[ONGOING]
Eliaz Stanislav
Aku mencintai kau pada musim panas, aku mencintai kau pada musim sejuk
Aku menunggu kau pada musim panas, aku menunggu kau pada musim sejuk
Matamu musim panas, mataku musim sejuk
Cintaku penuh melampaui musim panas dan mus...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"I Found Someone That I Want to Annoy for The Rest of My Life"
Hari isnin menjelma, pagi Jane tidak tenang kerana telah dipaksa melakukan kerja yang tidak sepatutnya dia melakukan.
Mata melihat beratus kotak buah limau mandarin dan hamper yang dihadiahkan oleh para pembekal buat Stanislav Shipping Company sempena tahun baru cina pada minggu hadapan.
Jane telah diarahkan atau lebih tepat telah dipaksa oleh si raksasa untuk mengira buah limau mandarin yang diterima dan dimasukkan ke dalam plastik sebelum diagihkan kepada para pekerja.
Di dalam bilik sederhana besar yang terletak di aras 4 itu, Jane menyumpah si raksasa kerana jejaka itu tidak membenarkan sesiapa membantunya.
Aras 4 adalah department purchasing, mereka hanya mampu melahirkan rasa simpati terhadap gadis New York melalui ekpresi wajah kerana tiada di antara mereka yang berani meluahkan bicara.
Jane menjeling wajah seorang demi seorang yang tidak berani menentang mata dengannya yang tidak ubah seperti mak singa.
Tanpa melengahkan masa, Jane melakukan kerja seperti yang diarahkan sambil mendengar lagu Henry Mancini kegemaran melalui aplikasi Spotify yang terdapat di dalam telefon pintar. Dia memasang kuat lagu tanpa menghiraukan mereka semua yang berada di luar bilik yang turut mendengar lagu tersebut juga.
Dua jam kemudian
"Eliaz si jantan tak guna, dia betul-betul buat aku seperti kuli. Di rumah aku kena buat kerja, di pejabat pun aku kena buat kerja. Sudah lah bulan ini dia tak bayar gaji aku!" Jane meleter bersendirian.
"Jika tak disebabkan John Emberson, tak adanya aku nak jadi kuli kau!" Jane memicit buah limau seperti memicit tubuh Eliaz.
"Eeeei!" Jane geram apabila perbuatannya itu membuatkan tangannya menjadi melekit, lalu dia mengambil tisu untuk mengelap tangannya.
"Gadis New York." Tegur seorang jejaka yang bekerja di bahagian purchasing.
Jane menjeling jejaka tersebut kerana semua pekerja di syarikat itu memanggilnya dengan panggilan Gadis New York sejak mereka kerap melihatnya di syarikat tersebut.
"Kopi panas untuk you." Jejaka itu menghulurkan cawan yang terisi air kopi panas kepada Jane.
"Thank you." Jane mengambil tanpa banyak soal atau menolak kerana dia sememangnya sedang kehausan.
"Maaf sebab tak dapat tolong you." Ujar jejaka itu bersama wajah bersalah melihat si gadis New York.
"Ingat dengan maaf boleh menghilangkan kepenatan I? Penat tahu tak!" Marah Jane kepada jejaka yang dia tidak kenali itu, tetapi dia tahu jejaka itu bekerja di bahagian purchasing.