ELIAZ X JANE 2

4.5K 364 35
                                    

"I Found Someone That I Want to Annoy for The Rest of My Life"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"I Found Someone That I Want to Annoy for The Rest of My Life"




JANE keluar dari restoran mewah yang terdapat di bandar Melaka bersama rengusan kasar.

"Tak guna!" Jane memicit dahi kerana sudah seminggu dia mencari pekerjaan low class iaitu pelayan tetapi tidak berjaya walau satu pun.

Jane berhenti melangkah apabila terdengar bunyi telefon pintar berdering menandakan ada panggilan yang masuk.

"Selamat pagi, boleh saya bercakap dengan cik Emberson?"

"Ya saya bercakap." Jane berkerut dahi apabila mendengar suara jejaka di hujung talian.

"Nama saya Kelvin. Saya membuat panggilan dari Syarikat Perkapalan Stanislav untuk memberitahu bahawa cik telah diterima bekerja dengan syarikat tersebut."

"Apa?!" Jane membulat mata.

Tidak mungkin

"Jika cik berminat ingin bekerja bersama Syarikat Perkapalan Stanislav, sila lapor diri sekarang. Terima kasih."

"Hei sekejap--!" Jane merenung telefon pintar miliknya kerana tidak mempercayai diri telah di terima bekerja di syarikat perkapalan milik keluarga musuh ketat.

Jane mengecilkan mata kerana dia dapat menghidu sesuatu yang mencurigakan. Lantas dia membaling telefon pintar ke dalam tas tangan kembali. Jangan harap dia akan menerima untuk bekerja dengan musuh ketatnya.

Jane sanggup bekerja sebagai seorang pelayan dari bekerja sebagai pengawai kewangan di syarikat Stanislav.

Hidup pasti akan kucar-kacir

Kemudian, Jane meneruskan langkah untuk pulang ke rumah pangsa buruk yang disewa olehnya itu.

Apabila tiba ke aras rumah yang disewa, dia melihat manusia yang dia tidak mahu bertemu buat sementara waktu sedang mencekak pinggang di depan pintu rumah.

Jane menggigit bawah bibir kerana tidak dapat mengelak diri apabila tubuhnya berjaya ditangkap oleh manusia tersebut.

"Hai minah saleh, bila kau nak bayar duit rumah sewa? Hari ini dah masuk tiga bulan kau tak bayar." Rosnah iaitu tuan empunya rumah sewa memandang geram terhadap penyewa yang sudah tiga bulan tertunggak tidak membayar sewa.

"Ros bagi saya masa." Jane mempamerkan riak wajah simpati.

"Ayat kau itu boleh buang dalam tong sampah. Setiap bulan kau minta aku bagi masa. Naik bosan aku dengar." Rosnah bengang terhadap anak mat saleh di hadapannya.

"Aku bagi kau masa seminggu lagi. Aku tak dapat duit aku. Kau kena kahwin dengan anak lelaki aku yang tergilakan kau." Ugut Rosnah kepada Jane. Dia memberikan peluang kepada Jane kerana anak lelakinya memujuknya agar tidak menghalau Jane.

E L I A Z  X  J A N EWhere stories live. Discover now