𝑻𝒆𝒎𝒑𝒕𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 | 7

40.5K 2K 176
                                    

꧁ Bab 7 | Tak Akan ꧂
Berubah

“Bella”
“Ye aunty” Bella yang sedari tadi tidak dapat lagi menyembunyikan senyumnya menyahut panggilan Puan Sri Janirah. 

Ye, perasaannya turut berubah seratus peratus setelah peristiwa lebih setengah jam lalu. Jujur sejujurnya,  dia akan menyesal separuh mati jika dikeraskan hati tidak mahu ikut mama ke sini. Cuba bayangkan,  kalau dia berdegil sudah tentu dia langsung tidak tahu jodoh yang dimatch-making oleh mamanya dan Aunty Jani siapa dan bila dia tidak tahu sudah tentu dia menentang habis-habisan sedangkan yang dikejar dan ditunggu adalah orang yang sama.

Ya Allah Belle, nasib baik kau tak sebodoh itu!

Betullah kata mama,  ada hikmah kenapa tuhan lembutkan hatinya tetap mahu ikut dan ada hikmah kenapa mamanya tetap memaksa walau dia sudah menolak. 

Hmm terima kasih hikmah!

“Belum aunty” jawab Bella jujur. 

Puan Sri Janirah sudah senyum sampai ke telinga. 

“Aunty, uncle nanti boleh tak Ris nak bercakap dengan Bella after dinner” Bella yang terkejut dengan soalan itu memandang ke arah mamanya yang sedang mengangguk sambil tersenyum lebar. 

“Apa tak boleh pula, boleh je Ris” jawab Dato Arsyad bersahaja. 

Selesai makan yang meriah dengan sembang dua pasan ibu bapa itu, seperti yang dijanjikan Farris mengajak Bella keluar. Bella tersenyum lebar sambil mengikut langkah Farris dari belakang. 

Jauh Bella dibawa sehingga ke taman bunga yang terpisah dengam bahagian kawasan rumah. Sus
asana sunyi sepanjang perjalanan mereka kesana sehinggalah mata Bella bertemu taman bunga milik Aunty Janirah. 

“Wow, cantik taman ni” puji Bella jujur.

“Have a seat” ujar Farris sambil menunjukkan kerusi di bahagian hadapannya tanpa mengendahkan pujian Bella. 

Bella akur, cecah sahaja punggungnya di atas kerusi kayu di taman itu dia mula rasa janggal tetapi masih mampu dikawal. 

Bayangkan duduk bertentangan mata dengan lelaki idaman hati.

Jantung usah dipertikai, sudah terlupa cara nak berentak normal. 

Tetapi rasa terujanya membatasi semua itu, Bella berdehem kecil menyembunyikan kegedikkannya. 

“You tahu kan niat parents you dengan I?” dengan senyuman Bella mengangguk. 

“I'm not agree with this” senyuman Bella mati dan dia mengangkat kening tanda tidak faham.

“I dah ada girlfriend and I love her so much,  I even dah plan nak kahwin dengan dia” ujar Farris jujur tanpa memikirkan perasaan wanita dihadapannya.

Auch.

“You pun, takkan you senang-senang je nak terima orang yang you tak kenal?  You pun mesti dah ada someone right?”

“Well,  truth to be told I have no one and I have no problem with this arrange married thing sebab I dah suka dekat you lama dah” jawab Bella jujur tanpa segan silu. 

Farris berkerut wajah tanda tidak faham,  bibirnya terkumat kamit seakan mahu berkata sesuatu tetapi tidal lepas. 

“Tak kisah lah itu hal you tapi I, I dah ada pilihan I and I tak akan terima apa yang mama I nak buat ni, you understand?”

Temptation √ (TERBIT)Where stories live. Discover now