𝑻𝒆𝒎𝒑𝒕𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏 | 2

49.2K 2.1K 128
                                    

꧁ Bab 2 | Hikmah yang ꧂
Menanti

Dua hati berlalu,  Bella masih tidak mampu mengusir rasa sedihnya atas kehilangan rantai tangan pemberian datuknya.

11 tahun, selama itu tidak pernah sekali pun bela tanggalkan rantai tangan itu dari melilit pergelangan tangannya. Takut kerana sifat cuainya rantai tangan itu hilang jika ditanggalkan tetapi dua hari lalu rantai itu hilang juga. 

Jika bagi orang lain, mungkin tak perlulah diambil serius kerana cuma rantai tangan yang hilang tetapi tidak bagi Bella. Rantai tangan itu terlalu istimewa buatnya. Bukan sahaja kerana si datuk kesayangan yang memberi tetapi juga kerana istimewa rantai itu sendiri. 

Hanya Bella seotang antara cucu-cucu yang dapat rantai tangan itu dan pada rantai tangan itu ada ukiran namanya yang diukir oleh datuknya sendiri.  Sekarang, boleh fikir bukan betapa berharganya rantai tangan itu. Sekalipun jika rantai itu tidak seberapa nilai harganya. 

Sepanjang dua hari ini Bella tidak putus memikirkan lokasi-lokasi yang dia pergi. Pejabat, isi minyak kereta, Airport dan restoran Tony Roma's bersama Armell.

Dia sudah ke pejabat, tiada. Bella sendiri rasa tak mungkin rantai tangannya hilang di pejabat kerana rasanya rantai tangan itu masih melilit di pergelangan tangannya waktu itu,  petrol pump juga tidak mungkin,  air port juga dia rasa dia masih bermain dengan rantai tangannya saat menunggu Armell. 

Tapi KLCC untuk makan itu Bella sedikit sangsi.  Hatinya kuat mengatakan rantai tangannya tercicir di KLCC tapi bagaimana dia ingin cari di KLCC.  Bangunan berkembar yang menjadi kebangkaan Malaysia itu bukannya kecil! 

“Belle?” lamunan Bella terhenti dan keplanya ditoleh ke arah pintu. 
“Mama”

“Sudahlah tu Bella, sampai bila nak menangis macam ni. Kita dah cari dekat semua tempat kan? Abang dan carikan, adik, papa, mama dan Mak Dah pun dah. Masih tak ada” rambut Bella diselit kebelakang telinga.

“Tapi rantai tu atuk bagi Bella” adunya. 
“Ye mama tahu,  mama ada waktu atuk bagi tu tapi kalau dah hilang nak buat macam mana. Dengar sini, atuk mesti tak suka kalau Bella macam ni. Benda dah jadi,  kalau Bella sayang atuk daripada menangis macam ni baik Bella pergi solat doakan untuk atuk” Bella terdiam seketika. 

“Mama dah minta Mak Dah carikan lagi dalam rumah. Kalau dia jumpa dia terus bagi Bella okay”
“Kalau Madah tak jumpa?”

“Bella kena reda. Setiap apa yang berlaku,  walaupun benda kecil mesti ada hikmahnya” lama Bella berfikir sebelum dia mengangguk perlahan. 

“Mandi, solat lepastu turun.  Kita lunch sama-sama” sekali lagi Bella mengangguk. 

Sebaik mamanya keluar,  dia bangkit dari kerusi dan menuju ke hadapan cermin. 
“Maafkan Dina tuk”

•••

Farris membelek rantai tangan didalam tangannya itu. Entah bagaimana,  rantai tangan itu melekat  pada butang baju kemejanya semalam,  nasib baik dia sedar akan rantai tangan itu sebelum bertemu Hanna kalau tidak pasti jadi isu. 

Rantai tangan itu dipusingkan. 

Irdina

Ada nama terukir dibelakang loket rantai tangan itu.

Siapa Irdina?

Tidak mahu berfikir panjang, rantai tangan itu kembali diletak didalam laci dan dia bersiap untuk ke bar bertemu dengan rakan-rakannya yang lain. 

Tiba di bar kegemaran mereka yang terletak di Bangsar. Baru dia ingin melangkah masuk,  matanya tertancap pada Tengku Harith yang sedang bersandar di hadapan BMWnya sambil menyedut sebatang rokok.

Kepala digeleng kecil, rokok adalah benda yang paling Tengku Harith tidak suka.  Apa-apa yang merbahayakan kesihatan bukan pilihan lelaki itu tetapi lihatlah dia kini.

Kesihatan bukan urusannya lagi. Tengku Harith yang dia kenal dulu,  bukanlah Tengku Harith yang kini.  Lelaki itu dulu adalah yang paling positif dan baik antara yang lain. Namun segalanya berubah, hanya kerana satu nama. 

Farris tidak mampu nafikan Tya sangat bermakna buat Tengku Harith, kehilangan wanita itu benar-benar memberi kesan ada dia. 

Farris nampak derita dia,  sakit dia perubahan dia, semuanya dia nampak selepas kehilangan wanita itu.  Tengku Harith juga kini semakin banyak mengasingkan diri dari rakan-rakannya.  Bukan sahaja rakan,  malah keluarga juga dia asingkan diri terutama sekali Tengku Qasyrin, ibunya. 

“Rith” sedar kehadiran Farris,  Tengku Harith menyedut dalam rokoknya sebelum dicampakkan ke atas jalan tar.  Huluran tangan Farris dicapai.

“Asal kau tak masuk?”
“Aku baru sampai” jawab Tengku Harith bersahaja dan merek aberdua masuk ke dalam bertemu yang lain. 

Itulah rutin,  kalau ada hari yang terluang disitulah mereka luangkannya bersama. Tak ada komitmen, siapa kisah. 

Tiba sahaja di port mereka selalu lepak, Megat Daniel dan Rayyan sedang sedang ketawa sakan ke arah Tengku Haiqarl. 

“Happy apa ni?”

Farris menyoal Tengku Haiqarl yang sedang memukul bola diatas meja pool. 

“Guess what? Tengku Haiqarl got that half mbillion tender!” beritahu Rayyan semangat.  Mendengarkan itu Farris mendekat Tengku Haiqarl dan tubuh rakannya dipeluk. 

“Congrats bro!”

𝓽𝓸 𝓫𝓮 𝓬𝓸𝓷𝓽𝓲𝓷𝓾𝓮𝓭

𝓛𝓸𝓿𝓮,
𝓠𝔂𝓼

Temptation √ (TERBIT)Where stories live. Discover now