"Wan, kalau kau nak tengok kereta kesayangan kau meletup malam ni kau drive la pergi tempat lain!" Fyraz tidak mahu kalah malahan mengugut Hazwan. Hazwan mendengus kasar lalu mengetuk stereng sambil menggumam perlahan. Mengutuk Fyraz barangkali.

"Err...I nak ikut sekali, boleh?" Mika memandang aku pelik apabila aku menyatakan permintaan.

"You nak ikut sekali? You tak ada kelas ke harini?" Mika bertanya sambil mengerling aku dari cermin pandang belakang.

"It's okay. Kelas I mula pukul 3. Sempat je I rasa. Nak balik nanti I boleh je cari teksi tak payah you susah susah nak hantar." aku mengutarakan cadangan. Hazwan hanya mengangguk tanda setuju. Fyraz pula terus terusan senyap. Membantah tidak mengiyakan pun tidak.

~~~

Pekerja pekerja di gym itu menunduk hormat apabila Fyraz melangkah masuk. Mika dan Hazwan ada juga membalas sapaan para pekerja seperti sudah biasa namun Fyraz tetap beku. Mungkin masih terkesan dengan pemergian Zahira yang berlaku di depan matanya. Kami hanya menuruti langkah Fyraz ke tingkat paling atas.

Ketiga tiga mereka membuka baju sebelum meregangkan badan. Fyraz menuju ke arah sebuah sandbag yang lebih besar saiznya daripada yang aku pernah gunakan sebelum ini. Mika dan Hazwan pula naik ke atas satu gelanggang sebelum melilit tangan dengan kain lalu memakai mini glove. Aku sudah terlopong. Mika dan Hazwan, tak kurang berketulnya seperti Fyraz. Aku telan air liur sebelum duduk di satu kerusi di satu sudut yang agak tersorok.

Iyalah...takkan nak perhatikan apa yang mereka lakukan sepanjang masa. Tak pasal pasal dilabel gatal nanti.

Setengah jam di situ, Aku mula bosan apabila menghadap telefon saja dari tadi. Aku berlalu pergi ke tandas untuk membasahkan muka. Ingat mahu pulang selepas ini. Aku sendiri tak tahu atas alasan apa aku mahu mengikut mereka ke sini padahal bukannya ada perkara menarik yang boleh aku lakukan. Duduk di rumah boleh juga aku tidur.

Keluar dari tandas, aku lihat Fyraz yang terlalu tekun menumbuk sandbag di depan mata. Makin lama makin kuat tumbukannya sebelum beberapa tendangan turut dilepaskan. Peluh yang tersisa di dahinya mengalir seiring dengan tumbukannya. Urat urat di leher dan lengannya habis timbul. Seperti masih menyimpan sesuatu yang terbuku tapi tak mampu dilepaskan.

"Aku memang tunggu kau, Raz. Nasib baik kau datang." aku ikut menoleh ke arah suara yang menegur Fyraz.

Di pintu masuk ke tingkat ini, aku lihat Arman masuk dengan mambawa dua batang besi yang aku agak sepanjang setengah depa. Mika dan Hazwan yang sedang bergusti di atas gelanggang langsung terhenti namun Fyraz buat tak peduli malah makin melajukan tumbukannya pada sandbag itu.

"Fyraz Danial!" Arman bersuara, memaksa Fyraz untuk menoleh ke arahnya.

BUKK!!

Fyraz menumbuk kuat.

"Kau nak apa?" Fyraz akhirnya menjawab namun langsung tidak menoleh pandang ke arah Arman.

"Lepaskan apa kau rasa. Tumbuk muka aku sekali, dan kau menang."

Serentak dengan itu, Fyraz terus menuju ke arah Arman dan cuba menumbuk wajah rakannya itu namun dengan mudah Arman mengelak malahan melibas tubuh Fyraz dengan batang besi yang dibawanya. Aku hampir terjerit namun cepat cepat aku tekup mulut. Mika dan Hazwan beriak seperti tiada apa apa yang berlaku lalu meneruskan aktiviti mereka yang tergendala tadi.

"Arghh!!" Fyraz menjerit kuat apabila sekali lagi tubuhnya dilibas.

Aku semakin risau dengan keadaan Fyraz dan Arman yang seperti benar benar serius namun aku hanya mampu melihat tanpa membantah. Lebih risau dengan keadaan Fyraz. Baru semalam luka pada perutnya dijahit takkan harini nak dibiarkan terkoyak semula?

"Macam ni kau nak lawan Nigel? Lemah!" kata kata Arman itu seperti sengaja memprovok fikiran Fyraz. Fyraz menumbuk kedua dua batang besi yang dipegang Arman seolah olah tiada deria sakit.

"Kau nak lawan Nigel tapi dalam kau lemah, Raz!"

BUKK!!

Langkah Arman yang semakin mara membuatkan Fyraz terundur namun tumbukannya pada batang besi itu langsung tidak dilepaskan. Sesekali kakinya cuba menyilang kaki Arman namun langsung tidak memberi sebarang kesan.

"Daripada luar memang kau nampak kuat, Raz. Tapi dekat dalam? Tak ada masa nak mengeluh sakit. Musuh tengah aim, takkan kau nak diam?" Arman bersuara lagi apabila Fyraz mula terleka. Satu lagi libasan mengenai bahunya membuatkan Fyraz mendesis sakit.

"Ini tak cukup, kuat lagi!"

Aku toleh ke arah Mika dan Hazwan. Kata kata Arman tadi seperti turut merangsang pergerakan mereka. Kedua duanya nampak begitu fokus dengan pihak lawan di depan mata.

BUKK!! BUKK!! BUKK!!

Fyraz menumbuk lagi batang besi itu sebelum melompat dan melakukan tendangan tornado, tepat mengenai batang besi itu hingga menyebabkan kedua duanya terlepas daripada pegangan Arman. Aku tergamam apabila melihat batang besi yang sudah terjatuh itu. Kedua duanya nampak bengkok setelah dikerjakan Fyraz. Fyraz menarik nafas sebelum menuju ke arah Arman. Bertubi tubi tumbukannya dihujamkan pada Arman namun Arman menghalang tumbukan itu dengan kedua dua belah tangan agar tidak terkena wajahnya. Tumbukan Fyraz...benar benar tangkas pergerakannya.

Kali ini langkah Fyraz pula yang mara. Arman akhirnya terjatuh apabila Fyraz bertindak menyilang kakinya. Kesempatan itu diambil Fyraz dengan menindih tubuh Arman lalu menumbuk perutnya. Fyraz mengangkat penumbuknya, bersedia untuk menghadiahkannya pada wajah Arman namun terhenti apabila Arman tidak mengelak. Nafas kedua dua mereka tercungap perlahan.

"Buat jelah. Kau tunggu apa lagi?"

Dan, Fyraz betul betul melakukan apa yang disuruh oleh Arman.

