PROLOG

13.4K 531 32
                                    

"I Found Someone That I Want to Annoy for The Rest of My Life"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"I Found Someone That I Want to Annoy for The Rest of My Life"




Majlis graduasi sekolah Elite British boarding school, King's College St. Michaels.

Di mana dua jiwa bakal berpisah buat bertahun lamanya.

Berpisah sebelum sempat melakar kisah percintaan di antara dua jiwa suci.

Sungguh terlalu lama mereka memendam rasa cinta di dalam hati sehingga masing-masing terluka tanpa mereka sedari.

Tidakkah mereka lihat musim sejuk berganti musim panas, dan musim luruh berganti musim bunga.

Sesungguhnya mereka masih tetap yang sama, bekeras kepala.

Mereka takut akan cinta pandang pertama itu tidak terbalas. Malah mereka tidak tahu tanpa cinta itu kehidupan mereka akan menjadi pahit.

Ada yang menasihati agar lebih baik mereka bangun dan cepat bertindak sebelum matahari naik semakin tinggi.

Egois mula dibuang apabila menerima sekeping kertas yang tertulis perkataan maaf.

Bunyi irama seruling menjadi latar belakang sepanjang masa itu.

Seorang bermain seruling dan seorang lagi menyanyi kerana menyanyi adalah rahsia kewujudan mereka, dan bunyi seruling tetap ada.

Beberapa bulan mereka begitu, berselisih hanya mempamerkan senyum tanpa sebarang bicara. Tiada lagi tingkah anjing dan kucing mereka itu.

Gadis anggun bangun awal pagi untuk bersiap ketika teman-teman masih lagi terbuai dengan mimpi-mimpi indah.

Siap berpakaian cantik dan bersolek, gadis anggun membuka peti kotak bersaiz kecil yang tersimpan rapi di bawah katil.

Dia membaca surat-surat nukilan khas buatnya itu bersama hati senang.

Gadis anggun berniat setelah tamat majlis graduasi, dia ingin membuat pengakuan akan cinta yang sudah lama bersarang di dalam hati miliknya.

Kemudian, dia mengambil sapu tangan berona putih yang dilipat bersama surat-surat manis itu.

Terlihat sulaiman kemas gabungan nama gadis anggun bersama cinta hati, dia menyulam dengan penuh rasa kasih sayang.

Majlis graduasi yang gamat, masih tidak dapat menenangkan jantung milik gadis anggun yang asyik berdebar apabila melihat si cinta hati dari jauh.

Mereka membalas senyuman.

Begitu indah momen itu hanya mereka bersama Tuhan sahaja yang mengetahui.

Selesai segalanya, sudah tiba waktu pengakuan hati yang tidak dapat menunggu lagi.

Apabila mata berjaya menangkap kelibat manusia yang di cari, dia mengemaskan rambut perang sambil mengukir senyuman manis.

Gadis anggun melangkah menuju ke arah jejaka tampan yang sedang berbual bersama debaran hati kecang.

Langkah terhenti kerna tercengang apabila melihat ada wanita lain memeluk dan mengucup jejaka tampan di depan mata.

Adegan murahan itu membuatkan hati milik gadis anggun naik membara tetapi langkahnya tetap mara.

Tanpa teguran, dia menampar wajah tampan yang berjaya mempermainkan sekeping hati miliknya.

Lantas gadis anggun berlari laju menuju ke arah bilik air menghamburkan tangisan tanpa pengetahuan sesiapa.

Kata-kata sumpah terungkap.

Sehingga ke mati dia tidak akan memaafkan jejaka yang telah berjaya membuat air matanya mengalir tanpa henti.

•••••

Jejaka tampan berambut paras bahu itu terbeku bak patung boneka kerana dia tidak tahu atas alasan apa gadis anggun menampar wajahnya.

Dia berniat ingin meluahkan segala perasaan di dalam hati terhadap gadis anggun dan membawa gadis itu ke syurga duniawi.

Malah, jejaka tampan akan membelah dada demi gadis anggun jika ingin bukti akan rasa cintanya.

Perasaan hampa terbit apabila wajah ditampar dan dimalukan di hadapan manusia yang berada di sekeliling.

Jejaka tampan mengorak langkah perlahan menuju ke arah kereta bersama wajah putus asa.

Dia memandu kereta mahal seperti hilang akal, berharap rasa sadis itu hilang.

Di hujung tebing lautan, jejaka tampan berhenti memandu dan keluar dari perut kereta.

Dia menjerit kuat melepaskan rasa yang membelenggu jiwa.

Tangan mengeluarkan sekeping kertas putih di sebalik kot hitam.

Shore of Jān, O shore of love
We went to Jān, we got striked by love
O happy world, and satisfactory nights
That I'd carry it with my eyes, shore of Jān
Jān, my love

Jari kasar menyentuh pipi yang basah.

Jejaka tampan tidak sangka bahawa dia akan menangis pada hari majlis graduasi kerana seorang gadis.

Kertas putih buat gadis anggun dilepaskan dari genggaman, membiarkan angin laut membawa kertas itu pergi bersama rasa kecewa hati.

Dia mengelap air mata, lalu wajah mempamerkan riak tegang dan keras sekali.

Kata-kata sumpah terungkap.

Sehingga ke mati dia tidak akan melepaskan gadis anggun, kerna dia punya hadiah pembalasan terhadap penghinaan gadis itu.

Senyuman syaitan menghiasi wajah terluka milik jejaka tampan.

Begitulah—Impian mereka ingin tersesat satu malam dan meninggalkan semua orang di belakang tidak kesampaian.

Keinginan untuk berada di samping orang yang paling sayangi dan berharga musnah.

Dalam hati mulai terbit perasaan benci terhadap diri sendiri kerna tidak berjaya membungakan hati mereka.

Melihat keadaan mereka itu, tiada masa depan yang akan terbina di antara mereka.

Mereka melihat langit yang sama tetapi berada di lapisan horizon yang berbeza, membuatkan jiwa mereka semakin berlagu menangis.

Kedengaran tangisan bergema di seluruh alam cakrawala.

Setiap malam mereka menyanyi di bandar, mengeluarkan suara. Tanpa muzik malam mereka menjadi amat menyedihkan.

Sayang, kau telah mengisi jiwa aku dengan perasaan cinta tetapi telah pergi tanpa mengambil cinta ini kembali

••••••••••

E L I A Z  X  J A N EWhere stories live. Discover now