan, nikah Bella dengan Farris akan berjalan dalam masa 2 bulan lagi!” Bella memandang terkejut ke arah mamanya dan Datin Afeefah mengangguk setuju.

Wow! 
Memang Bella teruja namun untuk memegang gelaran isteri orang dalam masa dua bukan itu tidak masuk akal. 

‘Bella it's now or never. Hati lelaki seperti Farris tak boleh dijangka, buatnya ditukar fikiran...’ entah dari mana datangnya suara yang membuat andaian separuh jalan itu, Bella terus terhenti dari berfikir untuk membantah dengan rancangan penyatuan dia dan Farris sesingkat itu.

Bayangkan kalau tiba-tiba Farris tukar fikiran dalam tempoh yang Bella inginkan, fuh!  Tak sanggup Bella terima hakikat itu. Dia mahukan Farris. 

“So apa kata Bella?” soal Puan Sri Janirah menghentikan lamunan Bella. 

“Bella...” Bella memandang mamanya.  Kalau terus disebut setuju nampak sangat pula gedik. 

“Bella ikut mama, apa-apa keputusan mama Belle terima” Fatin Afeefah semakin melebarkan senyuman. 

“Kalau macam tu, kita proceed je dengan rancangan you Jani. Tomorrow I akan bagi tahu semua saudara mara I and kita boleh start uruskan hal dua orang ni” balas Datin Afeefah jelas teruja. 

Didalam akalnya,  sudah bermacam idea mencurah-curah keluar sepanjang proses pernikahan satu-satunya anak daranya itu. 

Asyik Bella tersenyum sendirian memandang mamanya dan Puan Sri Janirah merancang itu dan ini, telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. 

“Excuse me,” Bella bangkit dan menjauhi dua wanita itu. Dada skrin telefon bimbit ditatap, private number.

Hello?” sapa Bella terlebih dahulu memulakan bicara. 

“It's me Farris,” Bella hampir hilang kata mendengar suara lelaki itu.

Mama bakal suami call Belle!

Ow, hi?” balas Bella tidak tahu mahu balas apa. Masih tertanya-tanya bagaimana Farris mendapat nombornya. 

“Malam ni I nak jumpa you, I'll send you the location and be there by 8. Save my number” sejurus itu,  panggilan dimatikan. 

Temptation √ (TERBIT)Where stories live. Discover now