✘ Bab 17 ✘

Beginne am Anfang
                                    

"Raz, jangan la diam..."

"Fyraz..." tanpa sedar bibir merengek kecil.

Fyraz masih senyap dan itu membuatkan air mata aku jatuh lagi beserta esakan kecil.

"Tsk..tsk..."

"Tak habis lagi dia ni..." aku sempat dengar dia menggumam perlahan.

"Sya, I gurau jelah! Sejak bila cengeng sangat ni?" Fyraz menegur tapi caranya masih lembut. Cukup untuk membuatkan esakanku terhenti.

Aku sendiri tak faham dengan diri aku. Sebelum ini, aku tak pernah menangis lagi lagi hal yang remeh seperti ini. Tapi dengan Fyraz, aku langsung tak kisah untuk menangis di hadapannya apalagi Fyraz turut melayan rajukku.

Bersama Fyraz, aku seperti bebas mahu menceritakan apa saja. Tanpa selindung, tanpa rahsia.

"My mom died when I was seven." kening Fyraz terangkat seolah menunggu aku menyambung cerita.

"Papa dengan mama I kahwin atas desakan atok I, belah papa. Atok berhutang budi dengan tokwan, ayah mama sebab tokwan pernah selamatkan atok daripada kemalangan. Tapi papa berkeras taknak dijodohkan dengan orang yang dia tak kenal. Atok ugut papa untuk tak serahkan harta kalau papa taknak. Sebab tu papa terpaksa untuk terima."

Fyraz hanya tekun mendengar tanpa sedikit pun tidak dikalihkan pandangannya daripada aku.

"Lepas kahwin, papa tak pernah bagi peluang untuk mama rasa kasih sayang dia sedangkan mama, tak pernah abaikan tanggungjawab dia sebagai isteri. Sikit pun mama tak merungut walaupun papa boleh dikatakan setiap hari hina mama. Papa pernah cakap yang dia langsung taknak ada anak dengan mama. Tapi sekali lagi atok ugut papa. That's why I lahir." aku ketawa perit.

Aku...seorang anak yang lahir bukan dari cinta sejati sebuah pasangan suami isteri.

"Mama tak akan menangis depan papa, dia pendam selagi mampu. Sampai satu hari, masa tu I baru enam tahun dan I nampak mama nangis dalam stor. Sejak hari tu, mama selalu menangis."

Aku tarik nafas dalam dalam. Hati meraung dan meronta untuk diluahkan tangis namun aku tahan. Dada terasa ketat setiap kali memikirkan sakit yang mama rasa akibat perbuatan papa.

"Satu hari tu mama pengsan. End up baru kami dapat tau mama ada breast cancer stage two, tapi papa..."

Kali ini tangisan yang aku tahan sejak tadi terhambur keluar. Lebat.

"Cerita semuanya, I sudi dengar." Fyraz memujuk lembut sambil tangannya menggenggam tangan aku begitu erat.

Sentuhan itu, menyalurkan kekuatan. Renungan redup sepasang mata yang cantik itu, mampu menitipkan rasa tenang.

"Business papa baru naik masa tu. Keadaan mama boleh je sembuh kalau buat operation. Tapi papa taknak bayar kos dengan alasan, nanti business dia merudum jatuh. Lagipun, kalau lepas operation, tetap ada kesan sampingan. Semua tu perlukan duit untuk buat kemo dan ubat ubat mama. Sebab tu papa taknak."

Bibir aku ketap kuat dengan air mata yang masih mengalir. Terlalu sakit apabila teringatkan semua itu.

"Sampai satu masa, kanser mama makin teruk sebab tak buat rawatan. Dan akhirnya, mama meninggal dalam waktu umur I masih mentah. Masih perlukan kasih sayang dia. Semua sebab papa yang terlalu ego."

"Nak mati tu mati jelah. Lagi bagus daripada hidup menyusahkan orang."

Ayat papa yang begitu angkuh itu bagaikan terngiang dalam kepala. Aku masih kecil ketika itu, tapi ayat penuh kejam daripada papa itu aku ingat sampai hari ini.

"Sekurang kurangnya mama you tak perlu hidup dalam kebencian papa you, kan?"

Aku mengangguk perlahan. Ada benarnya juga kata kata Fyraz itu. Kalau tidak, pasti sampai aku perlu lihat hidup mama yang terseksa kerana papa.

"Percaya atau tak, semua yang jadi dalam hidup you ada sebab yang baik. You sendiri mungkin tak pernah terfikir apa yang baik. But, believe me walaupun you rasa hidup you teruk, ada yang lebih menderita dekat luar sana."

Aku hanya mengangguk.

"By the way, macam mana you boleh tau semua ni sedangkan you baru tujuh tahun masa tu?" Fyraz mengambil peluang untuk bertanya.

"Mak Eton yang cerita semua benda masa I tujuh belas tahun. Mak Eton tu adik bongsu atok I. Jadi memang dia tau semua benda yang jadi." Fyraz mengangguk tanda mengerti.

"Can I hug you?" lama mendiamkan diri sebelum aku menyatakan permintaan.

Fyraz seperti terkejut namun tidak lama sebelum dia tersenyum dan mengangguk pada aku.

Perlahan lahan aku bangun dari pembaringan dengan dibantu Fyraz sebelum tubuh aku rapatkan padanya. Leher Fyraz aku paut erat dan dagu aku rehatkan pada bahunya. Fyraz pada mulanya seperti teragak agak untuk membalas pelukan aku. Lama kelamaan dia mula membiasakan diri. Sebelah tangannya diletakkan pada belakang badan aku dan ditepuk lembut persis memujuk anak kecil manakala tangannya yang sebelah lagi dibawa ke arah rambut yang dibiarkan lepas sambil dimainkan tangannya di hujung rambut aku.

Dan aku selesa berkeadaan seperti itu dengannya. Dalam pelukannya, aku rasa selamat...

"Don't feel scared to share anything with me. I'm ready to hear it."

Bisikan lembut itu aku simpan kemas dalam kotak memori. Tanpa ragu, aku menceritakan semua kisah hidup seorang Hana Arisya pada Fyraz.

~~~

"Sya, macam mana boleh jadi macam ni?"

"Tahu tak kitaorang risau kau tiba tiba tak masuk kelas harini!"

Terjerit jerit Arin dan Sofea di dalam wad persendirian itu ketika mereka baru sampai untuk melawat aku. Aku menggeleng kepala melihat telatah mereka. Kecoh sangat diaorang ni...

"Kau diam ah! Orang tengah sakit bertambah sakit dengar suara kau. Menjerit kalah beruk kat hutan!" terhenti perbualan aku dengan Sofea apabila Mika bersuara. Sofea yang malas mahu membidas semula hanya mampu menjeling sebelum perbualan kami diteruskan.

Aku juga terkejut apabila mereka datang menyerbu wad ini beramai ramai. Arman saja yang tiada.

"Sya bila boleh discaj?" Hazwan yang paling normal antara ramai ramai mereka bertanya.

"Kalau tak ada apa apa, petang ni pun dah boleh keluar." aku menjawab sebelum melihat ke arah pergelangan tangan kanan yang berbalut. Baru aku tahu, semalam aku sempat menoreh sedikit pergelangan tangan tanpa aku sedar. Mujur tak dalam...

"Biar kami hantar balik!" Sofea bersuara menyatakan pelawaan.

"Kau tak payah mengada! Fyraz dah cakap dia yang hantar Sya balik nanti. Duduk dengan kau silapa silap mati anak orang!"

"Kau siapa tak puas hati dengan aku?!"

Dan seterusnya, perang mulut antara Sofea dan Mika berterusan. Hazwan hanya mampu memandang tanpa niat untuk masuk campur. Aku boleh agak Hazwan juga boleh sakit jiwa dengan keadaan ini. Arin, ada masanya dia menyelit juga. Backup kawan la katakan...

Teringatkan Fyraz, spontan mata aku mencari kelibatnya dalam bilik ini namun aku mengeluh hampa.

Seperti tahu dirinya dicari, tepat tepat masa itu juga dia melangkah masuk ke dalam bilik wad ini. Di tangannya ada satu plastik yang berisi buah buahan. Aku tunggu dia datang pada aku sebelum tubuhnya aku tarik ke dalam pelukan sekali lagi. Ternyata dia tergamam dengan tindakan aku.

"Mana you pergi?"

"Sya, behave..." kata katanya dengan deheman kecil itu membuatkan aku tersedar atas kelakuan lepas itu. Adanya dia, buatkan aku seperti tak sedar kehadiran yang lain di sini.

Aku pandang sekeliling. Arin dengan keadaan mulut yang terlopong, Mika dan Sofea terus senyap dan Hazwan yang baru mahu keluar dari bilik wad ini juga terhenti menoleh ke arah kami.

Aku tayang sengih tak bersalah manakala Fyraz pura pura menggaru belakang telinganya yang nampak merah seperti sedang menahan malu.





Hikayat Sang Pencinta ✔Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt