[ONGOING]
Eliaz Stanislav
Aku mencintai kau pada musim panas, aku mencintai kau pada musim sejuk
Aku menunggu kau pada musim panas, aku menunggu kau pada musim sejuk
Matamu musim panas, mataku musim sejuk
Cintaku penuh melampaui musim panas dan mus...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"I Found Someone That I Want to Annoy for The Rest of My Life"
Setelah malamnya turun hujan, paginya juga turun hujan. Air yang turun dari cakrawala menitik dengan banyaknya bersama muzik irama guruh bergema tetapi kelibat jejaka Romania kacukan Baba-Nyonya masih tidak kelihatan membuatkan si gadis New York tidak tenang.
Jane menyediakan sarapan pagi buat tuan muda seperti selalunya tetapi entiti manusia itu langsung tidak dapat di kesan.
Jane berharap jejaka itu berjaya pulang ke rumah walaupun tanpa wallet dan telefon pintar yang tidak dibawa bersama kerana jejaka itu mempunyai tabiat buruk yang suka melemparkan dua barangan penting itu di dalam laci kecil tersembunyi yang terdapat di bahagian tempat duduk pemandu apabila berada di dalam kereta.
Jane mengukir senyuman sinis kerana pada ketika itu dia nampak seperti risau akan keadaan Eliaz tetapi sebenarnya dia tidak sabar menunggu jejaka itu pulang ke rumah kerana ingin melihat Evelyn memukul anak lelakinya itu.
Semalam Jane telah menunjukkan sesuatu kepada Evelyn sehingga darah wanita itu menyerbu naik ke kepala kerana perkara tersebut benar-benar membuatkan diri menyumpah selama seribu malam.
Jane meletakkan dulang di atas meja makan, dia melihat tiada sesiapa di ruang makan tersebut seperti selalunya. Mungkin kerana pada hari tersebut adalah hari cuti dan hujan lebat membuatkan mereka sekeluarga masih bermalasan di atas katil bersaiz raja.
Cuping telinga Jane mendengar bunyi sesuatu yang bising berdekatan pintu utama rumah, lantas dia menuju ke kawasan tersebut untuk melihat apa yang sedang kecoh.
Jane menyembunyikan diri apabila melihat beberapa pembantu rumah sedang membersihkan tubuh tuan muda yang basah dan kotor seperti baru selesai melakukan aktiviti lasak dari kem Rejimen Askar Wataniah.
Jane jengkel melihat Eliaz yang dilayan seperti putera raja apabila pembantu rumah cemas membersihkan tubuhnya seperti jejaka itu akan mati akibat kebasahan terkena air hujan.
Dhya menyarungkan jubah mandi tebal di tubuh tegap milik Eliaz yang hanya mengenakan boxer berwarna hitam.
Eliaz hanya berwajah serius tidak mempamerkan sebarang senyuman, membiarkan para pembantu rumah membantu dirinya yang melekit.
"Tuan muda, mandi dan rehat dahulu. Saya akan sediakan sarapan buat tuan muda." Ujar Helena sopan kepada Eliaz dan berlalu pergi ke dapur.
Jane berdesup melarikan diri dari penyembunyian apabila melihat Helena mampir ke arahnya.
"Tuan muda nampak seperti tak sihat. Saya akan dapatkan ubat buat tuan muda." Dhya mengikut jejak langkah Eliaz menuju ke bilik tidur.
Eliaz berhenti di hadapan pintu bilik tidurnya.
"Sepanjang kau kerja di sini, kau pernah lihat keadaan aku seperti pagi ini?" Soal Eliaz tetiba kepada Dhya.