Chapter 9 ✓

Depuis le début
                                        

Jisoo hanya mendengar.

Kemudian mereka tersenyap. Masing-masing pandang lantai.

"Oklah, aku masuk tidur dulu. " Kata jisoo lalu berjalan masuk ke dalam bilik.

"Eh jisoo!" Panggil taehyung.

Jisoo memandang taehyung.

"Good Night." kata taehyung kemudian laju menutup mukanya dengan selimut.

Jisoo masih berdiri. Selang beberapa saat barulah jisoo tersedar dan masuk ke dalam bilik.

Taehyung melihat jisoo masuk kedalam biliknya lalu tersenyum malu.

Jisoo pula seperti orang yang sedang mabuk. Jalan tidak tentu arah menuju ke tempat tidurnya.

++++++++++++++++++++
(+ KEESOKANNYA +)

"JISOO! aku dengan taehyung nak pergi bandar kejap! Kau jaga rumah tau! Lagi satu, nanti kau tolong letakkan  kasut aku dalam bilik tu dalam tandas tau! Aku nak basuh balik nanti! Thankyou!" . Jerit lisa kepada jisoo dari luar.

"Ok, jangan risau!" Balas jisoo sambil menggosok-gosokkan rambutnya yang basah.

Jisoo berjalan pergi ke depan rumah.

Jisoo melihat halaman rumah yang penuh dengan bunga-bungaan yang warna-warni.

Jisoo menghidu udara yang segar.

"Lisa suruh buat apa tadi? Alamak lupa lah pula, aku ni cepat betul lupa..." Omel jisoo sendiri sambil memandang langit cuba untuk mengingati semula apa yang lisa pesankan kepada nya.

"Ouh, kasut dia dalam bilik" jisoo berjalan masuk kedalam rumah dan naik ke bilik lisa.

###
(+ DiDalamBilik LISA +)

Jisoo memulas tombol pintu bilik lisa lalu masuk ke dalam.

"Ush?, Ni bilik lelaki ke perempuan ni? Sepahnya‽ Lisa...lisa" jisoo menggeleng kan kepala kemudian mencari kasut yang dikatakan lisa.

"Macam mana aku nak cari ni? Tempat ni pun nak macam sarang apa dah... Haih" omel jisoo sendiri. Jisoo pun menarik baju yang pergelangan tangannya dan memulakan misi berkemas.

(2 hours later...)

Jisoo duduk di kerusi lisa sambil bersandar keletihan.

"Akhirnya selesai pun, barulah senang nak cari kasut dia tu"

Jisoo memusingkan kerusi menghadap meja belajar jisoo. Jisoo melihat gambar-gambar yang di lekatkan di frame bilik lisa.

"Wow! Lisa rupa-rupanya seorang guru taekwando ?!" Jisoo terkejut apabila melihat setiap gambar yang di lekatkan.

"Wah, patutlah bilik dia bersepah. Mungkin sebab dia selalu tidur sambil ber'taekwando kot" jisoo pun berdiri dan sambung mencari kasut yang dicarinya dari tadi.

Lama mencari akhirnya jumpa juga. Jisoo pun berjalan keluar dari bilik.

_________________________
(+ Taehyung & Lisa +)

"Aku nak pergi tandas kejap tau" kata lisa lalu berlari masuk kedalam tandas awam yang berdekatan mereka.

Taehyung hanya duduk ditempat pemandu sambil mendengar radio.

Tiba-tiba seseorang menelefon taehyung.

Taehyung mematikan radio.

"Kau nak apa lagi? Kan aku dah cakap dengan kau yang aku tak akan buat kerja tu lagi. Aku dah berhenti. Boleh tak jangan kacau aku dah. Kalau kau still nak kerja dekat situ, pergilah. Jangan kacau hidup aku" Marah taehyung sebaik sahaja mengangkat panggilan.

∆Secret Behind The Truth∆ {^^KJS+ KTH+ JJK+ KDH^^}Où les histoires vivent. Découvrez maintenant