Namjoon baru sahaja mendapat panggilan daripada syarikatnya.
'Seperti biasa, mereka menyuruh aku untuk mencuri barang lagi... Haih, aku dah penat. Aku dah terlalu berdosa. Tiada kerja lain ke yang boleh aku buat selain kerja dekat syarikat ni sebagai pencuri?' Keluh hati namjoon.
Dia meletakkan mukanya di atas tangan. Cuba untuk melupakan semuanya.
###
"Jisoo! Aku nak pergi kerja ni! Jaga rumah tau! Ingat! Jangan ma--" jerit namjoon dari tingkat bawah tapi dipotong oleh jisoo.
"Ye aku tahu! Jangan masuk bilik kau!" Jisoo mengeluarkan separuh badannya keluar dan menjerit kepada namjoon.
Namjoon keluar dari rumah dan menuju ke syarikat nya untuk mendapat info tentang barang yang perlu di curi dan lokasi yang perlu dia pergi.
Jisoo pula mengunci pintu bilik dan berjalan keluar dari tingkap bilik untuk mendapat udara yang segar.
Jisoo duduk di salah satu kerusi yang terdapat di situ.
Jisoo memejamkan mata. Cuba untuk bertenang.
Tiba-tiba seseorang menelefon jisoo. Jisoo bangun dan mengambil telefon nya dia atas meja kemudian berdiri di luar tingkap semula.
"Aku dah takda jalan lain dah. Ini je satu satunya jalan yang aku kena buat untuk bagi kau percaya dekat aku" kedengaran suara lelaki disebalik talian.
Jisoo melihat no. Yang terpapar di skrin telefon nya terlihat no. Yang sama seperti no. Yang menelefon nya tadi.
"Kau siapa? Apa yang kau nak?" Soal jisoo kehairanan.
"Buat masa ni kau tak perlu tahu siapa aku. Aku cuma nak kau dengar cakap aku." Katanya lagi.
Jisoo hanya mendiamkan diri kemudian dia bertanya. " Apa yang kau nak dari aku?" Soal jisoo.
"Aku nak kau masuk dalam bilik abang kau" jawab lelaki itu.
Jisoo membulatkan matanya.
"Kau ni siapa? Apa yang kau nak dari aku? Boleh tak kau jangan kacau aku!" Marah jisoo.
"Aku akan bagitahu nanti selepas kau masuk dalam bilik abang kau" kata lelaki itu.
"Kal--*tit ttit*" belum sempat jisoo menghabiskan kata-katanya lantas sahaja lelaki itu mematikan telefonnya.
{+ JISOO POV +}
"Laki ni nak apa sebenarnya? Dah lah tiba-tiba call aku, lepas tu suruh aku masuk bilik oppa." Bebel aku kemudian memusingkan badan menghadap pintu bilik.
Aku pun berjalan keluar dari bilik. Aku melihat pintu oppa. Tak tahulah kenapa, tiba-tiba hati aku tertarik nak tahu apa yang ada dalam bilik abang aku tu.
Sebelum ni tak pernah pulak aku teringin nak masuk dalam bilik oppa, tapi kenapa lepas lelaki tadi tu call terus aku rasa teringin nak masuk.
Baru berapa langkah aku berjalan tiba-tiba aku rebah tidak sedarkan diri.
_________________________
{+ AUTHOR POV +}
Namjoon menuju ke bilik bossnya dengan keadaan terpaksa.
Sampai sahaja di depan pintu. Namjoon menarik nafas dalam, cuba untuk kelihatan bersemangat untuk memulakan misinya.
"Masuk" panggil seseorang yang berada didalam bilik tersebut.
Namjoon berjalan masuk.
"Lokasi mana pulak kali ni yang kau nak hantar aku?" Soal namjoon.
"Lokasi kali ni kau mesti buat dengan teliti sebab misi kali ni kau akan berada dekat sana selama 5 hari dan kau kena buat sesuatu yang menggunakan kemahiran kau sendiri" jelas boss namjoon. Dia lalu memusingkan badannya ke arah namjoon.
YOU ARE READING
∆Secret Behind The Truth∆ {^^KJS+ KTH+ JJK+ KDH^^}
FanfictionHidup tidak seindah yang kita sangkakan. Terutamanya bagi seorang wanita bernama Jisoo yang dilahirkan dengan penuh misteri. Dicaci, dibenci, dihina, dikhianati sepanjang masa, kurang kawan tapi ramai haters. Apa sahaja yang di lakukan oleh jisoo a...