~~~

Kelas petang itu, langsung aku tak mampu fokus dengan ajaran Sir Irham. Mengantuk satu hal, teringat kejadian di gym tadi juga satu hal. Mika ada beritahu aku, Arman memang sudah kenal Fyraz lebih lama daripada dia dan Hazwan. Kerana itu Arman lebih berkeras dengan Fyraz. Aku ada bertanya Mika, adakah Arman yang membawa Fyraz ke jalan gelap yang dihadapinya sekarang namun Mika hanya membalas dengan tawa.

Kata Mika, jalan gelap itu Fyraz terpaksa lalui walaupun bukan atas desakan sesiapa. Fyraz terpaksa untuk membetulkan silap 'seseorang'. Mika terus mengelak untuk menjawab siapa 'seseorang' itu. Katanya, lebih baik aku bertanya sendiri pada Fyraz kalau aku mahu tau semuanya. Aku hanya mengeluh. Bila agaknya aku dapat tau kalau bertanya Fyraz?

Aku mengerling Sir Irham yang mengajar di depan. Dia ni, agak agaknya tau ke tidak tentang apa yang berlaku pada sepupunya itu? Bukan setakat kehidupan gelapnya malah kejadian dia ditembak dan ditikam, tahukah Sir Irham soal itu?

Getaran pada telefon bimbit yang aku simpan di dalam beg menandakan mesej masuk membuatkan lamunan aku terhenti. Aku yang sememangnya tak mampu untuk fokus itu senyap senyap mengeluarkan telefon untuk melihat mesej yang aku terima itu dari siapa.

❤❤❤ :
Lusa I nak jumpa you. Pukul 8. Garden Cafe.

Syafiq. Sudah lama aku tidak dengar khabar daripadanya. Aku rasa, dua hari lepas dia sudah pulang semula ke Malaysia sepas selesai urusan kerjanya di Perancis namun aku hanya menunggu ajakannya untuk berbincang tentang hubungan kami.

Aku pejamkan mata rapat. Gigi aku ketap kuat. Satu perkara yang aku fikir, aku benar benar yakin yang aku sudah tidak cintakan Syafiq sebagaimana aku pernah cintakan dia sebelum ini. Tapi kalau lusa dia mahu meneruskan hubungan kami ke arah yang lebih serius pula bagaimana? Aku rasa, lebih baik malam esok aku yang sepatutnya bertemu Syafiq dan memutuskan hubungan kami secara rasmi sebelum Syafiq mengheret aku dalam perkahwinan yang tak mungkin aku relakan.

Di gym tadi, aku lihat pada mata Fyraz seolah olah terbias satu rasa yang benar benar perit. Seolah olah di bahunya masih tergalas satu beban yang begitu berat. Dan aku sudah berjanji dengan diri aku sendiri, aku mahu menjadi orang yang menghapuskan segala rasa perit dalam dirinya.

Tidak kira bagaimana teruk sekalipun cabang hidupnya, aku mahu terus ada di sampingnya.


Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now