Chapter 3 ✔

30 10 2
                                        

2:38a.m , JISOO POV

Aku terjaga lewat malam hanya kerana mimpi ngeri yang datang dalam mimpi aku. Tapi yang peliknya, aku tak menjerit langsung dan ini kali pertama aku terjaga lewat malam sejak aku mendapat mimpi ngeri itu.

Kepala aku pun langsung tiada rasa sakit yang aku selalu rasakan.

Aku bangun dari baringku dan menuju ke dapur untuk meminum sedikit air suam.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi loceng rumah aku berbunyi.

Tanpa buang masa aku langsung berlari pergi ke arah pintu.

Aku melihat sekeliling tapi, tiada seorang pun yang aku nampak.

Pelik. Itulah yang bermain di fikiran aku ketika ini.

Masa aku nak kunci pintu tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu belakang rumah terbuka sendiri.

Aku terkejut, perlahan-lahan aku menuju ke arah pintu belakang.

Sampai sahaja, aku memerhati keadaan belakang rumah. Tapi, tiada sesiapa pun yang kelihatan.

Aku mula rasa marah. Aku keluar dari rumah menggunakan pintu belakang untuk mencari orang yang cuba menganggu aku pada lewat malam ini.

Dari belakang hinggalah halaman rumah langsung tiada kelibat orang yang kelihatan mahupun haiwan.

"Aku peliklah, pagar aku dah kunci tapi, macam mana benda tu boleh masuk? Kalau nak cakap hantu... Macam tak logik... Kalau haiwan... Hurm... Kucing pun aku jarang nak nampak, apatah lagi haiwan lain. Lagi satu, mana ada haiwan pandai buka pintu..." Bebel aku sendiri.

Aku masuk ke dalam rumah semula menggunakan pintu utama. Satu objek yang telah menarik perhatian aku membuatkan aku terpinga-pinga.

+++++++++++++++++++

3:35a.m , NAMJOON POV

Aku berjalan di bangunan lama yang menuju ke dalam hutan.

5 minit berjalan akhirnya aku sampai ke tempat yang aku cari-cari .

Tempat dimana terletaknya barang-barang aneh yang digunakan untuk membuat ujikaji.

Ujikaji apa? Aku pun tak tahu, sebab ini kali pertama aku di hantar untuk pergi ke tempat ini. Sebelum ni aku hanya dihantar di tempat yang lebih canggih, bersih, cantik dan selesa... Tetapi, lokasi kali ini lain dari yang lain.

Mesti korang pelikkan, aku ni kerja apa sebenarnya. Baiklah mari aku ceritakan kisah aku.

+ThrowBack+
+9:57p.m [27 May 2000]+

Aku berjalan untuk mencari kerja.

Mak aku disahkan meninggal dunia pada usia aku 5 tahun, sekarang umur aku dah 9 tahun. Ayah aku pulak selalu je pukul, terajak aku kalau aku tak bagi dia duit setiap hari.

Sekarang ni aku kena cari kerja sebab aku dah tak larat nak kena terajang hari-hari dengan ayah aku.

Dah 10 jam aku cari kerja, tak jumpa jumpa pun... Ada je yang tengah cari pekerja tapi bagi dorang aku ni masih budak-budak.

Dey, aku ni lelaki lah. Bukan nya perempuan, suka hati aku lah nak kerja atau tak.

Aku taknak balik selagi aku tak jumpa kerja yang sesuai untuk aku.

Sedang aku berjalan-jalan, aku ternampak seekor ibu kucing mengiau di hadapan hutan larangan.

Aku pergi dekat ibu kucing tu, tiba-tiba dia lari masuk dalam hutan.

∆Secret Behind The Truth∆ {^^KJS+ KTH+ JJK+ KDH^^}Where stories live. Discover now