[ONGOING]
Eliaz Stanislav
Aku mencintai kau pada musim panas, aku mencintai kau pada musim sejuk
Aku menunggu kau pada musim panas, aku menunggu kau pada musim sejuk
Matamu musim panas, mataku musim sejuk
Cintaku penuh melampaui musim panas dan mus...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"I Found Someone That I Want to Annoy for The Rest of My Life"
Tiga hari berlalu, Jane tidak melihat kelibat tuan muda yang menghilangkan diri setelah melemparnya ke dalam kolam ikan.
Hidup Jane terasa begitu indah sekali sejak tuan muda tiada di rumah membuatkan dia bermaharajalela di dalam rumah agam bak istana kuno pada zaman dinasti Ming dan Qing.
"Hei anak mat saleh." Aida iaitu salah seorang pembantu rumah melihat tajam wajah Jane.
"Apa?" Jane duduk di atas dapur pulau yang terdapat di ruang dapur sambil meneliti jemari yang sudah lama tidak manicure and pedicure.
"Aku lihat kau ini sejak tuan muda tak ada asyik duduk santai macam mem besar." Aida mencekak pinggang kerana tidak suka sikap Jane yang tidak melakukan sebarang kerja rumah.
"Jadi?" Jane menaikkan sebelah kening ke atas.
"Kalau rasa tak nak kerja, kau boleh pergi dari sini." Sampuk Zura yang tidak suka dengan Jane sejak kali pertama Dhya memperkenalkan gadis New York itu.
"Selagi aku tak berjaya jadi mem besar yang sebenar dalam rumah agam ini, selagi itu aku tak akan pergi ke mana." Muncul tanduk syaitan di atas kepala untuk mengenakan mereka yang tidak suka dengannya.
"Aku rasa kau silap pekerjaan." Helena memeluk tubuh di bingkai pintu dapur mendengar perbualan mereka.
Jane menikam wajah gadis yang membuatkan aura suasana menjadi gelap apabila gadis itu muncul.
"Orang seperti kau sesuai bekerja sebagai perempuan kabaret." Helena mengukir senyuman sinis.
"Aku ada bau sesuatu yang terbakar." Jane menyedut-yedut udara sekeliling seperti German Shepherd dan melompat turun dari dapur pulau mendekati Helena.
"Lah kau rupanya yang bau terbakar itu." Jane menutup hidung apabila di depan Helena.
"Aku rasa kau patut kurangkan rasa cemburu kau itu sebab bau hangit teruk!" Sebelah tangan Jane melibas-libas udara.
"Kau!" Helena bengang.
"Aku tahu kau cemburukan aku sebab tuan muda selalu fokus pada aku walaupun aku baru kerja beberapa hari." Ujar Jane berlagak.
"Kasihan kerja bertahun-tahun di sini tapi tuan muda langsung tak tahu kewujudan kau."
"Jika kau nak aku boleh kenalkan kau dengan tuan muda." Jane tersenyum jahat.
"Kau tak perlu nak berlagak sangat." Helena bersuara kembali.
"Hakikat semua orang tahu yang tuan muda bencikan kau sebab sikap kurang ajar kau itu." Helena memeluk tubuh.
"Sudah lah aku malas nak layan orang gaji toksik seperti kau ini. Shush ke tepi!" Jane menolak bahu Helena, lalu dia melangkah keluar dari dapur kerana malas ingin melayan gadis itu dan yang lain.