"Taehyung, sabar dulu. Aku nak bagitahu kau benda penting ni" kata seseorang disebalik panggilan.

"Cepat sikit, aku tak nak dengar banyak dari kau"

"Ok. Sebenarnya, aku pun dah berhenti beberapa hari yang lalu tapi, tiba-tiba dorang call aku untuk buat satu job ni. Aku dah tolak, tapi dorang tetap paksa aku untuk buat job ni. Dorang cakap job ni mengakibatkan nyawa." Jelasnya lagi.

"Apa yang kau merepek ni? Syarikat tu mana pernah buat kerja yang mengakibatkan nyawa-nyawa ni." Taehyung mula rasa tidak senang duduk.

"Ye, aku tahu. That's why aku call kau ni. Sebab salah satu nyawa tu dia tinggal dengan kau sekarang." Katanya lagi membuatkan taehyung membulatkan mata.

"Siapa?! Lisa?!"

"Bukan lisa, bukan juga kau. Tapi 'Jisoo'"

"What? Jisoo? Kau fikir benda ni lawak ke ? Kau jangan main-main boleh tak?" Taehyung cuba untuk menafikan apa yang keluar dari mulut orang disebalik talian.

"Aku tak tipu, aku tengah serius sekarang ni. Kalau kau tak percaya nanti kita jumpa, aku jelaskan semuanya. Tapi, buat masa sekarang aku nak kau perhatikan jisoo. Kalau ada sesiapa yang tiba-tiba datang rumah kau dan cakap pasal jisoo. Jangan percayakan dorang. Kita kena protect jisoo betul-betul sebab sekarang ni ada orang lain yang tengah perhatikan jisoo." Jelasnya lagi panjang lebar.

Taehyung masih terkejut.

"Btw, jisoo sekarang ada dengan kau kan?"

Taehyung terdiam.

"Tae? Jangan cakap yang kau tinggalkan dia sorang-sorang dekat rumah kau?!"

Taehyung mematikan panggilan.

"Kau ok tak ni?" Soal lisa yang tepat pada waktunya dia datang.

Taehyung membawa kereta laju menuju kerumah.

###
(+ JISOO +)

Jisoo sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah.

Tiba-tiba jisoo terfikir akan kata-kata jeongyeon.

"Haih, kenapa aku masih fikirkan pasal benda ni? Perlu ke aku percaya dia?" Soal jisoo sendiri.

Jisoo terlihat seseorang sedang bersembunyi disebalik pokok yang besar.

"Eh, lelaki tu macam lelaki yang semalam je? Baju dia sama..." Jisoo berjalan mendekati susuk tubuh yang membelakangi nya.

"Jisoo!" Panggil seseorang. Jisoo mengalihkan pandangannya kearah suara yang memanggilnya.

"Kau buat apa dekat sini? Kau ok tak?" Soal taehyung sambil memegang bahu jisoo.

Jisoo terkejut dengan tindakan taehyung. Jisoo memandang tangan taehyung yang masih lekat dibahunya.

Taehyung tersedar dari perbuatannya lantas menarik tangannya semula.

"Kenapa ni?" Soal lisa.

"Urm, tak ada apa-apa. Dah lah jom angkat barang-barang" kata taehyung menahan malu.

Jisoo masih terdiam. Tetapi dalam hatinya hanya tuhan yang tahu betapa bahagianya dia sekarang ni.

_________________________
{+ Selepas Dinner +}

Taehyung sedang membasuh pinggan mangkuk manakala jisoo pula sedang mengemas meja makan. Lisa pula... Terus masuk kedalam bilik selepas selesai makan. Entah apa yang dibuatnya.

Jisoo membawa pinggan mangkuk ke arah taehyung.

"Meh lah aku basuh, kau pergi lah rehat dulu" kata jisoo sambil menarik baju di pergelangan tangannya keatas.

∆Secret Behind The Truth∆ {^^KJS+ KTH+ JJK+ KDH^^}Where stories live. Discover now