Jisoo memandang pemandangan di luar tingkap biliknya. Tiba-tiba jisoo terlihat seseorang sedang berdiri tegak sambil memandang kearah jisoo.
Jisoo terduduk dan mengecilkan matanya untuk melihat wajah orang yang sedang memandang kearahnya itu.
Tiada setitik rasa takut atau seram di dalam hati jisoo apabila melihat susuk tubuh itu masih berdiri tegak memandangnya.
"Siapa tu? Kenapa dia pandang aku macam tu?" Soal jisoo sendiri.
Jisoo mengalihkan pandangannya hanya sesaat untuk melihat jam dinding.
Susuk tubuh itu hilang apabila jisoo memandang kearahnya semula.
"Aik, mana dia pergi?" Jisoo menegakkan badannya sambil memandang sekeliling rumah.
'Tok ttok tok' seseorang mengetuk pintu bilik jisoo.
Jisoo pergi kearah pintu.
"Oh, lisa ada apa?" Soal jisoo apabila melihat wajah lisa yang seperti mayat hidup berdiri tegak di hadapan pintunya.
"Kau-Bunuh-Dia" kata lisa seperti zombie sambil menunjuk-nunjuk kan jarinya kearah jisoo.
Jisoo terkejut. Jisoo membeku. Tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Nasib sahaja taehyung datang dan menarik tangan lisa masuk ke dalam bilik tidurnya semula.
Jisoo masih berdiri tegak smbil melihat taehyung yang sedang menarik-narik tangannya lisa.
"Sorry jisoo, lisa memang macam tu dia selalu mengigau sambil berjalan. Aku pun kadang-kadang takut tengok dia tu, dengan rambutnya lagi. Tapi selalunya kalau dia mengigau mana pernah dia bercakap... Kenapa kali ni dia mengigau berjalan sambil bercakap?" Bebel taehyung sambil memandang pintu bilik tidur lisa.
Muka jisoo mula risau.
Taehyung melihat wajah jisoo yang mula risau melihat lisa.
Taehyung pun mendekatkan mukanya memandang jisoo.
"Kau ok tak ni? Lamanya kau pandang pintu bilik lisa tu... Daripada kau pandang pintu bilik dia baik kau pandang muka aku ni" taehyung tersenyum memandang jisoo dan berjalan pergi ke sofa.
Jisoo cuba mengawal emosi. Ikutkan jisoo nak je dia menjerit.
"Eh, tak inginlah aku nak tengok muka kau tak ada kelas. Baik aku tengok muka Seokjin BTS lagi handsome, ada kelas." Jisoo menjelingkan matanya kearah taehyung dan memusingkan badannya kearah dapur.
Tiba-tiba kering pula tekaknya lepas mengeluarkan kata-kata macam tu dengan taehyung.
Rasa berdosa bila cakap macam tu dengan crush sendiri.
Taehyung pula memusingkan kepalanya memandang jisoo dengan gaya slowmo.
Jisoo hanya tersenyum.
"Dahlah aku nak tido." Taehyung menghempaskan badannya ke sofa dan menarik selimutnya menutup muka.
Jisoo tersenyum melihat taehyung yang tiba-tiba berperangai seperti budak-budak.
Jisoo duduk di sofa yang kosong.
"Kau selesa ke duduk sini?" Soal jisoo sambil memandang taehyung.
"Tak" jawab taehyung tetap menutup mukanya.
"Um, kenapa kau tak tidur je dalam bilik? Luar ni kan sejuk" soal jisoo lagi.
"Sebab kau lah" jawab taehyung. Jantung jisoo mula berdegup laju.
"Eh, maksud aku... Ye lah kalau aku tidur dalam bilik aku, kau nak tidur mana? Takkan kat luar ni pulak? Dah lah perempuan tak baik tidur kat luar." Taehyung terduduk.
YOU ARE READING
∆Secret Behind The Truth∆ {^^KJS+ KTH+ JJK+ KDH^^}
FanfictionHidup tidak seindah yang kita sangkakan. Terutamanya bagi seorang wanita bernama Jisoo yang dilahirkan dengan penuh misteri. Dicaci, dibenci, dihina, dikhianati sepanjang masa, kurang kawan tapi ramai haters. Apa sahaja yang di lakukan oleh jisoo a...
