Chapter 10 ✔

17 5 0
                                        

Seseorang sedang memandang tajam kearah jisoo.

Jisoo membulatkan mata apabila orang itu mendekati jisoo.

"Jisoo kau buat apa dekat sini?"

"Kau siapa?" Soal jisoo sambil melihat orang yg sedang bertanya.

Jisoo tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas kerana dia duduk di tempat yang gelap.

"Aku lah. Jungkook"

"Jungkook?"

Jungkook mendekati jisoo.

"Kau buat apa dekat sini jungkook?" Soal jisoo.

"Aku jumpa kawan. Yang kau pulak? Kenapa kau ada dekat sini? Kenapa tak balik rumah taehyung? Bahayalah keluar sorang-sorang dekat hutan ni" kata jungkook.

'Hah? Macam mana dia boleh tahu yang aku tinggal dengan taehyung?' bisik hati jisoo.

"Urm, ok" jisoo berdiri dari tempat duduknya.

Tiba-tiba jisoo terlihat seseorang dibelakang jungkook yang sedang berjalan masuk ke dalam hutan.

Jisoo buat riak wajah risau + pelik + takut.

Jungkook perasan yang jisoo sedang memandang belakang nya.

Jungkook memandang tempat yang dimana jisoo sedang memandang.

"Kau tengok apa tu?" Soal jungkook.

"Hah? Ouh. Tak ada apa-apa. Aku balik dulu." Jisoo berjalan menuju ke rumah.

++++++++++++++++++++

Jisoo sedang duduk di buaian yang tergantung di sebuah pokok besar.

Jisoo memejamkan matanya.

'Omma dan appa kau dalam bahasa sekarang. Aku harap kau boleh bagi kerja sama dengan syarikat aku'

Kata-kata Jeongyeon masih bermain difikiran jisoo.

Jisoo membuka mata dan menghembus nafas keras.

Jisoo mengeluarkan telefon pintarnya.

"Kalau betul lah omma dan appa aku masih hidup aku kena cari diorang" kata jisoo lalu membuka telefon pintarnya.

Jisoo sedang mencari no. Telefon Jeongyeon.

"Kau pun pernah jumpa dia? " soal taehyung yang tiba-tiba datang dari belakang jisoo .

"Mesti dia cakap dengan kau yang mak dan ayah kau masih hidup kan? " soal taehyung.

Jisoo hanya mengangguk.

"Kau pun pernah jumpa dia? " soal jisoo ingin tahu.

Taehyung memandang langit.

"Yes, 5 Bulan lepas" jawap taehyung.

"Dia nak jumpa dengan aku lepas aku dapat mimpi ngeri.  Dia cakap yang family aku dalam bahaya " jawab taehyung lagi.

Jisoo berjalan kearah taehyung.

"Mesti dorang cakap benda yang sama dengan kau kan? " soal taehyung pula.

Jisoo hanya mengangguk.

"Kau percaya ke dengan apa yang dorang cakap tu? " Soal jisoo pula.

"Tak, tapi lepas aku jumpa kau. Aku tiba-tiba  rasa apa yang si jeongyeon tu cakap semuanya betul. " taehyung mula memandang wajah jisoo.

∆Secret Behind The Truth∆ {^^KJS+ KTH+ JJK+ KDH^^}Where stories live. Discover now