Chapter 6 ✔

20 7 0
                                        

{+JISOO POV+}

Aku terkejut. Rasa nak menjerit pun ada apabila aku melihat seorang mayat wanita yang terbaring di atas lantai.

Kaki aku kaku. Aku tak tahu nak buat apa. Nak mintak tolong tapi mulut aku langsung tak boleh nak buka walau sedikit pun. Aku perlahan-lahan berundur ke arah dinding. Dalam fikiran aku 'kosong' satu benda pun aku tak fikir. Tiba-tiba kepala aku sakit, aku mula tidak senang berdiri badan aku hampir jatuh ke lantai nasib sahaja ejen 011 tu tolong aku sebelum sempat tubuh aku jatuh ke lantai.

Satu memori datang dalam fikiran aku.

______________________________

"

A-aku... A-aku dah...bunuh dia..." Mata aku melihat orang yang disekeliling aku. Semua memandang aku dengan pandangan terkejut.

Aku memandang tangan aku dengan riak wajah ketakutan.

Aku membuang senjata yang berada di tangan aku. Aku tak percaya yang aku baru sahaja menjadi pembunuh.

Aku jatuh melutut ke lantai. Tangan aku menggenggam kuat. Mata aku tetap membulat. Aku masih tak percaya yang aku dah bunuh seorang insan yang tidak bersalah. Mata aku memandang mayat yang terbaring itu, badannya telah di penuhi darah.

Seorang memanggil aku dari arah pintu "Jisoo!" Dia datang kearah aku diikuti oleh beberapa orang polis.

"Jisoo, awak ok? Jisoo?  Pandang saya, Jisoo... Jisoo..." Kata lelaki itu sambil mengoncang- goncangkan badan aku supaya aku sedar dari lamunan aku.

_________________________________

"Jisoo!"

Aku tersedar dari pengsan. Aku melihat sekeliling. Hanya ada aku dan ejen 011. Aku tak tahu sekarang ni aku kat mana. Tempat ni macam asrama kecil yang dihiasi dengan senjata tajam sut pakaian dan beberapa alat ujikaji.

"Kau ok tak jisoo?" Soal dia. Aku hanya mengangguk sambil mengurut dahi yang terasa sedikit sakit.

"Sorry sebab bawak kau datang sini secara tiba-tiba, kau lama sangat. Aku dah tunggu kau hampir 2 jam kat atas bumbung sekolah kau tu. Bytheway, nama aku Jeongyeon." Jelas jeongyeon.

Aku pelik. Sejak bila dia cakap nak jumpa aku?

"Sejak bila aku cakap, aku nak jumpa kau? Kau ni siapa sebenarnya nak bawak aku kat sini ni? Kau pencuri eh?!" Aku mula buat muka takut.

"Eh, taklah aku bukan pencuri lah... Kan aku dah tulis kat surat yang aku suruh budak tu bagi... Takkan kau tak baca kot..." Dia gelabah sebab takut kalau aku tiba-tiba menjerit sebab ingat dia tu pencuri yang nak curi aku.

Aku baru teringat surat yang di bagi oleh pelajar junior tu. Aku keluarkan dari poket jaket aku.

_'Kim jisoo, aku dari syarikat TUNKTITATION_OFFICIAL. Aku diarahkan kesini untuk berjumpa dengan kau dan berbincang sesuatu yang serius. Jumpa aku pukul 3 kat atas bumbung sekolah kau ni. Aku tunggu. Jangan lambat!.'_

                                       _∆Ejen 011∆_

"Sekarang baru baca... Hehe. Actually, apa perkara yang 'serius' sangat yang kau nak bagitau aku? Sampai kau pergi bawak aku kat tempat ni?" Soal aku.

"Eh, sebelum kau bagitahu. Aku nak bagitahu dulu. Aku tak boleh nak bercerita dengan kau lama-lama sebab nanti aku kena jumpa seseorang. And nanti kau hantar aku balik kat mana kau ambil aku. Faham?" Ambek kau dengan bebelan aku tu.

∆Secret Behind The Truth∆ {^^KJS+ KTH+ JJK+ KDH^^}Where stories live. Discover now