ELIAZ X JANE 8

10.9K 554 197
                                    

Malam yang dingin, gadis berwajah comel pulang setelah puas bercanda dengan kekasih hati iaitu jiran majikannya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.






Malam yang dingin, gadis berwajah comel pulang setelah puas bercanda dengan kekasih hati iaitu jiran majikannya.

Dhya melambai tangan dan menghadiahi ciuman terbang kepada si kekasih sebelum masuk ke dalam pagar kecil yang terdapat bersebelahan pagar besar. Dia mengukir senyuman mesra kepada pengawal yang sentiasa mengawasi rumah agam milik majikannya.

Dhya melihat jam di pergelangan tangan sudah masuk waktu 10 malam pada hari sabtu itu, kaki melangkah menuju ke bilik tidur untuk membersihkan diri dan beradu memandangkan hari itu dia cuti.

Langkah Dhya terhenti apabila hidung menghidu sesuatu yang berbau tidak enak apabila melintas di kawasan dapur, lalu dia masuk ke dalam dapur untuk mencari punca bau yang boleh membuatkan manusia di dalam rumah tersebut menemui Sang Pencipta.

Dhya melihat manusia yang berada di depan periuk, gayanya itu seperti ilustrasi kartun ahli sihir sedang memasak racun di dalam periuk.

"Tuan muda masak apa itu?" Tegur Dhya kepada anak majikannya yang selalu menggugut dirinya.

"Kau rasa?" Eliaz memeluk tubuh bersama wajah serius melihat hasil seninya itu.

"Racun?" Dhya di sebelah Eliaz melihat seni jejaka itu yang tampak seperti cecair racun.

"Aku beritahu mak Leha yang kau keluar dating." Eliaz menjeling Dhya yang berani mengatakan hasil seninya itu racun.

Dhya mengeluh perlahan kerana Eliaz suka betul menyebut nama ibu kesayangan.

"Rasa." Eliaz meminta Dhya merasai seninya itu.

Secara drastik, Dhya menoleh wajah melihat Eliaz dan menggeleng laju tanda tidak mahu.

"Kau rasa atau aku beritahu mak Leha yang kau keluar dating dengan anak jiran sebelah pada sabtu malam dan ahad pagi baru kau pulang ke rumah semula." Ugut Eliaz bersama tanduk syaitan.

"Saya akan adu pada kekasih saya mengenai tuan muda." Dhya geram kerana selalu menjadi mangsa Eliaz apabila jejaka itu melakukan eksperimen di dapur.

"Kekasih kau itu teman baik aku." Eliaz mengukir sinis.

"Baik lah tuan muda." Dhya mengambil sudu kecil untuk merasai racun demi memuaskan hati anak majikannya itu.

"Tak sedap." Komen Dhya ikhlas kepada tuan muda.

"Resepi ini aku tiru di YouTube, tak guna." Eliaz mengambil periuk tersebut, lalu membaling ke dalam sinki.

Dhya melari sedikit melihat tingkah ganas itu, nasib baik cecair racun itu tidak terpercik mengenai wajahnya yang comel.

"Jika tuan muda ingin makan bubur, kenapa tak suruh pembantu rumah yang lain masakan buat tuan muda?" Soal Dhya hairan.

"Semua seperti kau keluar dating." Eliaz tidak berpuas hati terhadap Dhya dan para pembantu rumahnya yang keluar temu janji bersama kekasih hati kerana dia seorang masih tidak berpacaran.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Apr 17, 2021 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

E L I A Z  X  J A N ETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang