Kami bersetuju dan bekerja di syarikat ini.

Tapi pada satu hari, kejadian tidak diingini berlaku kepada syarikat kami.

Boss kami iaitu Mr. Yang atau nama sebenarnya Yang Sejong tiba-tiba sahaja naik angin dan mula menjadi seperti orang gila. Tetapi sampai sekarang tiada sesiapa yang tahu punca Mr. Yang mengamuk.

Sebulan berlalu tetapi boss Yang masih tetap sering mengamuk dengan pekerjanya.

Dia juga selalu menyuruh taehyung dan aku untuk menggodam akaun bank dan transfer kan semua duit kedalam akaunnya.

Sampailah satu ketika, taehyung tiba-tiba sahaja sering mimpi ngeri dan sering termuntah selepas bangun dari tidur.

Taehyung menjadi stress dan mudah sakit kepala dengan layanan boss kami kepada kami. Akhirnya taehyung memutuskan untuk berhenti.

Selepas taehyung berhenti, makin banyak job yang aku perlu buat.

Aku pun terfikir untuk meletakkan jawatan.

Tetapi boss menghalang aku untuk tidak meletakkan jawatan aku malah menyuruh aku untuk membuat misi yang terakhir sebelum aku meletakkan jawatan.

Aku tetap berdegil untuk letak jawatan dan berjalan keluar dari ofis.

Beberapa hari kemudian syarikat aku panggil aku dan mohon dekat aku untuk buat job ni.

Boss Yang kata dia akan bagi aku wang yang banyak bagi job ini dan dia akan bebaskan aku lepas aki selesai tugas ini.

Aku tetap menolak.

Hari ke hari , dorang tetap menganggu aku. Aku pun tiada pilihan lain. Aku pun bersetuju.

###

Aku berjalan masuk ke dalam pejabat mr. Yang dengan wajah yang serius.

"Kau nak apa sebenarnya? Akukan dah letak jawatan. Kenapa kau still nak ganggu aku?" Soal aku sebaik sahaja masuk ke dalam pejabat tersebut.

"Maafkan aku sebab buat kau tak selesa. Aku cuma perlukan bantuan kau. Disebabkan taehyung dah berhenti hanya kau yang aku boleh harapkan sekarang ni. Aku janji lepas kau selesai misi ni aku akan lepaskan kau dan tak akan ganggu hidup kau lagi" Katanya.

"So, apa yang kau nak ?"

"Abang aku adalah seorang saintis. Dia selalu membuat kajian tentang sesuatu yang sesiapa pun tak pernah terfikir untuk buat.

Sehinggalah satu ketika dia buat satu cecair yang membuatkan seseorang menjadi terlalu pintar dan boleh melakukan apa-apa sahaja tanpa sebarang masalah.

Tetapi, suatu hari. Dia dan isteri dia di buru oleh sebuah syarikat. Dia tertangkap. Dan cecair yang dia buat itu telah di rampas kemudian di ubah suai.

Sekarang cecair itu menjadi cecair yang sangat merbahaya. Sesiapa yang minum atau rasa cecair itu akan pengsan dan apabila mereka sedar pemikiran mereka akan menjadi seperti robot dan menjadi ganas kerana cecair itu telah disetkan oleh mereka untuk mendengar arahan mereka sendiri.

Semasa abang aku kena tangkap, dia ada bawak laptop dia. Isi laptop itu adalah cara-cara membuat cecair tersebut.

Syarikat yang menangkap abang aku tu ingin membuat banyak lagi cecair tersebut. Mereka pun ingin merampas laptop milik abang aku itu.

Selepas dorang dapat laptop abang aku. Dorang bawa abang aku dengan isteri dia yang sedang mengandung untuk di kurung dan dibunuh sebab dia tak nak abang aku buat cecair lain.

Tapi semasa dalam perjalanan. Abang aku berjaya melarikan diri dia dan selamatkan laptop dia.

Dalam masa dorang nak selamatkan diri tu. Isteri dia nak melahirkan anak.

Jadi dia terpaksa lahirkan anak dia dekat dalam hutan. Mereka terpaksa membiarkan anak dia dekat hutan sebab dia takut kalau anak dia akan dijadikan umpan untuk dorang bagi laptop tu semula.

Beberapa tahun kemudian, aku dapat berita yang budak tu telah dijaga oleh seorang remaja. Sehinggalah sekarang.

Abang aku pulak masih hilang entah kemana. Aku masih tak jumpa jumpa dia walaupun aku dah upah ramai orang." Cerita mr.yang panjang.

"Jadi kau nak aku buat apa sekarang ni?" Soal aku mula rasa simpati.

"Budak tu nama Kim Jisoo ini gambar dia" mr. Yang menghulurkan sekeping gambar kepada aku.

"Syarikat yang kejar abang aku tu sekarang telah pilih sasaran batu iaitu Kim Jisoo. Dorang nak budak ni sebab ayah dia dah masukkan cecair kedalam badan budak ni. Sekarang darah dia menjadi sasaran bagi syarikat tu. Aku nak kau selamatkan budak tu dan protect dia dalam masa yang sama aku nak kau hancurkan cecair yang dorang cipta tu. Aku nak kau cari abang aku dan aku nak kau hancurkan laptop abang aku tu. Aku akan bayar kau lebih dari sebelum ni. Aku harap kau boleh tolong aku. " Sambung mr. Yang kemudian bow kepada aku.

Aku hanya terdiam. Aku pun tak pasti sama ada aku boleh buat atau tidak. Aku kesian dengan boss aku sorang ni. Dia seorang yang baik dan peramah. Mungkin sebab inilah dia mula jadi panas baran.

Aku setuju untuk membantu dia.

++++++++++++++++++++

Beberapa hari kemudian. Aku order makanan sebab malas nak masak. Bila aku tengok penghantar tu sama macam wajah dalam gambar. Aku yakin 100% inilah perempuan yang bernama Kim Jisoo.

Sejak itu aku selalu perhatikan dia. Aku duduk dalam semak sepanjang masa.

(+ End THROWBACK +)
{+ End JUNGKOOK POV +}

Mulut taehyung dibuka luas. Terkejut dengan apa yang diceritakan oleh jungkook tadi.

"Jadi, kau pula nak aku tolong untuk jagakan jisoo?" Soal taehyung masih keliru.

"Yes, sebab aku kena buat misi yang lain. Aku harap kau boleh tolong aku." Jawab jungkook sambil buat muka sedih ver. Arnab.

"Urm, ok aku akan jaga dia. Sampai bila aku kena jaga dia?" Soal taehyung lagi.

"Sampai aku dah musnahkan syarikat tu" jawap jungkook serius sambil meminum segelas air kopi.

_________________________

Jisoo bermain dengan tupai yang tiba-tiba sahaja datang ke pondoknya.

'Ring rring ring' kedengaran bunyi telefon jisoo berdering.

Jisoo mengangkat panggilan tersebut.

"Jisoo, ni aku Jeongyeon. So, kau dah fikirkan ke dengan apa yang aku cakap dengan kau sebelum ni?" Soal jeongyeon dari talian.

Jisoo hanya mendiamkan diri dengan riak wajah masih ragu-ragu.

"Aku~"

"Urm, it's ok jisoo. Aku bagi kau masa lagi sikit. Kau fikirkan betul-betul kalau kau dah yakin. Kau datang dekat lokasi ni"

Satu mesej masuk.

Jeongyeon menghantarkan location kepada jisoo.

"Aku pergi dulu."

Jisoo masih terdiam.

Tiba-tiba dia terlihat seseorang sedang memandang tajam kearahnya.

Jisoo membulatkan mata sebaik sahaja orang itu mendekati jisoo.
.
.
.
.

_________________________

Alhamdulillah selesai Chapter 9. Sorry kalau banyak ayat yang tunggang-langgang. Sorry kalau cp ni terlalu panjang. Hopefully readers enjoy ; )

Vote ✔️
Comment ✔️
ThankYouGuyz ✨

∆Secret Behind The Truth∆ {^^KJS+ KTH+ JJK+ KDH^^}Where stories live. Discover now