Jisoo tak perasan yang taehyung sedang memandang nya.
"Boleh aku tanya? Omma dan appa kau pun hilang ke time kau kecil? "Soal jisoo
"Aah, time umur aku 7 Tahun omma dan appa aku hantar aku dengan lisa dekat rumah anak yatim piatu. Sejak tu, aku dengan lisa tak pernah jumpa omma dan appa kitrang. Tapi , beberapa hari kemudian penjaga aku cakap yang appa aku dah mati sebab kena langgar lari time dia dalam perjalanan nak pergi hospital. Omma aku pula, sampai sekarang aku tak tahu dekat mana" jelas taehyung.
Mata taehyung berkaca.
Jisoo memandang taehyung dengan simpati.
Jisoo pun menggosok belakang taehyung untuk menenangkan dia.
"Dah lah jangan nangis, aku tolong kau cari omma kau nak? " jisoo memandang kearah mata taehyung sambil tersenyum.
Taehyung membulatkan mata.
"M-mana ada aku menangis. Aku tak cakap pun aku nangis" nafi taehyung kemudian menarik hingusnya dari jatuh.
Jisoo tergelak melihat taehyung yang mula malu.
Jisoo dah dapat nampak yang air mata taehyung sedang mengalir turun hanya taehyung yang tak perasan kerana malu.
Jisoo mengeluarkan sapu tangannya dan mengelap air mata taehyung.
Taehyung terkejut dan memandang jisoo.
"Kau ni macam budak-budak lah." jisoo menahan ketawa.
"Nah, lap hingus kau tu sendiri" kata Jisoo lalu menghulurkan sapu tangannya kepada taehyung.
Taehyung ambil dan mengelap hingusnya.
Jisoo menarik nafas dalam.
"Aku pun lebih kurang macam kau. Tapi, aku lain sikit. Aku lahir lahir je tinggal dekat hutan. Aku tak pernah jumpa omma dan appa aku. Mula-mula aku ingatkan diorang memang dah meninggal sebab oppa aku cakap tapi, aku tak tahu lah yang dia cakap tu betul ke tidak. Sampailah si jeongyeon tu nak jumpa aku dekat sekolah. Dia ceritakan semua benda dengan aku. Dia cakap yang omma dan appa aku masih hidup dan diorang dalam bahaya sekarang. Aku tak tahu apa yang dia cakap tu betul atau tak. Sampailah aku termimpi sesuatu yang buat aku kuat mengatakan si jeongyeon tu betul. So, now... Aku tekad nak cari family aku. " jelas jisoo panjang lebar.
"Tapi, setahu aku kau kan masih sekolah? "Soal taehyung.
"Aah, alah... Sekolah tu nanti nanti je aku fikirkan. Sekarang ni, aku kena cari omma dan appa aku dulu." jelas jisoo lagi.
"Baguslah kalau macam tu. Kita sama-sama cari family kita " taehyung menghulurkan tangannya kepada jisoo.
Jisoo membalas tangan taehyung. Bagaikan mereka sedang selesai bermesyuarat.
Tiba-tiba jisoo teringat sesuatu.
"Oh, V-sshi. Aku perasan kebelakangan ni ada orang yang selalu perhatikan aku dari jarak jauh. Kau perasan tak? "Soal jisoo.
Taehyung hanya mendiam dan melihat sekeliling.
Taehyung terlihat seseorang bersorok di sebalik sebuah pokok besar.
Taehyung laju menarik tangan jisoo untuk masuk ke dalam rumah.
###
"Kau ni dah kenapa tiba-tiba tarik tangan aku? "Soal jisoo sambil memegang pergelangan tangannya.
"Sorry "kata taehyung.
Taehyung buat buat menguap.
"Aku dah ngantuk lah. Sebab tu aku tarik tangan kau. Dahlah pergi masuk bilik, tidur. " kata taehyung .
YOU ARE READING
∆Secret Behind The Truth∆ {^^KJS+ KTH+ JJK+ KDH^^}
FanfictionHidup tidak seindah yang kita sangkakan. Terutamanya bagi seorang wanita bernama Jisoo yang dilahirkan dengan penuh misteri. Dicaci, dibenci, dihina, dikhianati sepanjang masa, kurang kawan tapi ramai haters. Apa sahaja yang di lakukan oleh jisoo a...
Chapter 10 ✔
Start from the beginning
