Pada pagi yang indah, bunyi burung-burung yang berkicauan dan angin pagi yang menyenangkan.
Jisoo masih dibuai mimpi. Kedengaran loceng rumah ditekan oleh seseorang membuatkan jisoo terjaga.
"Haih, siapa pulak yang kacau aku tidur ni? Hari ni kan cuti... Nak tidur pun tak senang lah...ish.." omel jisoo sendirian lantas bangun dan menuju ke arah pintu.
Jisoo membuka pintu rumahnya terdapat seorang penghantar barang yang sedang berdiri di hadapan pintu sambil memegang kotak yang sederhana kecil.
"Adik ni KimJisoo kan?" Soalan abang posmen.
"Ye, saya. Tapi, saya tak order apa-apa pun ... Rasanya abang salah rumah ni"
"Eh bukan, ini memang untuk adik, ada orang yang bagi. Sila tandatangan dekat sini" Jawab abang posmen.
Jisoo langsung menandatangani surat tersebut.
"Ok Cun, nah ini barang adik. Abang pergi dulu" kata abang posmen riang.
"Ok bang, thankyou." Jawab jisoo sambil bow dengan senyuman.
{JISOO POV}
Barang apa pula ni? Untuk aku? Siapa yang bagi? Aku pun mengecek nama tuan yang menghantar barang ini.
" -You're Future-"
Apa benda ni? Kenapa dia letak nama dia macam tu? Pelik gile.
Aku pun malas nak fikir panjang terus aku buka kotak tersebut.
Bukak sahaja langsung mata aku terbeliak. Tidak percaya dengan apa yang aku lihat.
Kenapa barang-barang ni ada dekat sini?
++++++++++++++++++++
{Author POV}
Jisoo terkejut dengan apa yang dilihatnya, dimana barangan yang telah di buangnya 2 tahun yang lalu iaitu mainan kucing kesayangan jisoo yang diberi nama hyujin.
Jisoo telah membuang mainan kucing kesayangannya selepas pemergian hyujin kerana jisoo tidak dapat menerima hakikat bahawa kucing kesayangannya itu telah tiada.
Hyujin adalah satu-satunya haiwan kesayangan yang paling jisoo sayang. Hyujin bagaikan memahami apa sahaja yang dikatakan oleh jisoo.
Jika jisoo meluahkan isi hatinya kepada hyujin, hyujin membalas dengan pelbagai reaksi.
Kadang-kadang kalau jisoo menangis dihadapan hyujin, hyujin akan turut menangis sekali.
Sebab itulah jisoo amat menyayangi hyujin. Jisoo telah menganggap hyujin seperti sahabatnya sendiri. Jisoo berasa selesa apabila bersama hyujin. Sejak pemergian hyujin, jisoo berasa sunyi.
Jisoo mengeluarkan kesemua mainan kesukaan hyujin kemudian jisoo terlihat satu sampul surat yang di hadapan nya tertulis..:
∆ -Satu Saat Nanti Kau Akan Menjadi Seorang Yang Sangat Di Sayangi Ramai Dan Dalam Masa Yang Sama Orang Yang Kau Sayang Akan Pergi Tinggalkan Kau- ∆
Jisoo kehairanan. Dia lalu membuka isi sampul surat tersebut
Terlihat gambar jisoo dari kecil hinggalah dewasa.
Jisoo bertambah hairan. Banyak persoalan yang bermain di fikirannya. Tiba-tiba kepala jisoo rasa sakit sangat.
Jisoo memicit-micit kepalanya untuk mengurangkan sakit kepala. Tiba-tiba jisoo rebah tidak sedarkan diri.
++++++++++++++++++++
"Haih, mana jisoo ni... Dia tak datang kerja ke? Hari ni kan cuti sekolah... Ataupun dia.... Haih... Jisoo... Jisoo... Nasiblah kau ni rakan sekerja aku, kalau kau adek aku dah lama aku belasah kau cukup-cukup. Ini dah hari keberapa dah kau ambil cuti, kena buang kerja baru tahu..." bebel SoDam sendiri sambil tangannya sebuk mengira duit di kaunter.
YOU ARE READING
∆Secret Behind The Truth∆ {^^KJS+ KTH+ JJK+ KDH^^}
FanfictionHidup tidak seindah yang kita sangkakan. Terutamanya bagi seorang wanita bernama Jisoo yang dilahirkan dengan penuh misteri. Dicaci, dibenci, dihina, dikhianati sepanjang masa, kurang kawan tapi ramai haters. Apa sahaja yang di lakukan oleh jisoo a...
