ELIAZ X JANE 4

4.7K 408 99
                                    

"I Found Someone That I Want to Annoy for The Rest of My Life"

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


"I Found Someone That I Want to Annoy for The Rest of My Life"




GADIS dari bandar New York menguap besar apabila sudah dua jam dia terpaksa menunggu tuan muda menghabiskan aktiviti yang cukup membosankan.

Jane melihat tuan muda meletakkan busur memanah, lalu jejaka tampan itu mampir ke arahnya bersama riak wajah tegang.

Musibah semakin menghampiri diri

"Siapa suruh kau duduk?" Eliaz menaikkan sebelah kening melihat Jane yang selamba duduk termenung.

"Ada kerusi, aku duduklah." Jane melawan kata kembali.

"Kau sedar siapa diri kau?" Eliaz memeluk tubuh.

"Manusia."

Eliaz bengang.

"Bangun!!!" Jerit Eliaz kepada Jane sehingga gadis itu mengusap dada kerana berasa terkejut.

Jane merenung tajam wajah jejaka di hadapannya.

"Aku nak air!"

Jane berombak dada kerana jejaka itu benar-benar perlakukan dirinya seperti Cinderellla.

"Penumbuk nak?!" Jane bangun dari duduk kerana tiada sesaat jejaka itu membenarkan dia hidup dengan aman.

"Kau nak tumbuk aku dengan tangan kurus macam kayu kau itu?" Sindir Eliaz bersama senyuman sinis.

"Mungkin kau lupa yang tangan kurus macam kayu ini pernah tampar kau." Gilaran Jane pula tersenyum sinis.

"Kau!" Eliaz mendecit kegeraman.

Eliaz tidak mungkin akan melupakan momen memalukan di dalam hidupnya itu kerana sehingga kini semua sepupunya asyik mengetawa dan memerlinya. Sepupunya yang paling tidak berguna iaitu Zayn masih lagi menyimpan rakaman wajahnya ditampar oleh si gadis berambut perang!

"Jangan nak gembira sangat." Eliaz tersenyum sinis kembali mematikan senyuman Jane.

"Aku akan pastikan kau bayar semula perbuatan kau terhadap aku." Eliaz mendekati Jane.

"Aku akan memalukan kau semula."

"Gambar bogel Jane Emberson." Eliaz bernada jahat.

"Tak guna!!!" Jane ingin menampar wajah Eliaz tetapi malangnya jejaka itu cekap menangkap tangan gadis itu.

"Hish...hish...hish...kau nak tampar majikan kau?" Eliaz menggeleng perlahan.

"Aku potong gaji kau seribu!!!" Tempelak Eliaz kuat.

"Arghhhhh!!!" Jane menjerit seperti perempuan hilang akal kerana terlalu geram.

"Tak payah nak jerit, pergi buat aku air!" Eliaz menahan diri dari mengetawakan Jane.

E L I A Z  X  J A N ETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang