Perlahan lahan, esakan kecil aku kedengaran. Terasa hati dengan Syafiq yang berubah, betul betul berbeza dengan dirinya yang aku kenal selama ini.

"I tak sure bila boleh proceed wedding kita, yang penting bukan sekarang. I...I tak ready lagi nak galas tanggungjawab." kali ini bicaranya tergagap. Seperti ada perkara lain yang disembunyikan, yang menjadi punca Syafiq mengambil keputusan untuk menangguhkan majlis kami.

"You tau you tak sedia, kenapa melamar I, ajak kawin bagai?"

"Eh, you tau kan papa you jugak yang desak I suruh masuk meminang? Dah tu you nak suruh I buat apa lagi?!" suaranya naik satu oktaf menengking aku.

Setelah itu, aku dan Syafiq masing masing diam. Aku tak mampu untuk bertanya apa apa lagi. Tak betah membiarkan hati aku sendiri sakit apatah lagi setelah dia menengking aku. Kenapa hal ini lagi yang menjadi punca pergaduhan kami...

Telefon Syafiq yang diletakkan di atas meja berbunyi menandakan mesej masuk. Laju saja tangannya mencapai telefon dan membaca mesej yang diterimanya sebelum dia seperti tergesa gesa bangun dari duduk.

"I've got to go. You pandai pandai la balik sendiri. I ada hal nak settle." 

Aku tak mampu membantah. Liur terasa tersekat di kerongkong, melumpuhkan bicara yang ingin dikeluarkan.

"Oh, before I lupa..." Syafiq yang sudah bersedia untuk keluar dari ruangan itu berhenti sebelum ditolehkan wajahnya pada aku.

"Pasal hal ni, nanti biar I sendiri yang bagitau papa you. Tak la you kena marah lagi, kan?"

"Fiq..." sekali lagi langkahnya terhenti apabila suara aku menahan.

"Anyway, thanks a lot for my birthday present today." mata aku halakan tepat padanya tapi apa yang aku lihat, seolah olah ada satu senyuman yang diukir pada bibirnya. Senyuman mengejek. Sinis.

Tanpa membalas kata kata aku, Syafiq terus melangkah keluar dan akhirnya tangisan aku pecah di situ juga.

~~~

Jam hampir menginjak ke tengah malam, baru aku selamat sampai ke rumah. Jenuh aku mencari teksi malam malam begini. Ada beberapa yang sempat aku tahan, tapi sudah ada penumpang.

Buka saja pintu, wajah bengis papa yang terpaksa aku hadap sebelum...

PANGG!

Ya, satu tamparan hinggap di pipi.

"Apa yang Sya dah buat sampai Syafiq mintak tangguh tarikh kahwin?" suara papa memetir. Wah, cepat betul Syafiq buat kerja...

Pipi yang terasa pijar aku tolak dengan lidah dari dalam mulut. Perit. Lagi perit bila papa kandung sendiri yang naik tangan, walhal bukan aku yang meminta untuk menangguhkan perkahwinan. Kenapa perlu aku yang dipersalahkan?

"Kenapa diam? Mengaku la Sya punca semua ni? Ke budak Fyraz tu yang hasut Sya?"

Automatik aku bertentang mata dengan papa. Jujur, aku tak mampu bersabar bila nama Fyraz yang dipetik sedangkan dia langsung tak berkait dengan masalah ini.

"Papa memang tak sedar ke semua ni, papa yang jadi punca?"

"Sya salahkan papa?"

"Memang pun! Kalau dari dulu papa tak desak Sya dan biarkan Sya buat keputusan sendiri, tak adanya Sya bergaduh dengan Syafiq macam ni! Dan kalau papa tak pentingkan diri sendiri macam sekarang sampai abaikan kebahagiaan Sya dengan mama, arwah mama mesti boleh survive hidup dengan Sya sampai sekarang!!" terlalu bengang, hingga tak sedar aku meluahkan semua rasa hati.

Papa hanya membisu. Terkejut kerana aku membidas kata katanya.

"Kenapa diam? Papa baru sedar ke papa sebenarnya punca?" tidak meninggikan suara tapi aku masih menyindir sinis.

Tanpa menunggu apa apa balasan daripada papa, aku terus membuka langkah naik ke bilik. Lelah, juga sakit rasa hati aku sekarang...

Sekali lagi, tangisan aku hamburkan sepuas mungkin. Barang barang yang berada di atas meja solek semuanya aku tolak jatuh sampai ada yang pecah berderai.

Laci meja aku buka dan mata menangkap satu pisau lipat yang seolah olah menarik perhatian. Pisau itu aku ambil dam aku genggam kuat, bersedia untuk menoreh nadi pada tangan.

Kalau papa sendiri tak sayang aku...buat apa lagi aku hidup, kan?

"Sya...bukak pintu ni, nak. Jangan pendam sorang, Mak Eton ada dengan Sya..." suara Mak Eton yang kedengaran cemas beserta dengan ketukan pintu bertalu talu menghentikan niat aku.

Di dalam laci itu, aku nampak gambar mama yang aku simpan. Air mata mengalir bisu sebelum pisau yang tadinya aku genggam kuat jatuh ke lantai.

"Sya? Ya Allah...Sya!" suara Mak Eton di belakang langsung aku tak hiraukan. Aku dengar bunyi tombol pintu dipulas sebelum Mak Eton menarik tubuhku ke dalam pelukannya. Esakan aku pecah lagi.

"Sya, ingat Allah sayang..." suara Mak Eton yang memujuk lembut membuatkan aku menangis lebih teruk.

"Sya rindu mama...kenapa mama tinggalkan Sya?" kata kata itu aku luahkan sambil kedengaran esak tangis yang masih tersisa.

"Istighfar, Sya...arwah mama Sya tak akan suka kalau tengok Sya sedih macam ni." makin sayu apabila Mak Eton memegang ubun ubunku sebelum dibacakan sesuatu dan ditiup lembut di situ.

"Sya nak mama..."

Itu kata kata terakhir aku sebelum pandangan bertukar kelam.

~~~

"Tak ada apa yang serius. Dia cuma terlalu stres. Syukurlah, dia tak sempat toreh tangan dia lagi dalam."

"Bila dia boleh sedar, doktor?"

"Ikut pada kesan bius yang saya bagi tadi. Satu lagi encik, saya nasihatkan jangan tiba tiba tinggi suara pada pesakit ataupun tinggalkan dia sorang sorang. Walaupun dia cuma stres, tapi itu tanda tanda awal pesakit mengalami depression. Saya cuma risau keadaan dia bertambah buruk."

Dan selepas itu, telinga sudah tidak dapat menangkap butir bicara mereka.

~~~

Mata aku buka perlahan lahan namun tertutup semula apabila cahaya lampu menerobos masuk ke retina.

Sekali lagi aku cuba membuka mata. Seperti ada bayang seorang lelaki di sisi katil aku tapi siapa? Aku pegang kepala yang terasa berdenyut dengan tangan kanan dan aku semakin pelik apabila menyedari pergelangan tangan aku elok berbalut.

"Hai, Sya. Dah lama hidup?" suara sinis itu membuatkan mata aku spontan terbuka luas.

Fyraz sedang berdiri dengan senyuman menjengkelkan yang ditayang pada aku.



Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now