𝑻𝒆𝒎𝒑𝒕𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 | 19

50.2K 2.4K 238
                                    

꧁ Bab 19 | Cemburu ꧂
Bella

Tiba di restoran Thai kegemaran Bella, seperti sebelumnya jemari Farris disatukan dengan jemari kecilnya dan langkah mereka seiring memasuki restoran 5 bintang di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

"Table for two" ujar Farris kepada penyambut tetamu restoran makanan Thai itu.

Tiba dimeja yang diberikan pekerja restoran, Bella tersenyum melihat Farris. Apa sebabnya? Tiada.

Dia memang macam orang gila bila dengan Farris, asyik nak senyum aje. Angau. Ye dua angaukan Farris.

Sehinggalah waitress datang mengambil pesanan makanan. Tom Yam Goong kegemarannya dan Farris memesan Pineapple Fried Rice antara menu istimewa restoran itu.

"Farris, malam ni kita dinner rumah mama I ye?" ujar Bella selepas hampir 10 minit suasana sunyi antara mereka dan Farris tak henti bermain dengan telefon bimbit.

Macam dating dengan dinding, tapi tak apa Bella tak ada hal.

"I busy, you pergi sendiri lah" balas Farris bersahaja. Bukan apa, Farris malas mahu berlagak bak suami kiriman Tuhan bila berhadapan mertuanya nanti.

"Janganlah macam tu, kita bukan selalu pergi rumah mama. Lagipun, mama ada benda penting nak cakap" Farris mendengus berat sebelum memicit batang hidungnya.

"Fine, tapi sekejap je."
"Okay love!" Bella mengenyitkan mata.

Dalam masa yang sama, hidangan mereka tiba menarik perhatian Bella sepenuhnya. Makanan thai dan makanan laut memang kegemaran Bella. Berilah dia apa pun yang berasaskan makanan Thai dan laut semuanya dia makan.

"Smell's good as always!" Bella membaca doa sebelum memulakan misi makannya.

"Hmm..." Bella mendesah penuh nikmat menarik perhatian sepasang mata milik Farris.

Farris berdehem sebelum mulutnya dilapkan dan air suam diteguk sedikit.
"You nak rasa?" soal Bella kepada Farris.

"No thanks" tolak Farris tanoa memandang.

"No no. You kena rasa" sesudu lauknya disuakan kearah Farris dan tidak sempat lelaki itu menolak sudu yang disua Tya telahpun masuk kedalam mulutnya.

"Hmmm...delicious right? The best tomyam!" sambil memberitahu hujung bibir Farris dilap menggunakan jemarinya menyentakkan lelaki itu dengan tindakan spontannya.

"I nak rasa you punya" pinta Bella sambil membuka mulutnya.
Farris memandnang Bella lama, sebelum mendengus kecil.

Pinggannya ditolak ke arah Bella dan air diteguk.

"No I nak you suap" jelas Bella. Kalau suap sendiri baik dia tak payah minta, nak bermanja pun susah ish!

Farris akur, malas nak buat drama ditengah-tengah restoran itu. Makanannya dikauk menggunakan sudunya dan disua ke mulut Bella.

"Hmm" Bella memejam mata dan menggeleng kecil sambil mengunyah. Sebelum ini dia pernah mencuba hidangan itu tetapi entah kenapa kali ini sedapnya lain macam.

Mungkin sudah tukar chef.

Bukan, bukan!

Sebab Farris yang suapkan.

Temptation √ (TERBIT)Where stories live. Discover now